Politik Dalaman…..
June 13, 2007 12:01 am Tips MotivasiAskm dan Selamat Sejahtera dan Salam Muhibbah
Beberapa hari dah tak menulis kat sini, sibuk tidak menentu. Anda sihat? Alhamdullillah…semoga anda sentiasa dalam situasi yang tenang dan membahagiakan.
Bercakap mengenai politik dalaman, setiap organisasi ada politik dalamannya yang tersendiri. Jika tidak bijak menguruskannya, akan ada yang menjadi mangsa. Dan jika di sebaliknya, akan ada yang memperolehi kepuasan diri yang tak terhingga.
Samada kita seorang pengurus ataupun kakitangan dalam sesebuah organisasi, ilmu dalam menangani politik kerja atau politik pejabat ini amatlah penting. Disini Ktom ingin berkongsi dengan anda beberapa cara atau pendekatan yang perlu kita pegang agar tidak terperangkap dalam masalah yang mungkin wujud daripada politik dalaman ini. Di harap apa yang dikongsikan disini boleh membantu anda menyelesaikan masalah yang timbul itu.
1. Jangan menyertai politik dalaman.
Apabila sesorang memfitnah, janganlah anda cuba menambah garam dan belacan. Biarlah orang lain kata apa yang mereka suka. Jika anda cuba menyebelahi sesuatu pihak, pasti nya akan ada pihak yang terguris dan terluka. Jika hal itu tidak mengganggu peribadi anda dan ia adalah sesuatu yang luar dari skop kawalan anda, anda boleh dengar dan selepas itu lupakan saja. Terdapat ramai orang yang mahu menunjuk pandai dan akhirnya menerima padah.
2. Adil kepada semua orang
Dalam usaha untuk memberi keistemewaan kepada orang tertentu akan ada yang boleh menyebabkan salah faham kepada ahli pasukan. Mereka mungkin terfikir anda salah seorang penyokong kepada kumpulan politik tertentu. Selagi tindakan anda adalah berlandaskan kebenaran dan tidak terpedaya oleh unsur politik, anda pasti akan dihormati oleh semua orang. Berikan layanan yang sama kepada semua orang tak kiralah beliau dari kumpulan mana.
3. Membina peluang sendiri
Orang yang sangat mengharapkan bantuan dan pertolongan orang lain akan mudah terperangkap dalam politik dalaman. Mereka mahu mengejar impian tetapi mereka tidak berusaha mencipta mutu diri demi menarik peluang kepada dirinya tetapi bergantung pada orang lain. Individu yang lemah percaya bahawa masa depannya bergantung kepada orang lain.
Walaubagaimana pun individu yang kuat akan membina membina masa depannya sendiri. Mereka tidak perlu meminta-minta dan mereka tidak perlu bermain politik. Mereka tahu, selagi mereka buat yang terbaik, peluang pasti ada.
4. Jangan bermusuhan
Jika ada sebarang ketidakpuasan hati hendaklah diselesaikan secara waras. Janganlah kita terjatuh dalam perangkap marah atau hasad dengki. Politik dalaman biasanya bermula daripada komplot ekoran dari rasa ketidakpuasan seseorang terhadap organisasi atau majikannya.
Pokok perbicaraan pastinya berkisar kepada tajuk negatif seperti merosakkan imej dan sistem pentadbiran organisasi atau menimbulkan kekecohan antara kakitangan. Untuk mengelakkan diri daripada terperangkap dalam senario sebegini, kita hendaklah berbaik-baik dengan semua orang. Urusan pejabat hendaklah diselesaikan secara berasingan dengan urusan peribadi.
5. Jangan sebarkan berita negatif
Setiap kejadian yang tidak baik hendaklah diselesaikan dengan menggunakan saluran yang betul. Sekadar merungut dan menyebarkan dengan rakan sekerja yang lain hanya akan menimbulkan kesan yang tidak baik. Sebaliknya, cari jalan dan sarankan kepada organisasi cara yang terbaik untuk menyelesaikannya.
Apabila berita yang tidak baik dapat sambutan orang tertentu, mereka mungkin akan menyertai anda dan seterusnya menimbulkan pemberontakan secara terbuka. Anda diibaratkan sebagai pemimpin politik dan anda memancing undi dengan menaburkan perasaan ketidakpuasan hati anda itu.
6. Tidak memilih kasih
Kebanyakan peluang yang ditawarkan dalam organisasi adalah terbuka kepada sesiapa yang berbakat. Sayangnya, individu tertentu cuba menghadkan peluang itu untuk kepentingan dirinya atau kumpulannya. Peluang itu adalah suatu yang merugikan syarikat kerana orang lain yang lebih berbakat dan bagus tidak diberi peluang.
Kemajuan organisasi adalah berasaskan kepada usaha semua pihak dan tidak terhad kepada orang tertentu sahaja. Timbulnya politik dalaman akan menyebabkan peluang organisasi dikawal dan dikhaskan untuk seseorang berdasarkan kawan sepolitik dengannya sahaja.
7. Membantu orang lain maju
Seseorang yang maju akan cenderung melindungi orang dalam kumpulannya kumpulan yang lembap dan mundur dengan mendirikan politik dalaman. Mereka menukarkan rasa tidak puas hati terhadap layanan organisasi kepadanya sebagai suatu alasan untuk berkomplot dan menuduh ketidakadilan sistem pentadbiran organisasi. Mereka tidak pernah melihat diri sendiri dan sejauh manakah keberkesanan kerja mereka. Sikap ini akan mengajak rasa bersimpati kumpulan yang senasib dengan mereka dan seterusnya menibulkan pergolakan dalaman organisasi.
8. Rasa kecewa dengan organisasi
Apabila seseorang itu gagal menuntut hak yang diperuntukkan untuknya, mereka akan mula bermain politik bagi memulihkan rasa ketidakpuasan hati mereka. Jadi setiap organisasi hendaklah peka dengan setiap perasaan ahli pasukan dan memberi perhatian kepada masalah yang timbul sebelum ia menjadi isu besar.
Tidak semua politik dalaman adalah berasaskan kepada kesalahan ahli pasukan. Tetapi politik dalaman juga adalah kesan hasil daripada sistem pentadbiran atasan yang kurang baik dan tidak adil. Jika pihak pengurusan menutup mata dan terus menuduh orang bawahan, masalah politik dalaman akan berterusan.
9. Prospek kerja masa depan
Seseorang ahli korporat yang tidak sedar mengenai prospek kerja masa depan akan mudah menjadi mangsa pada gejala negatif dalam organisasi. Mereka akan menjadi suatu isu kecil itu sebagai sebab untuk berkomplot. Mereka tidak dapat melihat setiap kejadian dengan sebaik-baiknya.
Dengan bersikap sebegini, mereka tidak nampak peluang jangka panjang yang ada di sebalik setiap kejadian itu. Tanpa kesedaran makna kerja yang sebenar, seseorang akan mudah terperangkap dalam kancah politik dalaman.
10. Takut menyuarakan pendapat
Corak kepimpinan yang menutup peluang bersuara secara terbuka akan menyebabkan perasaan negatif ahli pasukan menjadi tekanan jiwa. Untuk mencari saluran melepaskan tekanan, mereka akan mencari golongan yang serupa dan akhirnya menjadi satu politik dalaman. Setiap organisasi perlu mempunyai saluran untuk mendengar dan berbincang dengan setiap individu yang bermasalah.
Jadi kita dapat lihat bahawa politik dalaman merupakan racun yang sangat berbisa pada organisasi. Walaupun ianya memang tidak boleh dibenteraskan tetapi ianya dikurangkan.
Dan mungkin anda ada banyak perkara yang ingin dikongsikan disini, jadi..jom kita kongsikan bersama-sama. Atau mungkin anda ada cerita2 yang menarik tentang politik dalaman/pejabat ni..sudi-sudikanlah ya…
Sekian, jumpa lagi.
Wasalam.






















Taqiyuddin :
Date: June 14, 2007 @ 5:20 pm
Betul cakap ktom, family saya pun bergiat aktif dalam politik tapi tak ada la dalam politik dalaman nih..
shueqry :
Date: June 14, 2007 @ 5:32 pm
asmkm kak, apa khabar? Shueqry di sini.
Saya dulu pernah jadi mangsa politik pejabat nih, pernah diperlekeh, pendapat dan idea saya ditolak bulat-bulat time meeting, dipandang rendah sebab saya yang paling muda dan satu-satunya lelaki di kaunter customer service Astro tu..
pengalaman. Bila ingat balik bersemangat jadinya.Betul juga kata orang,pengalaman mematangkan.
Anyway, good article from Ktom, Saya nak tulis pasal ni, rupanya Ktom dah tulis dulu, wow!
- shueqry -
all for one, one for all.
azwanhadzree :
Date: June 14, 2007 @ 10:27 pm
Politik dalaman is un avoidable tapi kena berhati-hati dalam hal ini kerana silap langkah akan menjerat diri sendiri.
So, Ktom, apa projek baru
?
ktom08 :
Date: June 14, 2007 @ 10:29 pm
Din, biasanya dalam sesebuah pejabat atau organisasi tu dia ada dia punya budaya dengan berbagai jenis ragam manusia. Bila dah macam2 ragam tu maka wujudlah keadaan yg boleh diseumpamakan dengan politik..jadi kita panggil politik dalaman atau politik pejabat.
Awak minat politik ke Din?
Shuq, Ktom baik. Alhamdulillah…
Hehehe…awak ni betul2 la boleh jadi pakar motivasi. Selalunya Ktom rasa bersemangat bila menerima pujian secara tak langsung tu. Awak ni boleh jadi pakar psikologi ler…hehehehe….ini mesti DikMal jeles ni….hehehehe
ktom08 :
Date: June 14, 2007 @ 10:31 pm
Betul tu Wan…susah sangat untuk kita handle…sbb tu lah kena berhati2 dan bersedia selalu….
Wan, terima kasih kerana sentiasa menyokong. Projek baru? Hehehehe…..tunggu..Wan antara orang pertama yang akan tahu…:)
dik mal :
Date: June 15, 2007 @ 12:02 am
Salam,
Aiyak dik mal jeles? tak ada la..
saya sendiri masih belajar dengan abg shueq..
dulu sy pun ada kena tindas..kerja kerani + kerja bos sy yg buat…dari drafing, termasuklah balancing report sume..isk3..
cm abg shueq kata, pengalaman mendewasakan..
tp tk dewasa pon, umur dak2 lagi..kakaka
Taqiyuddin :
Date: June 15, 2007 @ 2:34 pm
ktom…dikmal n abg shueqry tuh memang pakar dalam motivasi, bila saya bukak internet terus masuk blog dieorang, blog ktom pun apa kurangnya..tapi saya masih belajar..dikmal cakap nak buat macam dier tuh kena usaha n jangan selalu menyerah kalah…tapi antara kita jangan ada politik dalaman k..huh..
ktom>> saya ada la minat jugak dengan politik.
ktom :
Date: June 15, 2007 @ 3:54 pm
Din, Ktom pun baru sangat dlm hal ni dan masih belajar jugak. DikMal dan Shueqry tu memang byk idea sebab mereka rajin membaca, faham dan bertindak seperti apa yg disarankan oleh pakar2 motivasi tu. Mereka ada usaha dan tak mudah menyerah kalah.
Apabila kita lihat proses kejayaan orang2 yg dah berjaya ni, mereka tidka memperolehi kejayaan itu dalam sekelip mata. Mereka telah melalui beberapa proses yang sukar dulu baru berjaya. Setiap kegagalan mereka itu, mereka jadikan tauladan untuk mereka perbaiki setiap kelemahan mereka.
Jom kita sama2 belajar ya Din.
DikMal,beruntung ya awak sebab ada Abg Shueq yg boleh ajar awak. Hehehehehe…gurau je ya…..
Apa2pun memang pengalaman yang mendewasakan kita…
Taqiyuddin :
Date: June 15, 2007 @ 5:36 pm
ktom, macam saya tak tahu nak buat apa2 saya tanya dikmal, tanya blogger lain..tapi dikmal lain..dier suh saya usaha dulu sebelum cakap tak boleh buat, bagus dikmal ktom.
Tapi dikmal tolong ajarkan blogspot yang macam dikmal k..(saya tahu dikmal akan baca komen ini..
)
dik mal :
Date: June 15, 2007 @ 6:24 pm
adeh din…
sampai sini cetenya
tak cukup sebulan lagi..sy rasa kalo din amik saranan saya, din boleh hasilakn yang lebih baik dari saya…tp kalau din tak amik saranan saya, maka tak boleh la
saya percaya usaha keras disamping doa dan tawakal boleh menghasilkan kejayaan wpon kita tak rasa kita boleh buat..
ingat Tan Sri Lim Goh Tong (pengasas Genting) tu pendidikan beliau tahap mana? tapi pencapaian beliau? luar biasa…tu kesan kemahuan dan kesanggupan..
ramai orang mahu, tapi tak sanggup
p.s : ops panjang lak..maaf kak tom..
Raymond :
Date: June 15, 2007 @ 6:46 pm
Wah, meriah nampak.
Memang suatu komuniti yang aktif. Bila pulak blog saya akan jadi aktif macam ni.
Dengan Law of Attraction, semua jadi. Isyk, minta maaf ya, demam Law of Attraction saya masih belum reda.
Dah merepek banyak-banyak ni, lupa pulak isi penting.
Blog ktom pasal politik dalaman ni amat sesuai untuk dijadikan pedoman hidup. Seperti Abang Shueqry, saya jugak pernah jadi mangsa politik dalaman.
Tapi, pengalaman aku ni bukan kat astro tapi kat Standard Chartered Bank. Aku diboikot kerana bekerja lebih daripada yang lain. Collegue aku ni kerja masa manager ada saja. Kalau manager keluar, eh eh, lain pulak macam.
Aku berhenti kerja selepas itu dan memulakan bisnes tuition aku selepas itu. Susah jugak mulanya, tapi sekarang ni tengok balik, syukur banyak-banyak kepada kegagalan yang lepas.
Salam mesra
-Raymond
ktom :
Date: June 15, 2007 @ 10:29 pm
Hi Raymond, terima kaasih kerana sudi menampilkan diri dan berkongsi di sini…
Hahahaha…kena boikot sbb kerja rajin ya? Itulah sapa suruh awak kerja rajin2, masa boss tak de tak payah buat kerja lah..mana dia nampak awak tu kerja rajin, lepas tu diboikot pulak..jika awak malas bekerja kan boleh popular dikalangan mereka2 yg berfikiran negatif tu…hehehehe….
Itulah kehidupan namanya. Jika kita rajin, org dengki pulak..bukannya nak turut rajin cam kita…mana nak maju?
Tetapi bagi kita yg berfikiran positif, keadaan yg berlaku tu adalah rahmat bg kita…tanpa situasi sedemikian kita mungkin tidak ada semangat utk berubah dan tidak tahu apa kelemahan diri kita.
Hahaha…..berkat drp mendpt kegagalan, anda sudah berada di tempat anda sekarang ini..Tahniah…jika tidak mungkin masih keje dgn Standard Chartered lagi kan?
ktom :
Date: June 15, 2007 @ 10:44 pm
Takpe DikMal, lagi pjg tulis lagi bagus..hehehhe. DikMal mendera Din ke? Kesian dia…tapi Din, bagus ler bila DikMal buat cam tu..jika tidak anda tidak akan banyak belajar jika tunggu di suap je..
Eh..eh…apa projek Din dgn DikMal tu?hehehe…nanti si Nadia tu jeles dan ehem..ehem pun jeles jugak. Sorry gurau je….
jejaka :
Date: June 16, 2007 @ 12:34 am
Psl politik ni klu ikutkan sy xbrp minat.. bidang ni sy kurang ambil perhatian.. mksd sy bukan xendahkan langsung tapi yg utama skali adalah apa yg kita buat tu menyenangkan kita dan semua org… klu cara kita itu dpt puaskan hati kita, bt ape kita abaikan… skrg ni klu ikutkan politik bukan dprd aspek yg telah dinyatakan shj tp ia adalah berupa2 bentuk dan mengikut keadaan.. ada yg ingin mengejar sesuatu yg diidamkan itu tidak sesuai kita amalkan dan ada yg bertujuan ingin menindas org lain..
Yg utama skali kita buat apa yg perlu kita buat dan jgn terlalu ikutkan kata2 negatif drpd org lain… tiada faedahnya klu kita melayan sgt ngan kata2 yg kurang menyenangkan kita n lagi satu yg penting hidup mesti diteruskan dan maknanye kita yg perlu meneruskan mengikut acuan kita ke mana kita akan tuju slps ini…
Psl politik luaran xder ke.. br la adil ada dalam dan tentulah ada luaran juge… wakaka… gurau je..ok!!
Adiossssss!!!
Warm regards,
Best in Shah Alam
Taqiyuddin :
Date: June 16, 2007 @ 4:22 pm
Tak ada apa projek, tapi dikmal sebagao pakar motivasi kena la guna khidmat dier, gurau je…tak de pe ktom..
bila ktom nak tulis artikal yang berkaitan dengan ktom..
huhuuh..
ktom08 :
Date: June 16, 2007 @ 10:16 pm
hehehhe askm jejaka. Terima kasih kerana sudi berkongsi disini. Iya, kita buat apa yg patut kita buat dan jgn kacau org lain.
Politik luaran tu…..hmm..kurang minat ler…tp jika jejaka ada isu2 yg ingin dibincangkan boleh jugak ya….sekurangnya kita dapat percambahan ilmu.
Din, ooo awak guna kepakaran DikMal ya? Baguslah. Kirim salma kat Nadia ya..
artikel berkaitan dgn Ktom…apa maksud Din tu?
Taqiyuddin :
Date: June 17, 2007 @ 10:58 pm
tentang diri ktom la..huhuu
ktom08 :
Date: June 17, 2007 @ 11:12 pm
hehehe apa yang awak nak tahu?
Taqiyuddin :
Date: June 20, 2007 @ 5:13 pm
semua nak tahu..
ktom08 :
Date: June 21, 2007 @ 3:00 pm
Hehehe…boleh dik, boleh…takde salahnya….adik tanya je nanti Ktom jawab. Buatlah beberapa soalan utk ktom jawab ya..hehehehe….email je ok..