Pertelingkahan……macam mana nak elak?
May 11, 2007 1:31 am Tips MotivasiAskm dan Salam Sejahtera.
Anda sihat? Semuga anda semua dikurniakan dengan kesihatan yang baik dan dalam keadaan tenang sentiasa.
Di dalam kehidupan ini adakalanya keadaan kita menjadi tegang, suasana yang jernih kadangkala bertukar menjadi keruh. Ini kerap berlaku antara anda dengan majikan anda, sahabat, rakan sepejabat, adik beradik, suami, isteri dan sebagainya.
Ketegangan ini ini mungkin berpunca daripada kita atau pun orang lain yang kadangnya menyebabkan perasaan kita terhadapnya mungkin berubah. Dan perubahan ini mungkin meninggalkan kesan negatif pada perhubungan.
Inilah lumrah kehidupan manusia di dunia ini. Keadaan yang tegang terkadangnya boleh merubah perasaan kita. Tetapi situasi ini dapat dielakkan jika anda saling memahami dan menjaga sikap serta tingkah laku ketika berlakunya perselisihan itu.
Baiklah disini Ktom ingin berkongsi dengan anda semua bagaimana kita nak menjaga tingkahlaku ketika dalam keadaan tegang. (bertengkar atau perselisihan faham). Kita akan bincangkan bagaimana nak mengelak daripada kekeruhan ini berpanjangan dan meninggalkan kesan yang tidak diingini dalam hidup kita. Moga2 perkongsian ini memberi manafaat kepada kita semua.
1. Tuduh menuduh
Jangan sesekali menuduh mereka membuat sesuatu yang mereka tak buat. Sesetengah orang tidak boleh menerima tuduhan yang melulu. Keadaan ini berlaku tidak kiralah samada dia itu seorang lelaki atau wanita.
2. Jangan curiga
Jika dengan suami atau isteri, jangan sekali-kali merasa curiga sebab kadang-kadang perasaan ini memberi kesan kepada diri sendiri. Jika anda seorang majikan, jangan sekali-kali curiga bahawa pekerja atau pegawai anda suka mencuri tulang sewaktu bekerja dan tidak menaruh kepercayaan bahawa beliau mampu menjalankan tugas yang diberikan dengan baik.
3. Jangan meninggikan suara
Perselisihan perlu diselesaikan secara bijaksana dan bukannya melalui tengkingan dan meninggikan suara.
4. Jangan mengugut.
Ugutan bukanlah satu-satunya cara untuk menzahirkan kemarahan anda. Contohnya jika anda seorang majikan jangan membuat sebarang ugutan samada untuk memotong gaji, mengenakan tindakan tatatertib, menukarkannya kebahagian lain. Telitikan dulu apakah kesalahan yang dilakukannya serta cari buktinya.
5. Jangan perkataan anda
Jika anda merasa marah ataupun tak puas hati jangan mengunakan perkataan kesat atau perkataan yang tidak sedap didengar kerana keadaan ini akan membuat ketegangan itu semakin buruk. Bak kata pepatah lebih baik kita terlucut kain, daripada terlepas kata.
6. Jangan suka mencari kesalahan
Mencari kesalahan orang lain adalah lebih senang dari meneliti kesalahan diri sendiri. Biasalah tu….” kuman seberang laut nampak tapi gajah didepan mata kita tak nampak “.
7. Mengalah lah jika perlu. Mengaku salah dan mengalah bukan bererti kita kalah.
Banyak lagi tips yang boleh kita amalkan untuk mengelakkan daripada berlakunya pertelingkahan ini. Jadi Ktom biarkan anda untuk menyambungnya…hehehehe…harap2 perkongsian pendapat di sini akan memberi manafaat kepada mereka yang sempat singgah ke sini. Insyaallah….
Sekian dulu. Jumpa lagi.
Wasalam.





















Bent :
Date: May 12, 2007 @ 10:21 am
Emmm..betul juga tu Ktom..yg penting apa pun tindakan kita, kita kena fikir dua kali sebab ianya melibatkan pihak lain..tindakan yang membuta tuli boleh mambuatkan kita menyesal dan kehilangan kawan..jadi pentingnya ialah gunakan akal ketika bertindak!
abdfatah :
Date: May 12, 2007 @ 11:51 am
hehe… mudah je bagi dia hadiah yang ringkas dan murah…
cermin muka..
ho ho ho… kereta turbo…
ktom08 :
Date: May 12, 2007 @ 4:58 pm
Bent, itulah dinamakan kehidupan. Jika semua guna akal tak apa lah…selamat tp ramainya…ter..guna emosi…itu yg bengang tu…apa2pun EQ kena tinggi…hehehe
abdfatah, bagi hadiah? oooo….pujuk dgn hadiah ya….romantiknyaaaa…….
Bagus ler..rupanya awak seorang yg romantik ya….
aman :
Date: May 12, 2007 @ 6:54 pm
amik air smayang..
ktom :
Date: May 12, 2007 @ 8:45 pm
Ya, betul aman….masa sedang marah…pi ambil air sembahyang kerana syaitan tak ingin mendekati orang yang berwuduk.
Baba :
Date: May 12, 2007 @ 9:23 pm
‘Undur selangkah, lautan jadi lebih luas dan langgit jadi lebih lapang’
‘Sabar seketika, udara jadi tenang dan ombak kurang bergelora’
ktom :
Date: May 13, 2007 @ 10:06 am
Baba, saya suka kata2 anda itu …..
‘Undur selangkah, lautan jadi lebih luas dan langgit jadi lebih lapang’
Undur selangkah bukan bererti kita kalah…tetapi sekadar memberi ruang agar yang kelam kembali terang, yang sempit menjadi luas dan yang kalut menjadi lapang.
‘Sabar seketika, udara jadi tenang dan ombak kurang bergelora’
Bersabar bukan dapat dilaksanakan oleh semua orang
tapi jika dapat meruntuhkan benteng keegoan pastinya udara jadi tenang dan ombak kurang bergelora.
baba :
Date: May 13, 2007 @ 4:27 pm
betul dan tempat interpretasi ktom. syabas!
baba :
Date: May 13, 2007 @ 4:27 pm
sorry, tepat bukan tempat.
Mawardee :
Date: May 16, 2007 @ 12:15 pm
Wah, dapat ilmu baru hari ni
ktom08 :
Date: May 16, 2007 @ 2:40 pm
Ilmu apa tu Mawardee?…alhamdullilah lah jika singgah disini dpt ilmu….semoga kita bloeh kongsi sama2 ok…