Meniti Kejayaan
May 30, 2007 4:35 pm Tips MotivasiAskm dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah.
Apa khabar anda hari ini? Semoga sihat sentiasa hendaknya.
Topik kita hari ini adalah berkenaan dengan impian untuk berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi dalam hidup kita.
Impian seseorang ada dalam pelbagai kehendak samada untuk menjadi jutawan, untuk lulus cemerlang dalam peperiksaan, untuk naik pangkat, untuk berjaya dalam perniagaan internet dan sebagainya.
Selalunya setiap perancangan yang terarah dengan semangat dan kesungguhan yang jitu akan menjana satu hasil yang seterusnya mengapai setiap impian yang ingin dicapai.
Kejayaan akan membuatkan seseorang merasa bangga dan melihat masa depannya dengan penuh keyakinan dan bersemangat. Kejayaan juga bererti seseorang itu dikelilingi oleh perkara-perkara yang indah dan positif dalam kehidupan mereka.
” SAYA BOLEH ” merupakan satu perkataan yang amat besar pengertiannya pada setiap orang. Bila kita fikirkan bahawa kita boleh dan kita sudah setkan fikiran sudah pasti kita akan terus berusaha untuk mencapainya. Kita kena yakin dan percaya bahawa kita boleh dan sudah tentu tindakan kita akan terarah untuk mencapai kejayaan.
Perkataan BOLEH satu perkataan keramat yang tidak semestinya hanya berada dalam fikiran kita sahaja tetapi perlu juga di tulis dan diletakkan di tempat di mana kita akan sentiasa dapat melihatnya supaya kita tidak alpa dan semakin kuat dalam fikiran kita.
Prinsip utama untuk mencapai kejayaan, seseorang itu haruslah memiliki keupayaan menerima dan menghadapi masalah dengan tenang dan tabah serta berkemampuan untuk menyelesaikan masalah itu secara bijak.
Kita seharusnya sedar bahawa semakin tinggi pangkat dan kedudukan kita, semakin banyak pendapatan kita maka semakin besar pula tanggungjawab dan masalah yang mesti kita hadapi.
Dengan sebab itulah, untuk berada di tempat yang tinggi itu, maksudnya untuk mencapai segala impian itu, kita terlebih dulu mesti melatih dan memahirkan diri dengan mengharmonikan pemikiran dan perasaan. Disini kita belajar untuk mengawal dan mengikis kesemua pemikiran yang negatif serta tidak sihat yang memenuhi minda kita . Kaedah ini dipanggil “ mental conditioning “. Dengan mengikis pemikiran negatif, kita tidak lagi hidup dalam keadaan tidak harmoni dan kelam kabut. Jadi kotak pemikiran kita digantikan dengan perasaan positif yang lebih menjurus kepada pembentukan pemikiran membina dan kreatif.
Tetapi ada sesetengah orang gagal. Mengapa gagal?
Sebab utama seseorang itu gagal ialah kerana mereka membiarkan diri mereka berfikir bahawa mereka memang akan gagal ataupun mereka berfikir bahawa mereka tidak mampu melawan kesulitan atau cabaran yang bakal dihadapi.
Mereka tidak sedar bahawa teknik yang paling berkesan untuk menyelesaikan segala kesulitan ialah dengan belajar mempercayai bahawa kita boleh dan mampu menyelesaikannya dan dengan penuh keyakinan bahawa setelah kita berusaha sedaya upaya, maka Tuhan akan sentiasa bersama-sama membantu kita. Jadi usahlah terlalu risau kerana setelah berusaha, kita berserah sahaja kepada Tuhan dan janganlah sangsikan akan kekuasaannya.
Oleh yang demikian kita mestilah terus matang dalam aspek mental dan fizikal. Kita kena yakin bahawa kita adalah yang terbaik, yang positif yang mampu menentang segala kesulitan dan masalah. Kita kena anggap masalah yang dihadapi itu sebagai satu perkara yang kecil sahaja dan kita boleh hadapinya dengan mudah.
Kadang-kadang apabila masalah terlalu mencengkam, kita hilang pertimbangan dan mula mengutuk dan menyalahkan diri kita. Kenapa kita tidak berfikir terlebih dulu? Kenapa kita tidak beringat? Kenapa kita bodoh sangat dan macam-macam kenapa lagi. Perasaan ini sebenarnya tidak akan membantu kita kerana dengan menyalahkan diri sendiri bermakna kita menentang diri kita sendiri.
Seharusnya kita memujuk diri dan hati kita utuk membantu menenangkan fikiran agar ia dapat berfungsi untuk menyelesaikan masalah, bukannya dengan mengeruhkan lagi keadaan. Kita harus bersikap positif terhadap apa jua masalah dan yakin bahawa setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.
Pun begitu, jika anda ada masalah di pejabat , di universiti atau dimana sahaja, jangan sekali-kali membawa balik masalah ke rumah. Ini akan mewujudkan lebih banyak masalah lagi. Anda mungkin tidur dengan memikirkan masalah yang di bawa balik tersebut. Bukannya anda boleh lelapkan mata tetapi walaupun mata pejam tapi fikiran jauh melayang menemani kemana sahaja masalah anda pergi. Dengan demikian anda tidak akan mendapat tidur yang berkualiti. Dan bila tidur tak cukup pastinya fikiran anda turut lemah.
Jadi cara yang terbaik ialah sebelum tidur, kita kikis segala masalah dari pemikiran kita dan kita programkan kembali pemikiran kita dengan amalan prinsip yang positif iaitu SETIAP MASALAH ADA JALAN PENYELESAIANNYA. Katakan lah kepada diri bahawa kita telah berusaha sedaya upaya ( tapi pastikan yang usaha anda itu betul-betul mencapai tahap maksimum ) dan yang selebihnya itu kita serahkan kepada kekusasaan Tuhan.
Dan ingatlah ” LEBIH BESAR KESULITAN YANG KITA HADAPI, LEBIH BESARLAH KEJAYAAN YANG AKAN KITA CAPAI “
Sekian, jumpa lagi.
Wasalam





















azwanhadzree :
Date: May 31, 2007 @ 12:12 am
Menarik mental conditioning tu .. i sekarang ni tengah mengajar anak supaya tidak menggunakan bahasa bukan .. contohnya seperti …
Ayah, hari ni tak boleh main PS2 kan?
kepada yang lebih positif
Ayah, hari ni cuti, homework dah siap, Hariz nak main PS2 boleh?
ktom08 :
Date: May 31, 2007 @ 1:43 pm
Tahniah Wan…sepatutnya begitulah cara nak mendidik anak secara positif supaya minda mereka digunakan secara optimum dan mereka tahu apa yang mereka boleh dan apa yang tak boleh itu ada sebabnya dan mereka tahu tanggungjawab mereka.
ktom08 :
Date: May 31, 2007 @ 1:44 pm
Inilah contoh ayah2 dan anak2 zaman siber…hehehehe
azwanhadzree :
Date: May 31, 2007 @ 3:57 pm
kadang2 kan .. tumpang main sekali. last week ada special request, dia main Eragon tak habis2 so dia mintak join sekali and dah habispun….
ktom08 :
Date: May 31, 2007 @ 4:04 pm
hehehe…..Wan, bila join tu..ketagih jadinya…..tp bagus jugak ayah tolong beri penyelesaian …hehehe
azwanhadzree :
Date: May 31, 2007 @ 4:25 pm
btw, i saw your comment just now at Bat’s blog, pasal
“Bat, cam mana nak tahu statistik untuk carian di blog tu? Hehehe..ktom baru la dik dlm bidang ni….tak tahu byk perkara ni…adik2 tlg bantu ya..”
Ktom guna easyhits kan, sepatutnya, basic reports easyhits akan ada summary keyword mana yg membawa traffic ke blog Ktom
ktom :
Date: May 31, 2007 @ 10:39 pm
Terima kasih atas penerangan ini Wan…
cikgu azleen :
Date: June 1, 2007 @ 1:43 am
bila azwan cerita tentang anak dia, teringat pulak saya kat adik saya yang kecil sekali (tapi skrang dah 21 tahun dah!).. Masa dia kecil-kecil dia paling suka kuih popia.. mak saya kalau beli barang, selalunya kitorang dapat catuan.. hehehe.. biasanya bila dia beli kuih tuh sorang dapat satu jerlah.. no extra.. Tapi kadang-kadang abah atau mak saya tak nak makan (atau mungkinkah sengaja tak makan?).. dan adik saya akan cakap macam ni..
“Abah tak nak kan kuih ni?”
Sebelum abah saya jawab, tangan dia dah capai dulu kuih tuh dan masukkan ke mulut.. Kitorang selalu usik cakap dia tanya tak ikhlas.. Sebab the way dia tanya, bukan tanya.. tapi beritahu kat abah saya bahawa abah saya tak nak makan kuih tuh.. huhu.. Macam hipnosis gak ler..
adila :
Date: June 1, 2007 @ 8:20 am
hai ktom…
seronok baca entry ni..especially pasal mental conditioning tu…saya pun macam azwan..dok latih anak saya nan satu tu supaya tak guna perkataan yang negatif…anak saya suka main kipas.dah 2 bijik stand fan kat rumah ni rosak…husband saya dah setkan dalam kepala dia…
“sekarang ni panas, kalau kipas rosak kita akan kepanasan. nanti Yie peluh. Cian Yie. Jaga kipas elok2 yer”
Nampaknya cara tu lebih berkesan dari JANGAN MAIN KIPAS- NANTI ROSAK
P/s-blog Ktom dah cantik dan kemas lar…jelesnyer..
adila :
Date: June 1, 2007 @ 8:23 am
erk…nak tukar link dengan ktom leh?
jap lagi saya add ktom dalam blog saya yer…
mdpai :
Date: June 1, 2007 @ 12:17 pm
first time masuk sini, salam perkenalan.
ktom :
Date: June 1, 2007 @ 1:06 pm
Cikgu Azleen, Adila , baguslah jika dapat tanamkan sikap dan pemikiran yang positif dalam diri anak-anak tu. Lagipun budak-budak zaman sekarang ni kreatif dan banyak soalannya. Jadi jika dah beri penerangan yang jelas dengan cara komunikasi yang efektif, pastinya mereka akan lebih banyak belajar dan lebih berfikiran positif.
Hmm…kita pun kadangkalanya buat hypothesis sendiri..masih guna ayat ” Ina tak nak kueh ni ke? ” Walhal dalam hati kita memang kita berharap akan memberi jawapan “tak nak “. Dan bagi Ina pula, jawapan yang akan diberi lebih kepada ” tak nak” sebab secara psikologinya begitu. Hehehe jika tak percaya cubalah suruh orang lain cakap macam tu dengan kita dan dengan spontannya akan berkata apa.
Jadi adalah lebih baik jika berkata ” Ina, kueh ni sedap tau, kalau tak makan awak rugi. Saya beli untuk awak. Nak tak? ”
Mdpai, salam perkenalan dan terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak disini. Blog ini masih baru lagi. Masih banyak perkara yg perlu dipelajari lagi. Singgahlah lagi ya.
abdfatah :
Date: June 1, 2007 @ 6:32 pm
jejak bertapak…
wah2 ngeh2 ngeh2 makin meriah sini area daa..
nampaknya kena buat top komentor la pulak lepas nih yer ktom… hehe
ktom08 :
Date: June 2, 2007 @ 1:08 am
abdfatah…nampaknya Ktom kena sediakan hadiah jugak ler lepas ni..hehehehe
ktom08 :
Date: June 2, 2007 @ 1:10 am
abdfatah, apasal ktom tak boleh masuk blog awak? blog error ke?