Kenali Kelemahan dan Kekuatan Melalui Bulan Kelahiran

12:05 am Tips Motivasi

Askm, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah

Apa khabar? Semoga anda sentiasa sihat dan bahagia selalu bersama keluarga atau teman tercinta. Kita sudah pun berada di pertengahan bulan Ogos. Hehehe…bulan Ogos ni bulan special  bagi Ktom. Sebab apa tau? Ahaa…dalam bulan Ogos lah Ktom dilahirkan ke dunia ini. Aduh….umur semakin meningkat tetapi masih banyak perkara yang belum dicapai. Cam mana ni? Hehehe…takpe kita buat satu persatu dan berusaha lagi. Asalkan kehendak dan kemahuan itu sentiasa berkobar2.

Ok hari ini Ktom nak kongsikan apa yang Ktom baca dari buku Dr HM Tuah Iskandar yang tajuknya Buat Sampai Jadi berkenaan dengan bulan kelahiran. Bagi yang dah baca buku ini, boleh lah kita bincangkan bersama2 apa yang dibaca itu di sini ok.

Kita nak bincangkan kekuatan dan kelemahan diri berasaskan bulan kelahiran. Ini adalah untuk menangani diri yang kurang motivasi atau tidak mahu berubah. Katanya lagi, jangan percaya sangat takut jadi syirik pula dan ianya tak wajib betul. Dr HM Tuah ni biasanya menulis berdasarkan pengalaman dan kajian ini yang bakal kita bincangkan disini adalah hasil daripada pengalaman dan teladan dan mengikut kajian psikologi.

Ok…jom mari kita mulakan.

Januari

Mengikut kajian psikologi orang yang lahir dalam bulan ni biasanya bercita-cita tinggi, rajin dan setiap apa yang dibuatnya mesti nampak keuntungan. Mereka ini agak pemalu. Walaupun demikian mereka mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi dan mudah mendisiplinkan diri sendiri.

Februari

Mereka yang lahir pada bulan ini biasanya bijak, mudah menawan orang lain dan bercita-cita tinggi. Orangnya begitu keras hati untuk mencapai matlamat tetapi ???? boleh jadi terlalu boros.

Mac

Orang yang lahir dalam bulan ini pula biasanya baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati. Mereka sangat peka pada orang lain tetapi mereka adalah tergolong dalam kumpulan orang yang kelam kabut dalam memilih pasangan. Hehehe siapa yang tergolong dalam kumpulan ini memang susah untuk memilih pasangan dengan tepat.

April
Mereka yang lahir dalam bulan ini pula biasanya sangat aktif dan dinamik. Mereka sangat diplomatik iaitu pandai memujuk, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. Merka adalah tergolong dalam orang yang aggresif tetapi kelam kabut dalam membuat keputusan.

Mei

Yang lahir dalam bulan ini pula biasanya bermotivasi tinggi, bersikap sistematik ( yang ini pakai otak kiri ). Mereka boleh memahami apa yang terlintas dihati orang lain, pandai berdebat dan rajin. Tetapi mereka ini agak boros.

Jun

Mereka yang lahir dalam bulan ini biasanya berfikiran jauh dan berwawasan. Mereka sukar melakukan sesuatu dengan segera. Mereka mudah berkawan dan pandai berkawan tetapi degil yang tak terkawal.

Julai

Ahaa….yang lahir dalam bulan ni pula biasanya lurus, berjiwa sentimental. Mereka mudah dan rajin belajar. Mereka tidak aggresif kecuali terpaksa dan apa yang bestnya ialah mereka suka duduk di rumah. Hehehe…nak cari suami atau isteri, cari yang lahir dalam bulan ni sebab mereka boleh jadi orang yang suka berkemas rumah dan sangat mementingkan kebersihan dan ketenangan dalam rumah.

Ogos
Orang lahir dalam bulan ini pula…(hehehe bulan kelahiran ku ) berani, tegas dan biasanya orang mudah tertawan padanya….wakakakaka…betul ke ni?. Mereka bersikap kepimpinan, cepat berfikir, suka mencari kawan dan pandai memujuk orang lain. (hehehe….bab memujuk ni kira ok lah tapi jika orang yang dipujuk tu tak nak berubah juga, jawabnya…hentam je la belalang…

Tapi yang satu ni ” bersikap kelam kabut “. Eh..eh…iya ke? Rasanya tidak jugak. Tapi tak tau ler. Nanti Ktom cuba ingatkan dan fahamkan..betul ke Ktom ni kelam kabut.  Hehehe jika panik tu adalah sikit2…..Ini nak kena ubah ni. Cam mana nak ubah ya?

Yang nyata tentang diri Ktom ialah terlalu mementingkan kesempurnaan dalam pekerjaan, mudah bergaul, peramah, suka menolong orang, mudah bersimpati, mudah tersentuh, mudah merajuk, cekal, suka pada keindahan, menepati janji, berdikari, tak suka menyusahkan orang lain, jika boleh buat sendiri, buat. Jika tak boleh baru minta tolong orang lain.  Ktom ni jika tak kena gaya memang garang orangnya, bagai singa ( hehehe itu cakap anak2….wakakakaka).  Mudah mempercayai orang lain tetapi apabila tertipu…minta maaflah…tiada ruang lagi untuk mu..hahahaha..dan kadang2nya mudah rasa rendah diri dan merendah diri.  Tak mudah percaya pada gosip melainkan nyata di depan mata.Paling Ktom tak suka orang yang tidak berpegang pada janji.  Itu je…..tapi yang tak baik tu Ktom akan cuba untuk memperbaikinya.

September

Mereka yang lahir pada bulan ini pula sangat cermat, teliti dan teratur.  Mereka sangat perihatin dan terperinci.  Mereka adalah terdiri daripada orang2 yang beramanah, setia dan jujur.  Kerja yang mereka lakukan sangat sempurna dan mereka orang yang banyak berfikir.  Mereka juga pandai mendorong diri sendiri.

Oktober

Orang yang lahir dalam bulan ini biasanya tak pandai berbohong dan berpura-pura.  Mereka mudah merasa simpati, baik dan mementingkan kawan.  Mereka suka mengambil berat tentang orang lain.  Mereka  orang yang adil tetapi mudah patah semangat. 

November

Mereka yang lahir dalam bulan ini pula adalah tergolong dalam orang banyak idea dan mempunyai personaliti yang dinamik.  Apabila mereka nakkan sesuatu mereka akan usahakan sehingga berjaya.  Mereka juga mudah ambil berat terhadap orang lain.  Mereka pandai mendorong diri sendiri dan cara mereka berfikir adalah lain daripada yang lain.

Disember

Mereka yang lahir dalam bulan ni pula biasanya kurang sabar dan tergesa-gesa tetapi mempunyai cita2 yang tinggi.  Mereka sangat jujur dan amanah. Mereka juga suka bertolak ansur tetapi cepat marah.  Walaubagaimana pun perangai mereka mudah berubah2.

Itulah antara yang dapat dikongsikan kali ini.  Ingat, ianya tidak semestinya betul seratus peratus.  Tetapi dengan mengetahui kelemahan dan kekuatan yang ada pada diri sekurang-kurangnya sikap yang tak bagus itu kita baguskan lagi dan yang nyata bagus itu kita perkukuhkan.

Dan setiap bulan pasti ada yang baik dan tak ada sebab kita tidak boleh menjadi baik.  Dengan itu Ktom harap apa yang dibincangkan ini dapat memberi perangsang dan semangat untuk kita terus menjadi baik dan apa yang tak elok dalam diri kita perbetulkan. 

Jadi jika anda telah mengenal pasti apa yang menjadi kekuatan  dan kelemahan anda, jom kita kongsikan disini adakah ianya betul2 ada dalam diri anda mengikut bulan anda dilahirkan.

Sekian, jumpa lagi.

Wasalam.

 

  

  

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb
47 Responses
  1. dik mal :

    Date: August 18, 2007 @ 12:10 am

    Salam :D

    hehe ,,September :D malu seh :D

  2. ktom :

    Date: August 18, 2007 @ 12:26 am

    DikMal, kan betul tu…anyway perkukuhkan apa yang baik tu ok…bagitau Shuq juga ya….

  3. dik mal :

    Date: August 18, 2007 @ 12:35 am

    Eh tak yah inform, kite seru dia ke mari.. abg shueq, mari ke mari baca ini info :D

  4. ktom08 :

    Date: August 18, 2007 @ 12:48 am

    hehehe…ade2 aje dikmal nih….

  5. Bent :

    Date: August 18, 2007 @ 12:49 am

    Wah aku lahir oct tu..ada jugalah yg betul tu heheheh :)

  6. ktom08 :

    Date: August 18, 2007 @ 12:57 am

    Bent,

    Betul ke? Ok apa yang baik itu kita teruskan atau kukuhkan lagi agar ianya tetap sebati dengan diri kita dan yg tak elok tu boleh ler kita ubah kan…dan jika kita tahu kita ada perkara2 yg elok dalam diri kita, jadi jika skrg ni sikap kita tak elok…ubah ler…supaya ianya selari dgn apa yg ada dlm diri kita.

  7. shueqry :

    Date: August 18, 2007 @ 3:10 am

    Asmkm Ktom dan kawan-kawan semua, apa khabar?

    Shueqry here.

    Saya lahir 4 Oktober 1980, hari Sabtu. Adik perempuan saya pula 4 Oktober 1981, dia anak kedua dan saya anak sulung dari 5 beradik. Tiap kali tarikh tu, kami sambut kenduri lahir sama-sama, cuma kenduri kesyukuran yang sederhana.

    Saya mengaku semua kat atas tu betul, cuma pasal bab patah semangat tu, kalau dah patah saya sambung balik, hehe :)

    .. dulu memang cepat patah semangat, namun saya cepat belajar cekalkan hati dan be creative dalam berusaha. Kuatkan mental dan mantapkan jiwa, baru sikap cepat patah semangat ni boleh dikurangkan step by step.

    Owh sungguh berinformasi artikel kali ini.

    Thanks Ktom

    - Shueqry -

  8. shueqry :

    Date: August 18, 2007 @ 3:21 am

    saya tambah sikit info..

    biasanya orang lahir bulan Oktober ni hatinya cepat terusik, mudah rasa simpati, pandai bercakap, gerak hati yang kuat dan romantik bila bercinta.

    Ni dari apa yang saya perhatikan pada adik saya tu ..

    - Shueqry -

  9. dik mal :

    Date: August 18, 2007 @ 8:46 am

    jeng jeng jeng ….

    ‘romantik bila bercinta’

    hehehe :D tkde sape2 nk tmbh infoo bulan lahir saya ke :D

  10. Abang Em R :

    Date: August 18, 2007 @ 10:52 am

    Salam Siaran KTom.. Artikel yg menarik. Tksh kongsi ngan kitaorang. Bulan OKT .. he..he mcm terkena kat sy jer. Tul kata Shueq. Bab patah semanagt tu .. ada gak shekali shekala. tp cepat2 sambung balik. Klu tak, xujud lglah blog ni.. he.. he..

  11. zool :

    Date: August 18, 2007 @ 12:21 pm

    Hm.. ada sedikit kebenaran dalam apa yang ditulis oleh Dr HM Tuah

    Disember

    Mereka yang lahir dalam bulan ni pula biasanya kurang sabar dan tergesa-gesa tetapi mempunyai cita2 yang tinggi. Mereka sangat jujur dan amanah. Mereka juga suka bertolak ansur tetapi cepat marah. Walaubagaimana pun perangai mereka mudah berubah2.

    Tapi apahal pun jadi diri sendiri…

  12. ktom08 :

    Date: August 18, 2007 @ 12:54 pm

    Hohoho..DikMal dan Shuq lahir bulan Oktober ya….

    Shuq, patah semangat tu biasa ler jika kita ni seorang manusia yg waras. Tp jgn biarkan ianya terus menerus menghantui hidup kita. Apa yg Shuq buat tu Ktom sokong tapi….nak kuatkan mental dan mantapkan jiwa tu cam mana Shuq? Sebab kadang2 kita perlukan sesuatu utk memotivasikan kita. Boleh Shuq jelaskan utk kami.

    biasanya orang lahir bulan Oktober ni hatinya cepat terusik ( hehehe tu la pasal gelombang minda negatif tu kadang2 mengusik awak ) gerak hati yang kuat ( hehehe patutlah ….ini DikMal je yg tahu .Wakakakaka. Tanya dia jika nak tahu ) dan romantik bila bercinta.( Hey…bila bercinta je ke? Jika dah jadi suami cam mana? )

  13. ktom08 :

    Date: August 18, 2007 @ 12:56 pm

    DikMal je ler yg tambah….org lain mungkin tak tahu. Yg Ktom tahu DikMal suka bawa bag sangkut kat belakang cam haversack….wakakakaka

  14. ktom08 :

    Date: August 18, 2007 @ 1:01 pm

    Abang Em R,

    Ramainya kat sini yg lahir bulan Oktober. Bila patah semangat tu , sambung balik cam mana ya? Sambung pakai tali rafia, tali timba, peteri atau tali tasi? wakakakakaka

    Gurau je tu. Jgn ambil hati ok. Hehehe nanti masa bersiaran boleh ler Abang Em R bincang kat radio tu kan…

    Zool,
    Awak lahir dalam bulan Disember ya? Sama dgn anak Ktom. Tapi dia tak cepat marah dan tak moody…….Awak cepat marah dan perangai boleh berubah2 ke? hehehe. Jika ya…cepat2 berubah ok..tp Ktom tahu zool ni bukan cam tu…tp manja sangat…hahaha

  15. dik mal :

    Date: August 18, 2007 @ 3:04 pm

    kak tom,

    saya lahir bulan September :D zodiak kami je sama, bulan lahir beza… :D hhohohoho.. org bulan September sukakan tempat yang luas :) jadi anda boleh kesan perkara tu bila anda masuk dalam bilik saya. :D laginya, kami mudah memaaafkan tapi payah melupakan.. tapi kat saya pula, saya jarang ingat perkara yang dah lepas, sebab ia dah jadi sejarah, yang penting hari ini :D lagi orang bulan September, suka berfikir tu mungkin agak tepat. malahan saya suka berfikir. tak kisah la pasal ape pun :) suka pakai bag sangkut belakang? hohoho. saya je yang pelik suka macam tu. senang nak naik train.

  16. Amir :

    Date: August 18, 2007 @ 5:31 pm

    Salam Ktom, bagus info, saya lahir november hehe.. orang rumah september..

  17. ktom :

    Date: August 18, 2007 @ 7:56 pm

    Amir,
    satu bulan September, satu bulan November….hmmm bagus tu saling lengkap melengkapi. Ktom dah tengok blog famili tu…bagus idea tu Mir. Boleh ajar Ktom cam mana letak gambar tu…hehehe

    DikMal,
    Ic…ingatkan bulan yang sama. Rupanya zodiak yg sama…hehehe tp kan…mudah memaafkan tapi payah melupakan. Hmmm ni pasti suka berdendam ni..hehehe. Jgn marah dik..

  18. zool :

    Date: August 18, 2007 @ 9:33 pm

    ktom —> semenjak dua menjak nie memang kadang2 cepat marah.. tapi biasa marah saya orang tak nampak.. dalam hati je.. dan takde nak lepaskan kat mana2 pun.. he he he.. perangai berubah-ubah.. moody ye?? ntahle..ini tak perasan plak.. mungkin orang yang kenal saya lebih tau kot….

  19. ktom08 :

    Date: August 18, 2007 @ 10:29 pm

    Tu ler cepat marah? Sebab apa dik? Hehehe…ktom dah dpt agak dah….tu ler lain kali jgn letak marah tu dlm hati…luahkah…..jika tak luah pd org, pi je kat tepi laut dan jeritlah sekuat2nya supaya reda keresahan dan kemarahan di hati tu.

    zool, rumah awak kat tepi pantai ke?

  20. dik mal :

    Date: August 18, 2007 @ 11:25 pm

    bukan berdendam kak tom…sukar melupakan ni maksudnya, kalau kenangan tu sedih, maka kesedihan tu akan terus berkait-kait dgn peristiwa yang lain pula.sedangkan, kita sepatutnya pandang ke depan :) alhamdulillah, sejak banyak membaca dan mendalami pasal pembangunan diri, saya dah tak macam tu :D sy jadi budak yang hepi… :)

  21. ktom :

    Date: August 19, 2007 @ 11:39 am

    DikMal, Ktom faham . Saje nak kacau Mal je…itu bukan marah atau dendam tp bila dah kecil hati atau lebih tepat lagi terluka hati, susah nak sembuh. Jika sembuh pun, parutnya tetap ada kan?

  22. zuhairy :

    Date: August 19, 2007 @ 11:47 am

    ehmm, macam Dr Fadhilah kamsah plak ktom ni,hehe..
    saya lahir bulan JUN. Tapi yang degil dan tak terkawal tu macam tak releven jer dengan saya, hahahahahaaaaaa…yang lain tu macam dah betul dah, hehehehe..gurau jer Ktom.. ;-)

  23. ktom08 :

    Date: August 19, 2007 @ 12:36 pm

    zuhairy, sorang kawan Ktom tu lahir bulan Jun, dia memang degil tapi degilnya terkawal. Degil disini maksudnya apabila dah buat keputusan org lain tak boleh ubah keputusannya lagi. Dan orangnya jenis yang objektif. Jika A jawab A, jika B jawab B..tak reti nak memutar belitkan ayat atau tak reti nak bermain bahasa. Dan yang lain2 tu memang ada pada dirinya.

    Jadi baguslah jika zuhairy dah tahu apa kekuatan dan kelemahan itu, at least kita boleh buat sesuatu yang lebih baik jika kita tahu itu adalah kekuatan kita bukan?

    Dr Fadhilah Kamsah? Hohohoho…impian Ktom memang nak jadi cam dia ler…dia lah idola Ktom sebenarnya…..

  24. dik mal :

    Date: August 19, 2007 @ 3:48 pm

    saje kco?aiseh.. :D hehehe..luka dihati mana org nampak..

  25. hayat :

    Date: August 19, 2007 @ 6:05 pm

    salam Ktom
    hahaha…sy lahir bulan Feb…tau…hehe…tengok2…apa dia…

  26. zool :

    Date: August 19, 2007 @ 10:30 pm

    ktom —> rumah tepi jalan n tepi sungai.. huhuhu.. kalau nak menjerit kena cari mana2 ladang getah.. he he he..

  27. azwanhadzree :

    Date: August 19, 2007 @ 11:03 pm

    ha..ha.. saya Mei. A true Gemini. Semuanya betul kecuali bab boros tu. Simpanan duit saya sudah mencecah oopps… tak boleh bagi tau :)

    Kamu semua ke RUMPUN07? Ada maklumatnya di blog saya

  28. shueqry :

    Date: August 20, 2007 @ 3:11 am

    Waaa. untung kat sana ada rumpun 07, best woo dapat jumpa kengkawan bloggers yang lain.

    Hari tu kat KK ni ada Sabahan Bloggers meet, tapi saya tak dapat pegi sebab perlu siapkan sesuatu yang amat penting dalam masa yang agak singkat. Kat atas bot mewah lagi diorang buat, tapi saya cuma meet bloggers Sabah yang lain melalui email saja, jumpa depan-depan tak pernah lagi.

    DikMal, betul .. luka di hati takder orang nampak. Paling penting LET GO semua tu, sebab apa yang berlaku di masa lalu takkan pernah sama dengan apa yang berlaku di masa sekarang dan di masa hadapan. Thats right, terima sebagai sejarah hidup.

    Adik perempuan saya tu akan melahirkan anak pertama hujung bulan Ogos ni. Tak lama lagi saya dah ada anak saudara, hehe ..

    wow, meriah blog Ktom :) dah jadi mcm forum dah

    Pasal nak kuatkan mental dan mantapkan jiwa, banyak cara. Bagi saya, banyakkan membaca, muhasabah diri sebelum tidur, zikir, meditasi dan bebaskan hati dari prasangka buruk, benci dan dendam.

    - shueqry -

  29. ktom :

    Date: August 20, 2007 @ 1:03 pm

    Salam Hayat,
    Apa khabar? Cuaca kat sana cam mana? Hehehe..bulan Februari ya..ni mesti boros ni……

    Zool,
    jangannnnn…….nanti keluar harimau atau beruang…nahas tu……wakakaka

    Wan,
    Ktom tak pi ler……tidak berkebetulan ke KL. Nanti Wan buat post bagi tau kita orang yg tak pi ok….

  30. ktom :

    Date: August 20, 2007 @ 1:17 pm

    Shuq, Ktom pun tak pi juga….rasa rugi tu ada la…tp nak buat cam mana. Tak pe, kita tunggu diorang cerita kat blog masing2 ok.

    Hohoho….jap lagi jadi Pak Cik ler…..alhamdulillah…Semoga beliau bersalin dengan selamat.

    Shuq, luka di hati tak siapa yg nampak sebab itu ada pepatah mengatakan betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul….sebab hanya org yg mengalaminya saja yg tahu bagaimana rasanya luka itu.

    Hehehe…takpe kena kuatkan mental dan mantapkan jiwa kan…

  31. zool :

    Date: August 20, 2007 @ 4:39 pm

    takpelah kalau harimau ker beruang datang… redha je lah….

  32. ktom08 :

    Date: August 20, 2007 @ 5:09 pm

    zool, cam give up je nih…hehehe

  33. zool :

    Date: August 20, 2007 @ 10:30 pm

    he he he.. give up ker??
    nanti citer kat emel…

  34. ramzwatcher :

    Date: August 20, 2007 @ 11:48 pm

    oh, sama je rasanya ngan fadhilah kamsah. maybe tok guru mereka sama je kot. hehe

    saya april, dan memang akui perangai sedikit kelam kabut yang kadang-kadang bleh membuatkan lupa (yalah, kelam kabut je, mana nak ingat mana letak benda tu, benda ni) haaha..apapun akan cuba diperbaiki, InsyaAllah…

  35. Ludbafital :

    Date: August 21, 2007 @ 11:28 am

    Wei..wei, pandainya waris kita ni baca ‘numerology’…(cubo gakk baco peranga ambo nih..lahir 1-3-1958).

  36. ktom :

    Date: August 21, 2007 @ 12:58 pm

    ramwatcher,
    Terima kasih kerana sudi ke sini. Hehehe…..tok guru sama ke?

    Ahaa…kan dah mengaku pun kelam kabut tu…tap syukurlah sebab dah perasan. Baguslah jika kita dah perasan kelemahan kita, kita boleh mengambil inisiatif untuk membaikinya kearah yang lebih positif kan?

    Hehehe, awak pandai memujuk ya ramwatcher? Mesti ramai wanita yg suka ni….wkakaka

  37. ktom :

    Date: August 21, 2007 @ 1:03 pm

    Wei..wei, pandainya waris kita ni baca ‘numerology’…(cubo gakk baco peranga ambo nih..lahir 1-3-1958).

    Ludbafital, tok panda tp baca dan teliti gapo hok ore buat dan kaji doh. Bilo kita tahu, raso nok kongsi denge ore lain pulok.

    Demo sihat ko? Ambo dok batuk2 lagi nih..nok wak guano gak..dok ralek make woh seto, dokong, mokte jah…..mano nok sembuh….demo tok kelik ko?

    Hehehe demo beranok bule 3 dih. Demo ore baik, juju, pemurah ruponyo. Nok pinje pitih seribu buleh ko?

    Jange kele kabut milih bini oi….pilih ko tebu bulih ko tebra hahahahaha.
    Tapi ambo cayo hok demo pilih tu hok termolek doh khe?

  38. Ludbafital :

    Date: August 22, 2007 @ 1:36 am

    Kalu batuk make loh obak batuk cap ‘ibu dan anak’. Pinje pitih..ngern mai mi..kelik kapung..mai pai klab ban, wann ni..jolo ko kawe nih orghe baik, jujur, pemuroh..haha,anyway SELAMAT MERDEKA 2 U. OK pai loei..

  39. ktom08 :

    Date: August 22, 2007 @ 9:54 pm

    Ludbafital…..maydai, maydai…..make doh la wei….sakit tekok2 manih dooh…..

    SELAMAT HARI MERDEKA 2 U 2

    Merdeka, Merdeka, Merdeka….merdeka jiwa, merdeka minda, merdeka rasa………merdeka segala2nya. AMIN

  40. Post Bersiri: Review Blog Planet of Bollywood :

    Date: August 23, 2007 @ 5:55 am

    […] Ramai orang yang tertanya-tanya apakah yang mereka mahu blogkan, yang pasti jawapan ada di tangan sendiri. Sebelum ini saya terlalu skeptikal iaitu hanya jika kata kunci yang eksklusif, mahal sahaja yang dipilih namun akhirnya saya tidak konsisten menulis sesuatu yang tidak diminati. Mengenali diri anda adalah penting, jadi saya sarankan anda meneliti dahulu bulan kelahiran anda dan lakukan muhasabah diri: Adakah anda seorang yang emosional ataupun seorang yang konsisten. Jika anda seorang yang emotional, menulis sesuatu yang berkaitan dengan minat anda adalah lebih penting. Planet of Bollywood telah dicipta oleh beliau atas dasar minat dan hasilnya, blog ini merupakan antara blog yang konsisten dari belasan blog beliau yang lain. Ya, beliau mempunyai belasan blog! […]

  41. azwanhadzree :

    Date: August 24, 2007 @ 10:39 am

    Takpe, lain kali kalau Ktom ke KL mungkin kita boleh buat gathering lain :)

  42. ktom08 :

    Date: August 24, 2007 @ 3:23 pm

    Harapnya gitulah Wan….

  43. Blog Zool » Letih :

    Date: September 4, 2007 @ 10:22 pm

    […] Hari ni saya mengubah lagi design header dan icon untuk post.. He he he.. Cepat betul Zool ni ubah-ubah. Betullah seperti kata Dr Tuah bahawa orang yang lahir bulan Disember ni perangai mudah berubah-ubah.. Tetapi theme blog masih sama dan tidak berubah kerana saya rasakan theme ini kemas dan tersusun. Tak perlu perubahan drastik. […]

  44. New room, new layout, new idea, new thing, new phone at Syamsulariff.com :

    Date: October 6, 2007 @ 3:27 am

    […] Salam & hello buat semua pembaca yg dihormati, cepat betul masa berlalu kan? sedar-sedar kita sudah melalui beberapa hari dalam bulan oktober, ramadan yang semakin hampir ke penghujungnya dan juga pelbagai aktiviti-aktiviti yang telah aku lalui. Bulan ini juga aku rasa tema utamanya adalah bulan serba baru, kenapa? Ikuti kisah aku yang tak berapa baru ini. […]

  45. rozilah :

    Date: March 4, 2008 @ 8:34 am

    assalamualaikum dr.

    Saya peminat setia Dr. Buku2 keluaran Dr semuanya memberi inspirasi yang mendalam buat saya.

    Terima kasih.

  46. JuliaNa :

    Date: June 10, 2008 @ 1:40 am

    Haiii Ktom..saya lahir bulan Februari…:)

  47. alynn :

    Date: July 17, 2008 @ 1:16 pm

    setujula….orang lahir bln 8 mmg cam ktom…

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.