Kenali Potensi Diri

9:13 am Tips Motivasi

Askm dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah.

Harapnya anda sihat dan hadapi hidup ini dengan penuh tabah dan semoga kebahagiaan menjadi milik anda yang hakiki.

Potensi adalah sesuatu yang kita tidak dapat lihat dengan mata kasar.  Ianya boleh dibayangkan dan boleh diperlihatkan kewujudannya dengan bertindak sesuatu terhadap puncanya.  Kita ambil contoh sebiji benih yang berpotensi tumbuh, hidup dan membesar, menghasilkan akar, batang dan ranting, daun, bunga dan buah.  Tapi bagaimana biji benih itu boleh hidup? Untuk hidup biji benih perlu disemai terlebih dulu.

Samalah juga dengan kita. Bagi kita manusia, untuk hidup kita telah dibekalkan oleh Allah dengan pelbagai potensi dalam diri dan seluruh potensi sumber alam untuk digunakan.

Bagaimana kita nak mengenal potensi diri? Atau bagaimana kita nak kenal diri kita sendiri?

Ktom rasa semua dah tahu potensi diri masing-masing, namun…jom kita bincangkan disini kerana mungkin ada sesetengah dari kita tak sedar apa sebenarnya kekuatan yang ada dalam diri sendiri.

Sudah semestinya setiap orang akan menyayangi diri sendiri.  Ada ke orang yang tak sayang pada diri sendiri? Hmm…..tak ada bukan?  Jika tak sayang diri sendiri masakan anda bila muka naik jerawat , susah-susah mencari ubat supaya jerawat tu tidak mencacatkan wajah atau mungkin juga anda seorang yang suka menjaga kesihatan.  Untuk apa nak jaga kesihatan jika sekiranya anda tidak mahu dihinggapi oleh penyakit bukan?

Jadi bila kita menyayangi diri kita, kita sudah pasti akan menyedari minat, bakat, kemahiran, kebolehan dan berbagai kebaikan dan kekuatan yang kita ada.  Disamping kekuatan itu, kita sedar bahawa setiap dari kita ada kelemahan atau kekurangan. 

Kekurangan dan kelemahan ini juga adalah potensi diri yang perlu dikenali supaya kita boleh bertindak memperbaikinya.

Bagaimanapun selalunya orang akan lebih memberi tumpuan kepada bagaimana cara menggunakan dan memperkembangkan kelebihan diri disamping berusaha memperbaiki atau mengatasi kekurangan diri yang ada.

Ok, jom cuba anda senaraikan perkara-perkara berikut:-

1.  Minat anda.

Apa yang adan suka lakukan pada waktu lapang? Apakah faedah yang anda dapat samada dari segi keseronokan, kesihatan diri, ketenangan atau anda boleh tambah pendapatan daripadanya.  Apakah yang diperolehi oleh orang lain daripada minat anda itu?

2.  Kemahiran

Apakah bakat yang anda fikir anda miliki? Apakah yang anda lakukan untuk membuktikan, menyerlahkan atau mempertingkatkan bakat atau kemahiran yang anda miliki itu dan bagaimana ia boleh menafaatkan diri anda dan orang lain. 

Apakah yang telah anda lakukan dengan bakat atau kemahiran samada dalam melukis, menulis, menyanyi, bertukang dan sebagainya.  Adakah anda berpuas hati dengan bakat dan kemahiran yang anda miliki pada waktu ini? Tidakkah anda terfikir untuk mendalaminya dan seterusnya menjadikannya sebagai satu bidang kerjaya anda? Dimanakah pusat-pusat pengajian yang menawarkan kursus-kursus lanjutan berkaitan dengannya?  Siapakakh yang memerlukan kemahiran anda itu?

3.  Kebolehan

Selain daripada mahir membuat sesuatu yang boleh memberi faedah pada diri sendiri dan orang lain, cuba senaraikan kebolehan-kebolehan lain yang anda miliki.  Contohnya anda boleh berkomunikasi atau mudah bergaul dengan orang, anda mempunyai sikap positif terhadap diri, berinisiatif dan rajin berusdaha, berdisiplin dan berkeyakinan atau sebagainya.  Kebolehan sebegini penting dalam pergaulan seharian apatah lagi sekiranya anda ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.

4.  Kelemahan

Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan dalam hal-hal yang tertentu.  Walaupun demikian anda tidak menjadikan apa yang anda tidak boleh buat,  menghalang anda dari melakukan apa yang anda boleh lakukan.  Anda perlu menilai diri dan menyedari kelemahan diri anda.  Ini penting sebab dengan ini anda boleh mencari jalan memperbaiki atau mengubahnya.

Jadi, bila anda sudah tahu cubalah laksanakan kekuatan anda itu disamping anda memperbaiki kelemahan yang ada dalam diri.  Semoga dengan cara ini kita akan terus cemerlang dalam apa jua bidang yang kita ceburi dan dalam apa jua tindakan kita.

Sekian.  Jumpa lagi.

Wasalam

 

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb
21 Responses
  1. kasyah :

    Date: June 9, 2007 @ 4:09 pm

    Very good info today.

    Kak saya nak tanya la.. ada beza tak antara kemahiran dan kebolehan ? masih keliru la.. :D

  2. ktom :

    Date: June 9, 2007 @ 8:25 pm

    Kebolehan adalah apa yang dapat kita buat tetapi tidak semestinya apa yang kita boleh itu kita tahu 100%.

    Kemahiran pula adalah kebolehan kita membuat sesuatu secara terperinci dan kita tahu tentang banyak perkara tentang sesuatu perkara tu berbanding dgn org lain.

    Tapi kalau nak tepat kena rujuk Kamus Dewan la ya..hehehehe ataupun kena tanya cikgu Bahasa Melayu..:)

  3. Taqiyuddin :

    Date: June 9, 2007 @ 10:16 pm

    bangga dengan penulisan ktom sekarang..

  4. ktom :

    Date: June 10, 2007 @ 1:13 pm

    Din, terima kasih atas sokongan itu. Tp tak nak puji2 ler, ktom masih belajar skill penulisan ni. Malu pula sebb tiada apa yg istimewanya dik….

  5. abdfatah :

    Date: June 10, 2007 @ 4:26 pm

    haaa… lepas tu jangan lupa bina imaginasi cemerlang..

    tengok dan serlahkan potensi adalah cerminan untuk masa depan.

    sekian terima kasih

  6. ktom :

    Date: June 10, 2007 @ 4:46 pm

    WOW, abdfatah, dah jadi pakar mitivasi nampak? Awak dah baca buku imaginasi cemerlang tu ke? Ktom baru nak pi beli, nanti lepas baca kita discuss sama2 ya.

  7. dik mal :

    Date: June 10, 2007 @ 10:58 pm

    kak tom mesti beli buku tu :D sebelum baca mana2 buku dr HM Tuah, dik mal sarankan baca buku imaginasi cemerlang tu.

    bagi gambaran mudah ttg minda…wah kak tom lepas ni boleh menulis motivasi pula dgn dik mal yer :) seronoknya dik mal :)

  8. ktom08 :

    Date: June 10, 2007 @ 11:11 pm

    Hehehe..Dik Mal, tadi baru beli. Shueqry pun cadangkan buku tu jugak….tak sempat baca lagi ni….jap lagi kot…

    Nanti boleh ler kita bincang sama2 ya…lagipun Dik Mal dah pakar dlm bidang motivasi ni kan….

    So apa yg kita bincangkan nanti dpt dikongsi bersama dgn sesiapa yg singgah di sini pulak ok…:)

    Ktom pun seronok dpt kenal dgn dik mal….hehehe Shuq selalu mentioned nama Dik Mal..hehehe..( Jgn marah ya Shuq..gurau je ni )

  9. dik mal :

    Date: June 11, 2007 @ 12:27 am

    kak tom..membe kamcheng..bese la tu :D kamcheng ke abg shueq? hekhek.. :D

  10. ktom08 :

    Date: June 11, 2007 @ 1:56 pm

    kamcheng???? SiKumbang tak kamcheng ke…hehehee….:)

  11. shueqry :

    Date: June 11, 2007 @ 3:17 pm

    asmkm Ktom, apa khabar?

    owh, bersemangat saya baca artikel Ktom.

    saya? kamceng DikMal? coz sama2 minat motivasi dan psikologi pembangunan diri.. idola pun sama, Irfan Khairi dan zodiak juga sama, Libra!

    kamceng jarak jauh ni Ktom.. hehe :-)

  12. ktom :

    Date: June 11, 2007 @ 4:36 pm

    Oooo…zodiak Libra ya… , Ktom Leo..hehehe garang sikit ler…

    Anyway alhamdulillah dgn teknologi yang ada sekarang ni dunia sudah jadi begitu sempit yang mana kita boleh berhubungan secara virtual. Tak pe…jauh dimata tp dekat di hati kan?

    Ktom sangat2 berterima kasih kepada semua yang sudi berkunjung dan berkongsi disini. Biarpun kita tidak pernah bersua muka tp harapan Ktom agar hubungan silaturahim ini akan berterusan. Insyaallah.

  13. firadila :

    Date: June 13, 2007 @ 1:57 pm

    Ktom,
    saya baru je tahu laman web ni hari ni.so, baru sekarang jumpa motivator yang wanita…saya memang minat dengan motivasi dan pembangunan diri…setakat ni dah ramai saya ubah pemikiran student saya ikut acuan saya sendiri….so, boleh lah kita share pendapat kita ye….boleh tak Ktom…

  14. ktom08 :

    Date: June 13, 2007 @ 4:57 pm

    Of course boleh…..Selamat datang dan Salam perkenalan dari Ktom…semoga apa yg ada dalam blog ni dapat kita kongsikan bersama. firadila ni masih belajar atau pun dah kerja? Lokasi kat mana?

  15. firadila :

    Date: June 13, 2007 @ 5:07 pm

    terima kasih Ktom.firadila ni sudah bekerja sebagai tenaga pengajar di melaka.kebanyakan pelajar saya adalah jenis yang bermasalah.so,bila dah dapat tangkap masalah diaorang…saya guna cara sendiri untuk jadikan diaorang ni seorang yang berguna.baru faham.sebenarnya student yang degil ni ubatnya dengan memberi ganjaran.ganjaran dari segi pujian,galakan,perhatian dan sokongan.alhamdulillah…..parent diaorang ada call saya.tak sangka saya boleh ubah mereka..sebab diaorang sebagai parent pun tak dapat nak ubah perangai anaknya.so,result exam mereka pun memberangsangkan tanpa disangka-sangka.terima kasih Ktom sebab sudi berkongsi pendapat…senyum selalu…

  16. ktom08 :

    Date: June 13, 2007 @ 5:39 pm

    Hmmm itu satu pendekatan yang berkesan. Tetapi pendekatan seperti ini kurang digemari dan dilaksanakan oleh semua orang sebabnya kata mereka murid yang degil sepatutnya dihukum.

    Tetapi Ktom lebih gemari pendekatan yang firadilla buat tu. Remaja yang degil sebenarnya bukan satu masalah besar jika kena pada caranya. Mereka perlukan perhatian, mereka perlu dihormati dan mereka perlu dianggap sebagai seorang yang dah matang. kadang2 remaja ni, paling yang dia orang tak suka adalah pandangan orang ramai yg menganggap mereka ini mentah, perlu diatur kehidupan mereka keana remaja2 ni sedang dalam proses mencari indentiti mereka sendiri. Apa yang perlu kita buat ialah dengan mendekati mereka, anggap mereka sebagai sahabat, hormati mereka, jangan merendah2kan mereka. Kita kena memerhatikan dan memberi pandangan kepada mereka serta memberitahu tau apa yg boleh dan apa yg tidak dan sebab musababnya serta kesan daripada sesuatu tindakan itu. Saya juga akur bahawa dalam hal ini kita perlu kesabaran yang tinggi.

    Ganjaran dalam bentuk pujian itu akan memberi keyakinan diri kepada mereka. Mereka akan rasa kita menyokong mereka dan kita memberi perhatian kepada mereka.

    Tahniah firadilla….anda telah berjaya. Teruskan usaha anda itu.

  17. dik mal :

    Date: June 13, 2007 @ 11:49 pm

    dik mal pun pernah mendidik pelajar nakal :) alhamdulillah masa bawah pengawasan saya, pelajar2 tu tak ponteng kelas pon. Pendekatan yang saya buat, hargai mereka. Seperti saya menghargai pelajar lain :)

    firadila guru ya? saya bakal guru:D hari tu dapat jadi cikgu ganti.seronok :) bolehlah kita bertukar pendapat. jgn lupa jalan2 blog dik mal juga :)

    p.s : kan saya dah kata, kak tom akan jadi motivator juga :) selamat mendidik. nanti boleh lah JV dgn dik mal ye kak tom? :)

  18. ktom08 :

    Date: June 14, 2007 @ 12:56 pm

    Kecil tapak tangan nyiru Ktom tadahkan..hehehe…..tapi nyiru kecil ler DikMal….habis nak tadah dgn apa ya? Kumb@angggg…..Shuqqqqq…..nak tadah dgn apa ni?

  19. Taqiyuddin :

    Date: June 15, 2007 @ 2:38 pm

    saya pun dah baca buku Dr Tuah.. yang terbaru masih belum beli lagi..masi dalam proses..gaji tak dapat lagi,

    dikmal>> dah berapa banyak baca buku?

    ktom>> ktom orang mana..sapa dalam gambar yang sebelah tuh..

    shueqry>> thanks atas tunjuk ajar, masih nak bantuan abg shueqry nanti.

  20. Raymond :

    Date: June 15, 2007 @ 7:52 pm

    Hai ktom, kebetulan aku ni bintang Leo juga. Baru aku tahu yang shueqry ni Libra. Patutlah rasa macam ada connection sikit. Leo dan Libra serasi lah.

    Eh nanti! nanti!

    Jangan sentuh Shuqry. Nanti dia hilang keseimbangan.

    Haha…

  21. Taqiyuddin :

    Date: June 18, 2007 @ 5:28 pm

    leo nih dia jenis tak boleh bersabar..jenis berterus terang..

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.