Peluang….hidu, intai dan rebut

12:09 am Tips Motivasi

Askm dan Salam Sejahtera

Harapan Ktom agar anda semua dilimpahi dengan kesihatan yang baik, kebahagiaan yang hakiki dan rezeki halal yang melimpah ruah.

Topik kita hari ini bersabit dengan peluang.  Peluang dalam hidup kita tidak akan datang berkali-kali.  Kata-kata pepatah peluang hanya datang sekali sudah seringkali kita dengar.  Jika peluang yang ada didepan mata tidak kita rebut, kita akan rugi.  Biar menangis airmata darah sekalipun, peluang yang sama tidak akan ujud lagi.

Dalam kehidupan kita, sesetengah individu cepat menghidu dan mengintai peluang yang ada.  Mereka peka dengan apa yang ada disekeliling mereka dan cepat bertindak untuk merebutnya.  Tetapi ada sesetengahnya tidak menghiraukan peluang yang amat berharga itu kerana alpa.  Pun juga ianya tidak mampu direbut atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.

Peluang?????    Peluang apa?

Peluang datang dalam berbagai bentuk yang boleh memberi kepuasan samada dari segi tugas sebagai pekerja, perniagaan, peperiksaan, soal hati ( eik apa ni Ktom? Perasaan kita ler….) dan sebagainya.  Peluang yang kita bincangkan hari ini adalah yang berkait rapat dengan kejayaan kita, kepuasan hati kita dan kebahagiaan hidup kita.

Bagi mereka yang peka iaitu cepat menghidu dan mengintai peluang, mereka akan terus menerkam jika ada peluang terbuka.  Walau bagaimana pun ada juga peluang datang menggolek di depan mata, tetapi hanya membiarkan ia bergolek ke tempat lain.

Terdapat beberapa kategori individu yang boleh kita lihat dimana-mana saja. Pertama, mereka adalah yang sentiasa bersedia untuk merebut peluang.  Jika peluang itu tidak segera datang, mereka akan cuba mengumpulkan seberapa banyak maklumat.

Kedua, kebanyakan individu samada seorang pekerja, suami, isteri, pelajar atau sesiapa saja menyedari bahawa mereka masih ada masa untuk merebut peluang.  Bagi mereka peluang akan datang lagi.  Jadi mereka perlu memperbaiki segala kelemahan yang ada untuk mendapat peluang tersebut.

Ketiga, ada juga mereka yang tidak tahu langsung bagaimana nak merebut peluang.  Golongan ini selalunya tidak kreatif dan puas dengan cara hidup yang mereka lalui.  Mereka tidak suka kepada perubahan walaupun perubahan yang dibuat bakal merubah mereka kearah yang lebih baik.  Mereka selesa dengan zon mereka sekarang ini dan tidak mempunyai cita-cita untuk merebut peluang yang ada.

Sekian untuk kali ini.  Jumpa lagi.

Wasalam.

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb
9 Responses
  1. abdfatah :

    Date: May 10, 2007 @ 12:41 am

    yer betul… peluang yang ada jangan dilepaskan begitu sahaja.

    tengok terkebil aje laa…

    takdapat den nak nolong kalu dah terlepas peluang…

    tapi takper peluang masih ada selagi hidup…
    jangan berputus asa…

    yang penting minda mesti berminda jutawan…
    jangan asyik duk fikirkan minda jutawan segera aje.

    peluang tetap ada bagi mereka yang MAHU merebutnya…

  2. ktom08 :

    Date: May 10, 2007 @ 12:46 am

    abdfatah..lama menghilang? Hahaha…minda jutawan ya? Betul tu set mind kita JUTAWAN 10x…baru ler kita jadi peka dan boleh rebut peluang tu kan?

  3. abdfatah :

    Date: May 10, 2007 @ 6:06 pm

    lama tak lama jugak, ktom. pc jem kena tukar baru, surut jugak ekonomi bulan ini.

    tukau monitor baru. adesh…

    kena lipatgandakn lagi supaya berlipatkali ganda lagi… hehe macam skim cepat kaya pulak..

    kalu tak berminda jutawan macam mana nak memindakan minda kita ke arah jutawan. sapo nak nolong jika tidak kita sendiri bertindak ke arah kejayaan.

    cuma hendak dengan tak hendak je…

  4. ktom :

    Date: May 10, 2007 @ 8:51 pm

    ” Memindakan minda” hehehe bagus jugak ayat ni….

    Amboi…tukau monitor baru? Beli yg mana satu? Hehehe nak buat bisnes everythings kena in order la kan? Bagus2…buat persiapan rapi….nanti bila ada order byk2…susah dibuatnya jika cpu rosak ke, monitor rosak ke..nanti pelanggan lari…..

  5. cikgu azleen :

    Date: May 11, 2007 @ 9:40 am

    Ada satu golongan lagi Ktom, yang tak tahu apa itu peluang.. begolek-golek dan melayang-layang peluang datang kat dia, tetap dikatanya dia tak berpeluang.. hehehe.. dan ada satu lagi golongan pencipta peluang.. dia kata takpe, kita cipta peluang. orang macam nilah yang akan lebih cepat berjaya.. ya tak?

  6. ktom08 :

    Date: May 12, 2007 @ 5:10 pm

    Buka senang utk jadi pencipta peluang jika kita tidak ada kemahiran dan tidak kreatif.

    Bagi org yang berada dlm zon selesa sudah pasti tak tahu apa itu peluang dan melepaskkannya begitu saja…

    Sebab itulah kita tidak boleh terus berpuashati dgn pencapaian kita kini….jika tidak , kita akan terus ketinggalan.

  7. Doodee :

    Date: February 2, 2008 @ 11:45 pm

    Thanks for sharing

  8. ZenDinnyred :

    Date: February 10, 2008 @ 7:35 am

    I’d prefer reading in my native language, because my knowledge of your languange is no so well. But it was interesting! Look for some my links:

  9. ZenDinnyred :

    Date: March 24, 2008 @ 6:25 pm

    I’d prefer reading in my native language, because my knowledge of your languange is no so well.

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.