Kepentingan Mengurus Masa - Dilema seorang ibu………
June 18, 2007 12:06 am Tips MotivasiAskm dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah
Semoga anda sentiasa sihat dan tenang selalu. Tanpa kesihatan yang baik dan tanpa ketenangan hati sudah pastinya segala apa yang kita rancangkan tidak akan menjadi. Maka sebab itulah kesihatan diri adalah di antara anugerah yang paling berharga buat diri kita semua.
Ok…berbalik kepada topik kita hari ini berkaitan dengan pengurusan masa.
Masa ialah sesuatu yang amat berharga kepada mereka yang tahu menilainya dan tidak hairanlah jika pepatah ada menyebut bahawa masa itu emas dan sewajarnya masa itu dijaga dan dikendalikan dengan sempurna. Jika masa untuk hari ini berlalu, ia kan terus meninggalkan kita dan kita tidak akan mampu untuk mencarinya lagi, hanya kita berpeluang menggunakan masa untuk hari esok pula bagi melaksanakan sesuatu yang kita rancangkan dan impikan.
Masa juga boleh diibaratkan seperti sebatang anak sungai yang mengalir tanpa henti. Jika kita hendak membuat sesuatu, kita harus cepat menggunakan air itu dengan bijak dan jika tidak, nikmat diberikan kepada kita akan terlepas begitu saja.
Sebab itu lah kita selalu diingatkan bahawa kita harus menguruskan masa dengan bijak . Jika tidak sudah pasti setiap kegiatan yang kita uruskan tidak akan menjadi.
Dunia hari ini bukan lagi seperti sepuluh tahun yang lepas. Dunia globalisasi pada hari ini memerlukan kita supaya lebih peka dan lebih efisien dengan pengunaan masa. Persaingan kini menjadi lebih serius, masing-masing mengejar masa untuk membuat itu dan ini. Sampaikan kadangkala tu masa untuk kita duduk bersama berbincang dengan keluarga juga amat terhad.
Jika pun ada masa, ia mungkin dibuat secara tergesa-gesa. Justeru itu, kualiti interaksi tidak seberapa dan kemesraan diharapkan tidak terjalin sepenuhnya.
Arus globalisasi mengakibatkan gaya hidup, makan, pakaian, cara bertindak, cara berfikir dan banyak lagi turut berubah. Selain suami yang mencari nafkah, isteri juga turut sama memberi sumbangan dengan keluar bekerja untuk menambahkan pendapatan keluarga.
Dengan bertambahnya jumlah suami isteri bekerja menyebabkan masa berkualiti untuk anak-anak menjadi semakin kurang. Bagi anak-anak, mereka akan merasa lebih mesra dan lebih selesa berinteraksi , jika ibubapa mereka dapat meluangkan lebih banyak masa dengan mereka. Dengan itu mereka dapat meluahkan hasrat dan perasaan dan ibu bapa juga berpeluang mendalami serta menghayati kehendak dan keperluan anak-anak mereka.
Segelintir ibubapa mengeluh bagaimana untuk memberikan masa berkualiti kepada anak-anak mereka sedangkan mereka sehari suntuk terpaksa keluar bekerja. Terkadangnya mereka jadi tension dan mendapat stress dengan timbunan tugas di pejabat dan juga kerenah anak-anak menambahkan lagi masalah yang dihadapi.
Kadangkala rasa tertekan dengan beban tugas di tempat kerja dan juga berasa bersalah kerana tidak dapat mencurahkan kasih sayang mereka kepada anak-anak bertali arus memenuhi ruang fikiran.
Disebabkan oleh keadaan yang demikian ada ibu membuat keputusan untuk berhenti kerja dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada anak-anak demi keselesaan dan keselamatan anak mereka. Tetapi ada juga yang menyesal apabila telah berhenti kerja, pendapatan berkurangan dan tidak tahu apa nak buat dan membiarkan masa terbuang begitu sahaja.
Ok..Jom kita kongsikan sedikit tips yang boleh membantu ibu yang dalam dilema samada hendak berhenti kerja atau tidak.
1. Buat perancangan untuk bercuti dengan memohon cuti tahunan beberapa ketika bagi menyesuaikan diri dengan situasi yang ada pada masa itu. Sekurang-kurangnya apabila ada di rumah sepenuh masa, ada peluang untuk memikir semula apakah manafaat dan mudaratnya bekerja. Masa yang ada itu hendaklah digunakan sepenuhnya untuk memberi layanan berkualiti kepada ahli keluarga. Sesungguhnya anak2 yang sudah besar dan matang sedikit sudah boleh merasai perbezaan antara ibu yang dulunya bekerja tetapi sekarang dah jadi suri rumah sepenuh masa.
2. Jika tiada cuti tahunan, mohonlah cuti tanpa gaji sementara waktu. Kelulusan seperti ini banyak bergantung kepada budi bicara majikan tapi yang kerja dengan kerajaan tu susah atau tidak boleh lah. Sekurang-kurangnya pekerjaan masih ada lagi dan apabila jika merasa ingin balik bertugas, boleh ler masuk kerja balik.
3. Jika sudah difikirkan dengan teliti dan juga keputusan berhenti kerja telah diputuskan maka hendaklah berpuas hati dengan keputusan yang telah dibuat itu. Dalam aspek ibu bekerja ni, perana suami sesungguhnya bertambah kerana tugas suami bukan saja mencari nafkah untuk keluarganya tetapi perlu juga menolong isteri dengan kerja-kerja dapur serta mendidik anak-anak di rumah.
4. Jika merasa tertekan dengan tanggungjawab tugas di pejabat, bincanglah dengan pegawai atau rakan-rakan bagi mendapat sokongan moral. Budaya kerja yang baik adalah bantu membantu antara satu sama lain.
5. Bacalah buku-buku pembangunan diri kerana ada pelbagai nasihat yang membina mengenai cara mengurus sesuatu cabaran dan dugaan. Buku-buku ini lazimnya memberi ulasan dan kupasan mengenai ciri-ciri perwatakan positif, menganalisa permasalahan, mencari jalan penyelesaian konflik melalui pendekatan perubahan sikap dan sebagainya. Contohnya buku-buku tulisan Dr Tuah Iskandar, Dr Fadzilah Kamsah, Chef Li, Napoleon Hill, Brian Tracy, dan banyak lagi.
6. Atau boleh juga berkunjung blog-blog motivasi seperti blog shueqry, DikMal, Raymond, Dr Tuah Iskandar, ZubliZainordin dan banyak lagi.
Jadi, perancangan jangka pendek perlu ada bersama rancangan jangka panjang. Walau apapun keputusan yang dibuat, buatlah dengan hati yang terbuka dan yang penting adalah keadaan rumahtangga tidak terjejas dan bijak mendidik anak-anak tersayang.
Masih ada banyak lagi yang boleh difikirkan bagi membantu ibu2 yang dalam dilema ini..jadi kongsikan disini. Semoga perkongsian ini dapat memberi manafaat kepada kita semua.
Sekian jumpa lagi.
Wasalam.






















adila :
Date: June 18, 2007 @ 9:44 am
Betul tu Ktom…luangkan masa dengan family dengan pergi bercuti. Kat rumah pun ok gak..tapi kot gi bercuti masa kita hanya untuk anak dan suami sahaja. Saya pun baru balik daari PD semalam. Ikut husband gi department trip. Bukan main seronik anak saya, dapat mandi kolam sampai menggigil dan bermain sepuas hai dia.
Kita sebagai isteri memng ingin beri yang terbaik untuk suami dan sebagai ibu ingin melakukan yang terbaik untuk anak…terkadang terasa tugas ni berat. Tapi perhatian dan tolak ansur dari suami mengubah segalanya. Segala yang terbeban kita rasakan sebagai satu pemberian dan penghargaaan sebagai tanda terima kasih kerana menjadi suami yang terbaik untuk isteri yang setia…
Segala kepenatan bekerja akan hilang lenyap bila memandang wajah si comel. Keletaah dan gelak tawa anak adalah pengubat segalanya…(erk..tapi kot time dia menangis tu, bingit jugak telinga dibuatnya.)
ktom :
Date: June 18, 2007 @ 10:13 am
Askm Adila, sihat ke? Cam mana baby yg kat dlm lagi tuh? Bila dijangka bersalin?
Membaca komen Adila memberi gambaran pada Ktom bahawa kehidupan rumahtangga Adila aman dan bahagia. Tahniah dik.
Sememangnya tugas yang berat akan rasa ringan apabila orang yang kita sayangi dan hormati dengan ikhlas membantu kita dan bertolak ansur dalam semua perkara. Itulah kunci kebahagiaan hidup suami isteri.
Jangan hanya bebanan mendidik anak dan mengemas rumah atau memasak terpikul di bahu isteri sahaja. Pertalian akad yang dilafazkan memerlukan perkongsian dan tolak ansur yang tidak terbanding untuk mengecapi nikmat kebahagiaan di tambah lagi dengan kehadiran cahaya mata pengikat kasih.
Tapi bagi yang masih tidak ada cahaya mata, bersabarlah, Allah maha mengetahui segalanya. Sudah pasti ada hikmah di sebaliknya yang kita tidak tahu dan perasan.
shueqry :
Date: June 18, 2007 @ 10:30 pm
asmkm Ktom, apa khabar?
owh, lepas baca artikel ni baru saya faham dilema seorang ibu, satu perkongsian ilmu yang berguna untuk diri saya di masa hadapan.. selama masih bujang ni cari dulu ilmu rumahtangga..
artikel yang baik dari ktom, dari seorang ibu untuk ibu-ibu yang lain.
- shueqry -
dik mal :
Date: June 19, 2007 @ 8:41 am
Salam Kak Tom,
Ibu-Ibu dan Kaum Wanita semua, memang perlu bijak mengurus masa. KErana kesibukan dan gagal merancang, maka sebenarnya mereka merancang ke arah keruntuhan institusi kekeluargaan..maksud dik mal, liaht saja anak-anak zaman sekarang, dengan pelbagai ragam dan modensasi sekeliling, makin hanyut dan terus leka..jika ibu bapa tidak mempunyai pengawalan masa yag baik, untuk lebih masa bersama mereka, parahlah
p.s : Pendapat orang yang masih single…
ngakakaka
dr aura :
Date: June 19, 2007 @ 8:45 am
Salam,
Tahniah, Ktom kerana mengutarakan satu topik yang menarik dan tepat sekali,,, pengurusan masa. Semoga ianya menjadi satu renungan dan pedoman kepada semua oran, suami,isteri dan anak-anak. Saya sentiasa menguruskan masa dengan langkah yang bijak dan terbaik. Kekalkan kebijksanaan ini, hanya padaMu ku pohon…
ktom :
Date: June 19, 2007 @ 1:57 pm
Ya Shuq, bukan sesuatu yg mudah bagi seorang wanita dalam membuat keputusan samada utk meneruskan kerja ataupun berhenti kerja. Di telan mati emak, diluah mati anak….tetapi jika dapat suami yang cukup memahami tu alhamdullillah…
Keharmonian dan kesejahteraan dalam keluarga adalah tanggungjawab bersama.
Dikmal, bukan sahaja ibubapa tetapi faktor persekitaran juga harus dipersalahkan dalam soal keruntuhan moral ini. Cuba bayangkan jika anak tu belajar atau bekerja jauh daripada ibubapa…dan baru merasa erti kebebasan…macam mana ibubapa boleh mengawal mereka sedangkan ibubapa dikampung yang sentiasa mendoakan anaknya tetapi anaknya yang baru kenal dunia tu semakin hanyut.
Tapi, pokok pangkalnya ibubapa merupakan faktor yg terpenting sekali dalam mempengaruhi tingkah laku anak2. Bukan hanya kesibukan ibu bekerja tetapi ibubapa yang terlalu memberi kebebasan kepada anak2 juga menyebabkan anak2 mereka begitu.
Dr Aura, insyaallah segala kerja buat kita sentiasa di rahmati Allah. Jika kita pandai menguruskan masa, lebih2 utk anak2 kita…segalanya akan jadi mudah. Jika seorang ibu itu bekerja…dgn adanya kemudahan telefon maka kita boleh sentiasa menghubungi mereka…jika tak lama, sekejap pun jadilah. Sekurang-kurangnya kita tahu apa aktiviti anak2 ketika kita sedang bekerja, samada mereka buat kerja sekolah, makan atau apa2 saja.
eastmail :
Date: June 20, 2007 @ 9:44 am
Assalamua’laikum…
Ktom…t/kasih psl ketengahkan perkara ni, sangat baik utk ibu2 yg bekerja… Saya memang akui tugas sbg ibu memang berat, sbb tu Allah letakkan martabat ibu di tempat yg sangat mulia!
Orang sekarang dah kurang bg perhatian pd fungsi ibu…..apatah lg menghargai ibu. Moga apa yg Ktom paparkan dpt membantu semua (termasuk sy) yg memerlukan panduan..
ktom :
Date: June 20, 2007 @ 10:04 am
eastmail, alhamdullillah jika paparan ini membantu. Dan ktom selalu mengharapkan perkongsian disini dapat memberi manafaat kepada semua. Insyaallah.
ridaparidah :
Date: June 20, 2007 @ 6:17 pm
Tahniah ktom atas topik yang dipaparkan. Ari ni saya demam tak larat nak bagi komen, nak baca komen orang jer dan jadikan panduan dalam kehidupan seharian saya sekeluarga.
ktom :
Date: June 21, 2007 @ 11:31 am
Rida, demam ke? Kesiannya….rehat ler byk sikit…awak tu bz sgt dgn keje tu…maybe tak ada masa nak rehat kot..? Makan ubat , rehat ok.. Semoga cepat sembuh….
adila :
Date: June 21, 2007 @ 4:19 pm
dah 2 hari saya tak leh masuk blog ktom. loading lambat sangat. mungkn streamyx problem…
Jangka bersalin seminggu sebelum raya…tapi macam dah tak sabar nak nunggu kelahiran anak ke 2 ni. Harap2 girl.
Al-Hamdulillah, Allah kurniakan rumah tangga yang bahagia dan penuh kasih sayang untuk saya. Saya bersyukur sangat. Tiada kata-kata yang dapat saya lafazkan, melainkan terus berdoa dan berdoa moga kebahagiaan ini kekal hingga ke akhir hayat.
ktom08 :
Date: June 21, 2007 @ 4:39 pm
oh ya ke adila? Tapi ktom agak masalah streamyx sbb nak load blog2 lain pun susah. Tapi kan apasal loading 1515 lebih kurang je dgn streamyx. Kadang2 tu lagi baik pakai yg dailup punya….Teruknya service…..
Alhamdullillah…semoga kebahgiaan itu menjadi milik adila yang hakiki. Berusaha dan berdoalah selalu agar kebahgiaan itu kekal ya….
Best ler jika dpt girl pulak. Hmmm…baju baby girl ni cantik2 sangat dan banyak choices. Baby lelaki susah ler sikit kan? Anyway, apa2 jantina pun boleh asalkan sihat kan?
smartzul :
Date: June 25, 2007 @ 4:28 am
Tahniah Ktom, saya lihat blog ini sudah ada perkembangan terutama dari segi trafik.
Teruskan dengan blog ini dan jika ada idea lain, up satu domain yg baru pula.
Good luck.
ktom08 :
Date: June 25, 2007 @ 10:20 pm
Askm Zul, terima kasih banyak2 kerana sudi bertandang dan meninggalkan komen disini. Dah lama menunggu Zul kemari sebenarnya..hehehehe….
Anyway, terima kasih juga atas dorongan dan sokongan yang berterusan itu.
Domain baru? Insyaallah cuma skrg ni masa tak mengizinkan.
Zamri Mohamad :
Date: June 25, 2007 @ 10:35 pm
Saya ambil daripada catatan buku saya yang bakal terbit di www.urusmasa.wordpress.com
Kegilaan mengejar masa di Barat adakalanya membuat mereka membuat sesuatu yang ganjil tetapi benar. Semuanya semata-mata hendak memastikan semuanya diurusakan. Seorang ibu menceritakan bagaimana dia memandikan anaknya sambil memberi makan. Pada masa yang sama, si ibu membuka buku cerita dan membacakan untuk anaknya.
Si anak diletakkan dalam tab mandi. Makan paginya diletakkan di atas bot mainan. Kemudian si ibu membacakan cerita dari tepi tab mandi. Semuanya dibaut dalam keadaan tergesa-gesa. Ia mungkin melegakan hati si ibu kerana sangkanya telah menyelesaikan semuanya dalam satu masa sebelum menghantar anak ke pusat bimbingan.
Keadaan sebaliknya berlaku. Si anak membesar dalam suasana yang tegang dan kelam kabut. Ia menjadikan si anak mudah tertekan dengan keadaan, cepat gelisah dan tidak dapat mengawal diri. Lebih lagi, si anak mudah sensitif dengan suasana sekeliling.
Kes ini membawa kepada satu kesimpulan. Pendekatan mengurus masa yang mementingkan kerja siap semata-mata lebih bersifat teknikal. Mengurus masa tidak terlepas dari salah satu tujuan iaitu mewujudkan keseimbangan diri individu dan orang lain. Ia berkait dengan perkembangan psikologi individu.
Mengurus masa adalah mengurus hidup. Di dalam teknik menurus masa adanya kepuasan individu, lapang jiwa, kegembiraan dan timbul rasa tenang. Jika ini tidak berlaku, cara mengurus masa itu perlu dilihat dan disemak semula. Perlu ada perubahan cara mengurus masa agar ia memasukkan nilai insan dalam hati.
Masa mengikut cara manusia berbeza dengan cara robot dan mesin bekerja. Mesin tidak ada unsur-unsur jiwa sebaliknya ia mementingkan ketepatan koordinasi bekerja mengikut saat dan minit. Maka tidak ada unsur kepuasan dalam hati.
Jepun menekankan formula pengurusan organisasi berteraskan pembinaan insan dan keluarga. Ini termasuklah pengurusan masa inidividu dan kolektif. Tujuan ialah untuk mengurangkan ketegangan para pekerja dan pada masa sama meningkatkan kecekapan organisasi.
Kes membunuh diri dengan terjun dari keretapi berlaku beberapa tahun lalu kesan daripada tuntutan organisasi yang tingi dan persaingan yang memakan masa peribadi mereka. Akhirnya, Jepun memperkenalkan satu alternatif bagi mengurangkan kes bunuh diri dengan meletakkan cermin bertujuan agar individu tersebut melihat wajahnya dan berfikir sebelum terjun dari keretapi.
ktom08 :
Date: June 25, 2007 @ 11:18 pm
Zamri, terima kasih kerana sudi singgah ke sini. Ktom amat berbesar hati lebih2 lagi dengan perkongsian Zamri disini dapat dimanafaatkan oleh sesiapa yg sempat singgah disini.
Sebenarnya pengurusan masa meliputi berbagai cakup kehidupan. Dan pengurusan masa yang baik amat berkait rapat dengan pengurusan hidup.
Kadangkala kita berasa puas apabila mampu membuat byk tugas dlm satu masa tetapi kita alpa akan keberkesanan dan kualiti outputnya.
Ktom akui dalam pengurusan masa perlu dimasukkan dengan nilai dan hati. Sebagai manusia kita amat beruntung kerana dikurniakan beberapa deria dan emosi. Dengan deria dan emosi ini kita bertindak…tp terkadangnya emosi ini bertugas tanpa pengawalan minda maka dengan sebab itu kita tidak mampu untuk menguruskan masa dengan cara yang betul dan tidak mendapat kepuasan.
Zamri, sekali lagi terima kasih dan harap2 Zamri dpt membantu ktom untuk meneruskan penulisan blog ini dengan input2 yang berkesan.
Yok Join CikguAzleen.com Community! :
Date: July 1, 2007 @ 9:03 am
[…] Delaying works is much related to managing time. I think the most busy person in the world is a mother, especially a working mother. A mother will always be the first person to wake up and the last person to sleep. They never stop working, worrying and doing things from the sunrise until midnight just for the sake of the children and family. If you are a mother and facing problem managing time, get some advice from another working mother - Ktom. […]