Menjaga perhubungan persahabatan…..

12:19 am Tips Motivasi

Askm dan Salam Sejahtera….

Semoga anda sihat hendaknya. Ktom , sihat walafiat…..makan pun tak berhenti-henti…eeiii…manalah nak kurus..hehehehe…

Ok topik kita hari ini adalah berkaitan dengan siapa yang rapat dengan kita…..siapa itu sahabat, siapa itu rakan, siapa itu kawan. PERSAHABATAN……

Sahabat ada pengertiannya yang tersendiri.  Ianya bergantung kepada individu itu sendiri untuk mentafsirkannya.

Sahabat adalah orang yang rapat dengan kita. Kehadirannya tidak hanya mengisi hari-hari bahagia kita tetapi juga hari-hari dimana ketika kita dalam keadaan tertekan, kehadiran sahabat bagaikan satu rahmat.

Hubungan persahabatan yang erat akan melahirkan bibit-bibit sayang yang mendalam.  Tak hairanlah jika ada orang yang sanggup berbuat apa sahaja untuk sahabatnya.  Kerana apa? Ini adalah kerana didorong oleh perasaan sayang.  Dan dari perasaan sayang ini tidak mustahil menjadi cinta..itupun jika persahabatan yang terjalin itu adalah antara dua insan yang berlainan jantina.

Tetapi yang pastinya dua kepala yang berbeza memiliki isi yang berbeza.  Untuk membina dan mempertahankan persahabatan untuk kekal erat bukanlah  semudah seperti yang disangka.  Tetapi jini bukan bererti kita tidak perlu berusaha untuk mempertahankan persahabatan yang selama ini sudah terjalin bukan?

Disini Ktom ingin berkongsi bagaimana cara untuk kita menjaga hubungan persahabatan agar terus subur selamanya.

1.  Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Menerima kekurangan satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.  Tetapi bukanlah bererti kita membantunya mengatasi kekurangan yang ada begitu juga disebaliknya. Dan kita juga harus boleh menerima kritik yang membina.

2.  Hargailah pendapat satu sama lain.  Perbezaan pendapat itu biasalah…tetapi kita harus tahu bagaimana untuk berkompromi.

3.  Sahabat bukanlah orang yang akan mendampingi anda selama 24 jam sehari. Jadi anggaplah dia seperti anda menggenggam pasir dalam tangan.  Jangan pernah terfikir untuk membuat dia selalu ada untuk anda.  Dia juga mempunyai kehidupan sendiri. Jadi jangan terus merasa tersisih disaat dia sedang sibuk dengan keluarga, kerja atau teman lamanya.

4.  Perlakukan sahabat anda sebagaimana anda ingin diperlakukan olehnya.  Misalnya, jika anda ingin dia sentiasa berada di sisi anda disaat anda memerlukannya, lakukan hal yang sama terlebih dahulu kepadanya. Susah ke? Hehehe…kadang2 manusia ni nak menerima sahaja….memberinya tidak….

5.  Jangan membiarkan persahabatan retak disebabkan oleh ego masing-masing. Jangan biarkan persahabatan yang telah terjalin sekian lama terkubur begitu sahaja kerana ego.

6.  Jagalah hatinya sebagaimana dia menjaga hati anda dan hormatilah dia sebagaimana dia menghormati anda.

Jadi jika anda ada pandangan tertentu…jom kita bincangkan…..semoga apa yang dibincangkan dapat dijadikan tauladan dan sempadan.

Jumpa lagi.  Wasalam.

 

 

 

 

 

 

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb
15 Responses
  1. shueqry :

    Date: May 8, 2007 @ 1:04 am

    asmkm, Kak Tom pekaba? shueqry here..

    owh, artikel yang bagus.. 6 point ni memang berguna dan patut diikuti untuk membina hubungan sahabat yang baik. Tak kira offline atau online 6 point ni baik dipraktikkan untuk mejaga hubungan persahabatan..

    paling penting, create win-win situation untuk manfaat bersama.. buat sehabis baik dan selalu gembirakan hati sahabat kita tu..

    Thanks to Kak Tom, useful info :-)

    shueqry

  2. princeq :

    Date: May 8, 2007 @ 8:46 am

    As’kum Ktom,

    Ho ho ho..Entry kali ni macam ada sangkut paut dengan post Q yang dulu jer..Hehee.. :P

    Actually makna sahabat adalah berbeza dengan kawan..Kawan senang dicari tapi sahabat 10 payah 1 nak dapat! Apatah lagi Sahabat Karib/Sejati/Akrab.. ;)

    Nasihat Q cuma satu, seandainya sahabat anda itu merupakan seorang yang betul2 prihatin dan sentiasa mengambil berat mengenai anda bila anda dilanda masalah..

    Gelak ketawa bersama ketika senang..Menangis bersama ketika menghadapi kesusahan..Malah langsung tidak pernah cuba untuk mengambil kesempatan di atas kesenangan yang anda miliki..

    Q pohon sangat2..Anda jagalah hati dia sebaik-baiknya..Kerana orang yang macam ni lah yang mampu memberi dorongan kepada anda sekiranya anda di ambang kejatuhan atau ditimpa musibah..

    Q dah pernah kehilangan sahabat baik yang benar2 mengambil berat mengenai Q..Tapi disebabkan satu kesilapan yang Q lakukan tanpa Q sedari..Hubungan kami retak! Q benar2 menyesal waktu tu.. :cry:

    Kalaulah Q mampu mengembalikan waktu tu akan Q bela hubungan tu dengan sebaik yang mungkin..Hmmh.. :(

    Jadi buatlah macam apa yang Ktom dah jelaskan di atas tu ok..Jagalah hati sahabat anda! Semoga apa yang berlaku ke atas Q, anda tidak akan mengulanginya.. :)

    Thankz yer Ktom! 8)

    p/s Sehingga ke hari ni sebenarnya Q masih mencari di mana SAHABAT Q tu berada. Q harap sangat semoga 1 hari nanti Q akan ditemukan semula dengannya…..

  3. Amir :

    Date: May 8, 2007 @ 1:31 pm

    As’kum hai..ktom,

    Takpe ktom, perisai dah ada..hehe..nanti dah minum minuman tu akan terasa susut, tiap2 bulan pegi timbang..hehe..tp kena konsisten minum..lg satu pemakanan pun kena jaga jugak lemak2 jngan makan bnyak biasakn makan yg rebus & bakar jer..bukan apa bila umur meningkat metabolisme dah kurang..itu yg macam2 penykit datang..

    Hai Q, beremosi nampak..hehe..

    6 cara yang dikongsikan Ktom nie memang bagus untuk diikuti..
    Yer la bak kata orang kawan ketawa senang dicari kawan menangis tu amat susah bak kata Q dalam 10 tu 1 pun payah..yang menangis nie lah sahabat, sebab sahabt nie hubungannya lebih rapat, akrab, kita boleh kongsi suka duka dengan dia, bukan hanya untuk masa senang, masa ketawa jer..so bila anda ada sahabat baik tu hargailah dia..saya suka bersahabat dengan Ktom..hehe..

    Terima kasih Ktom..

  4. ktom08 :

    Date: May 8, 2007 @ 5:03 pm

    Adoii…Mir..hehehhe…jgn ler cakap dengan org lain pulak..hehehe…rahsia nih…ok ktom ingat nasihat dan cadangan Amir tu.

    Betul spt cakap Shueqry, Q dan Amir tu…ada bezanya antara sahabat, kawan dan rakan. Sahabat adalah org yang begitu dekat dgn kita…dan tidak semestinya dekat secara fizikal ( offline ) tp juga secara online ini.

    Shuq, bila kita tahu menghargai sahabat dan boleh bertolak ansur dan akur kepada win win situation maka tidak mustahil persahabatan tu kekal lama dan ktom nak ucapkan terima kerana awak juga pandai sangat2 bagi semangat pada ktom.

    Q, jgn bersedih ya….jika kita telah sedar, minta maaflah padanya jika ada kesempatan dan doakan dia selalu…dan jadikanlah pengalaman lepas sgb satu pengajaran. Jangan sedih2 ya…jika Q sedih…jom kita pi blog Merapuman..hehehehe…awak akan gelak sendirian.kah…kah…kah.

    Harapan ktom agar perhubungan kita ini akan sentiasa luhur dan subur.

  5. Amir :

    Date: May 8, 2007 @ 10:34 pm

    Alamak..yer ke ktom, sori ler..hehe..

  6. Bent :

    Date: May 9, 2007 @ 12:00 am

    Bagi saya setiap kawan kita tu ada sifat yang berbeza..ada yang baik ada juga yang sebaliknya..tapi seperti apa yang Ktom katakan..kita kena faham sifat-sifat yang ada pada sahabat kita tu..walaupun sifatnya kita kurang berkenaan tetapi..kita kena tengok dari sudut yang berbeza dan cari sifat yang pisitif yg ada pada dirinya.. :)

  7. azwanhadzree :

    Date: May 9, 2007 @ 12:27 am

    terbatuk sekejap tadi .. rupa2nya ada orang cakap pasal saya .. ha.. ha.. anyway, saya faham betul erti persahabatan ini. saya mempunyai beberapa sahabat rapat yg dah kenal sejak 17 tahun lalu dan masih kerap berhubung.

    Q, saja mencelah ye .. menjaga hati tu penting, tapi jangan over sangat, sahabat sepatutnya menerima kita seadanya, jika kita buat silap, dia perlu tegur dan kita patut minta maaf jika benar kita salah .. or kalau dia tak tegur pun, kita patut minta maaf bila kita sedar.

    percintaan mungkin tapi persahabatan tidak akan retak begitu sahaja :)

    anyway Ktom, how is your ebook coming, ada buat joint venture ngan sesaper ke ?

  8. myvc2u :

    Date: May 9, 2007 @ 1:36 am

    Salam ktom,

    “sedangkan lidah lagi tergigit”
    “sedangkan rambut lagi tak sama hitam(ramai rambut berbelang2 dah la ni) nikan pula hati di dlm…
    Begitulah dlm persahabatan..saya rasa yang penting kita jangan ada buruk sangka,tolarensi dan cuba memahami…
    Dan dasar persahabatan itu, mohonlah keridhaan Allah..
    Tapi kalau orang dah.., dak suka kita juga ..nok wat guana ?

    Wassalam,
    smnoor(singkatan nama sebenar/menjawab pertanyaan ktom ari tu )
    www.myvc2u.com

  9. ktom :

    Date: May 9, 2007 @ 11:22 pm

    Bent, ktom setuju dgn sikap positif Bent tu….tiada seorang manusia pun yg perfect dalam dunia ini. Jadi kita mesti lihat dari sudut positif yg ada dlm dirinya dan lihat kekurangan dlm diri kita sendiri.

    Wan, sori ya…mengumpat sikit. Eh eh mengumpat ke tu? Tak mengumpat kan… itu menyebut je.hehehe..
    Bagus la Wan boleh dapat sahabat2 yg boleh kekal lama cam tu. Sabahat rapat pulak tu..Wan itu rezeki namanya tu. Bukan senang nak dpt sahabat rapat tau…

    Wan, apa maknanya percintaan mungkin tapi persahabatan tidak akan retak begitu saja?

    Myvc2u, apa khabar? Lama tak singgah. Bz ya? Kalau orang tak suka kita….chow aje lah ya…..buat apa ditunggu…masih ramai lagi org yg nak bersahabat dgn kita. Cam tu ke Myvc2u? Tak boleh buat macam tu…kalau tak nak berkawan sekali pun kenalah minta maaf dulu…nanti tak pasal2 esok bila dah time boleh masuk syurga, masih tertahan…sbb apa? sebab kita tak dimaafkan dan tak memaafkan.

  10. azwanhadzree :

    Date: May 10, 2007 @ 12:57 pm

    kena fikir sendiri la .. :)

  11. ktom :

    Date: May 10, 2007 @ 4:02 pm

    Wan…nanti ktom fikirkan ya…hehehe…bagus jugak nanti lepas ni tulis bab-bab motivasi percintaan pulak..hehehe..

  12. Welcome to ISEK » Blog Archive » Menjaga perhubungan persahabatan….. :

    Date: June 3, 2007 @ 8:37 pm

    […] dari :   […]

  13. Doodee :

    Date: February 2, 2008 @ 10:18 pm

    Thanks for sharing

  14. ZenDinnyred :

    Date: February 10, 2008 @ 11:15 am

    I’d prefer reading in my native language, because my knowledge of your languange is no so well. But it was interesting! Look for some my links:

  15. ZenDinnyred :

    Date: March 24, 2008 @ 6:07 pm

    I’d prefer reading in my native language, because my knowledge of your languange is no so well.

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.