Mengkritik ada caranya……….

1:32 am Tips Motivasi

Askm dan Selamat Sejahtera…..

Anda apa khabar? Harapnya semua dalam keadaan sihat walafiat.  Hari ini Ktom masih tulis post yang ada kaitannya dengan motivasi.

Kritikan ada baik dan ada buruknya.  Kritikan yang membina akan memberi faedah kepada si penerimanya dan kritikan yg tidak baik akan cuma mengundang kekeruhan.

Mengkritik ini sebenarnya ada seninya.  Kritikan yang betul atau tepat boleh membuatkan si penerima insaf dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri pada masa depan.

Kritikan yang melulu, tidak berasas atau kurang bijak hanyalah menjarakkan lagi jurang, menimbulkan kemarahan dan dendam serta merosakkan prestasi kerjaya seseorang.

Jadi bagaimana nak mengkritik supaya orang tak marah?

Ada beberapa cara untuk memberi kritikan yang boleh anda jadikan garis panduan.

1.  Guna perkataan yang tepat

Gunalah perkataan yang bersesuaian dan tepat ketika mengkritik.  Ini amat penting. Jgn mengkritik menggunakan kata2 kasar, kesat, memperkecilkan org lain atau dengan tujuan nak menjatuhkan org lain kerana kata2 sebegini sukar utk diterima oleh orang yang mendengarnya.

2.  Pandang negatif @ syak wasangka

Jangan kritik seseorang jika anda berpandangan negatif atau ada syak wasangka terhadap diri dan kebolehannya kerana orang yang anda kritik mungkin fikir anda sengaja menyerangnya , tanpa melihat perkara positif yang ingin anda sampaikan melalui kritikan anda.

3.  Stabilkan emosi dan fikiran anda.

Elakkan pertembungan emosi dan fikiran ketika memberi kritikan.  Jika ada sedang marah, kecewa, sakit hati dan meradang..hmm..tunggu dulu.  Jangan mengkritik.  Bila  emosi dah stabil dan boleh berfikir dengan waras, baru anda mengkritik samaada orang bawahan, teman sekerja atau boss anda.  Ini adalah  kerana pada masa ini anda sudah boleh mengkritik secara terhormat dan professional.

4.  Penggunaan perkataan

Elakkan guna perkataan “selalu” “tidak pernah” atau pun “paling” apabila mengkritik.  Contohnya ” Prestasi kerja awak tidak pernah memuaskan hati saya”. Sepatutnya anda berkata ” Saya dapati prestasi kerja awak tidak stabil sejak akhir2 ini “.

5.  Menyamakan dengan sikap negatif

Elakkan menyamakan seseorang dengan sikap negatif.  Contohnya ” awak memang pemalas macam kerbau, semua kerja yang saya suruh buat, tak pernah awak laksanakan dengan sempurna.” sebaliknya gunakan cara yang lebih positif seperti ” saya dapati awak tidak menyempurnakan tugasan yang diberi….

6.  Gosip dan Khabar Angin

Elakkan daripada terus percaya pada gosip dan khabar angin sebelum anda membuat kritikan.   Pastikan anda mempunyai bukti yang kukuh sebelum mengkritik seseorang.

7.  Menghina dan Menghukum

Elakkan dari menghina dan menghukum orang yang dikritik.  Jaga maruah orang yang dikritik. Cubalah beri nasihat dan bantu perbaiki kelemahannya.

8.  Elak guna bahasa kiasan

Bercakaplah dengan jelas dan berterus terang apabila mengkritik seseorang kerana bahasa kiasan tidak dapat menyampaikan maksud anda dengan jelas dan tepat.

9.  Penggunaan perkataan

Semasa mengkritik gunakan perkataan “saya” berbanding “anda”.  Contohnya ” saya rasa terhina bila arahan dan amaran saya tidak diendahkan…..berbanding ” anda tidak pernah peduli arahan dan amaran saya.  Saya rasa marah dan terhina.

10.  Ketepatan, Padat dan Jelas

Kritikan anda mestilah jelas, padat dan tepat.  Anda kena pastikan butir-butir kritikan ditulis agar tiada maklumat yang tercicir.  Contohnya ” saya telah membuat pemerhatian tentang masalah kedatangan anda.  Minggu lalu anda masuk ke pejabat pada jam 8.50 pagi pada hari Khamis dan….sikap anda yang tidak mahu akur pada peraturan ini.

Itu adalah antara cadangan kritikan yang boleh anda jadikan panduan.  Kadang-kadang kita main belasah je bila nak bagi kritikan..tanpa mengira samada orang tu kecik hati atau tidak asalkan apa yang kita kata, kita dah cakap…..

Bertemu lagi…wasalam.

 

  

  

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb
7 Responses
  1. shueqry :

    Date: April 9, 2007 @ 3:57 am

    asmkm Ktom, pekabar? shueqry di sini.

    info yang baik dan benar-benar praktikal. Selalunya kebanyakan orang yang mengkritik ni jarang mengkritik dengan emosi yang terkawal, main hentam saja, janji puas hati. Diorang tak tau apa tu, aaa.. apa nama (stail Dr M) Emotional Intelligence dan The Power Of Positive Thinking. Saya paling tertarik dengan tipno 2 hingga tip no 4. Wow, hebat!

    shueqry,
    http://shueqry.blogspot.com

  2. ktom08 :

    Date: April 9, 2007 @ 5:33 pm

    Shueqry, betul tu..lidah tak bertulang, apa2 je boleh dituturkan tanpa mengambil peduli apa yg orang lain rasa….terkadang kita tidak sedar apa yang seharusnya kita lakukan supaya orang lain boleh dikritik dengan cara yang baik, bersopan dan memberi kesan. Mentang2lah dah pengang jawatan BOSS, semuanya dalam kuasa vito kita. Inilah sesuatu yg harus diambil tahu oleh semua orang samada boss ataupun tidak boss. Keadaan ini bukan hanya berlaku dalam situasi pejabat tetapi ianya boleh dan patut di “apply” dimana2 sekalipun.

  3. azwanhadzree :

    Date: April 11, 2007 @ 1:41 am

    kadang2 susah jugak nak ubah ni. saya biasanya mengkritik dengan menggunakan kiasan. relate kan apa yg berlaku kepada perkara2 seharian. tapi kadang2 kalau dah kias2 tak faham, hentam kromo ajelah

    :)

  4. arm :

    Date: April 11, 2007 @ 3:36 pm

    am pernah terkena… suatu hari… am diugut kawan baik sendiri… tanpa sedikit pun am tau sebabnya… semata kerana cerita membawak mulut… am pulak jenis emosi jugak… nak tahu siapa yang bawak cerita ni… kemudian dia cuba pancing kemarahan am… tapi satu aje am pegang… kalau marah sekalipun jangan keluarkan kata2 kesat atau cuba bercakap cara membabi buta… dan akhirnya…. am dapat satu sms…

    nak tau… dah abis kredit am dok berbalas sms… kesahnya am kena aprilfool lah!!!

  5. ktom08 :

    Date: April 11, 2007 @ 10:27 pm

    Am…:) apa rasa? oren? Walaupun usikan April Fool tapi sekurang2nya dpt mengajar kita macam mana nak handle keadaan bila kena marah atau kritik…:)

    Azwan, bukan susah nak ubah, tp ianya perlukan masa dan kehendak yang jitu. Kadang-kadang bila gunakan kiasan org tak faham atau org buat tak endah je…tup tup kita yg sakit hati….hentam boleh tapi biarlah dengan bahasa yang baik dan boleh membuat org berfikir.

  6. Doodee :

    Date: February 4, 2008 @ 9:21 am

    Thanks for sharing

  7. ZenDinnyred :

    Date: March 11, 2008 @ 4:25 am

    I’d prefer reading in my native language, because my knowledge of your languange is no so well. But it was interesting! Look for some my links:

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.