Pemimpin yang dihormati
April 2, 2007 8:35 pm Tips MotivasiAssalamualaikum dan Selamat Sejahtera…
Menjadi pemimpin yang dihormati dan berjaya di tempat kerja bukanlah sesuatu tugas yang senang? Seorang pemimpin haruslah menyiapkan diri dengan cabaran yang bakal ditempuhi kerana lain organisasi lain pula budaya dan kerenah pegawai2 serta staf bawahan.
Hari ini, saya nak berkongsi tips dengan anda mengenai apa yang boleh dilakukan bagi membantu anda untuk jadi pemimpin yang disenangi oleh staf anda.
1. Jangan takut buat silap
Kita kerap melakukan kesilapan. Jadi belajarlah dari kesilapan dari masa ke semasa. Elakkan dari mengulangi kesilapan yang sama. Anda jangan cuba menyorokkan sesuatu dengan menipu mereka. Lama kelamaan ia akan terbongkar juga.
2. Libatkan semua orang.
Jangan buat kerja seorang diri. Ia bukan sahaja memenatkan kita, tetapi orang lain juga terasa mereka diabaikan. Mereka tidak akan rasa dihargai kewujudannya.Walau apapun jawatan dan kedudukan, mereka semua ada potensi untuk memberikan idea dan pendapat yang kreatif. Jadi libatkan semua orang dalam membuat sesuatu perancangan atau projek.
3. Jadilah seorang yang fleksibel dan adaptif
Anda perlu ada kemahiran mempelajari sesuatu dengan pantas dan mengubahsuainya mengikut keperluan semasa. Bekerjasamalah dengan orang lain. Mereka mungkin dapat membantu. Tiada gunanya meninggi diri dan ego tidak bertempat.
4. Miliki visi yang berpandangan jauh.
Ini termasuklah visi untuk diri sendiri, pasukan dan organisasi anda. ” Pakejkan” visi ini dan berkongsilah dengan orang lain dalam organisasi. Berikan penekanan terhadap visi pada setiap peluang yang anda perolehi. Adakah ia selari ataupun sebaliknya?
5. Sanggup ambil risiko
Anda seharusnya berani mencuba idea-idea baru yang berpotensi. Risiko sebanarnya ada dimana-mana. Yang membezakannya hanyalah adalah samada besar ataupun kecil. Menyahut cabaran bermakna anda bersedia mengambil risiko. Dan mereka yang gagal menyahut cabaran biasanya tidak akan melakukan perubahan dan tidak dipandang orang.
6. Berikan dorongan kepada orang lain untuk kreatif dan inovatif
Ini adalah kunci perubahan jika anda ingin mara lebih jauh ke hadapan. Relakan diri anda untuk dipengaruhi oleh idea-idea baru.
7. Berilah latihan dan peningkatan diri
Luangkan banyak masa untuk membuat kerja ini kerana ia seperti satu pelaburan jangka panjang. Kita boleh melatih mereka dengan cara seminar, bengkel, taklimat, pengalaman bersama, serta mengajaknya melakukan sesuatu yang baru.
8. Galakkan kerja berpasukan
Jangan mengongkong dan menghalang mereka kerja bersama. Berilah autonomi dan autoriti jika mereka memerlukan sedemikian (dan jika keadaan mengizinkan). Dengan cara itu, mereka akan menjadi lebih berdikari.
9. Beri ganjaran
Berilah ganjaran kepada mereka jika mereka dapat melakukan sesuatu tugas dengan baik. Ada banyak jenis ganjaran termasuk pujian, sanjungan, bonus, kenaikan pangkat, anugerah, tambah gaji dan sebagainya. Apa yang penting gunakan kuasa GANJARAN. Ini adalah satu bentuk motivasi yang amat berkesan.
Wasalam. Jumpa lagi





















cikgu azleen :
Date: April 3, 2007 @ 12:26 am
hmmm.. sebut tentang ganjaran tuh.. saya rasa yang paling penting adalah recognition/ acknowledgement.. melayu cakap pengiktirafan.. kebanyakan manusia nak tuh jer.. not really about the monetary..
ktom :
Date: April 3, 2007 @ 1:29 pm
Betul tu Cikgu, sebab pengiktirafan tersebut tak boleh dinilai dengan wang ringgit. Tetapi ganjaran dlm bentuk yg bagaimana, bergantung juga kepada individu itu sendiri..kadang2 wang ringgit merupakan ganjaran yang memotivasikan mereka.
ProFidz :
Date: April 5, 2007 @ 5:25 pm
errm.. satu pandangan yang menarik tetapi bukan senang untuk menjadi pemimpin yg dihormati…
dan bukan senang untuk memuaskan hati semua pihak… kalau dijadikan garis panduan tu rasa ok kot tp untuk melaksanakannya….
berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. x gitu ktom
ktom :
Date: April 7, 2007 @ 12:17 am
ProFidz, betul tu….jadikannya sebagai garis panduan….kalau tak dpt ikut kesemuanya at least dpt di contohi 2 atau 3 daripadanya pun dah kira ok. Memang kita tak mampu utk memenuhi hati semua pihak….tp cara kepimpinan haruslah telus dan dapat dirasakan keikhlasannya oleh semua pihak.
Baba :
Date: April 14, 2007 @ 11:22 pm
Sebagai seorang pemimpin dalam sesebuah organisasi, yang pentingnya dia ikhlas dan komited terhadap pembangunan organisasinya. Memang tak dapat nak layan semua secara saksama asalkan ujudnya keadilan yang boleh dipersepsikan oleh majoriti pekerjanya.
ktom08 :
Date: April 15, 2007 @ 1:07 am
Betul tu Baba, dalam apa2 hal pun keikhlasan amat penting…apa yg kita buat jika kita letak hati kita di situ sudah pasti semuanya akan berjalan dengan baik.