Sekali gagal bukan bererti gagal selamanya….
July 25, 2007 12:08 am Tips MotivasiAskm dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah
Maaf dah beberapa hari tak sempat menulis disini. Kadang2 tu kita tidak dapat menjangka apa yang akan berlaku pada hari esok. Apa yang kita rancangkan seringkali terpaksa ditangguhkan buat seketika untuk menyelesaikan perkara yang lebih penting.
Apa khabar anda semua? Semoga anda sentiasa dalam keadaan yang sihat, tenang, gembira dan membahagiakan.
Hari ini topik yang Ktom utarakan berkaitan dengan kegagalan dan topik ini lebih difokuskan kepada kegagalan dalam percintaan…….khusus untuk adik2 yang masih bujang. Namun begitu sesiapa pun boleh memanafaatkan apa yang bakal kita bincangkan disini.
” Semua lelaki sama sahaja “ ataupun ” Semua perempuan sama sahaja “. Ungkapan yang seumpama ini seringkali kita dengar. Pernahkah anda menyebut ungkapan seperti ini?
Bagi sesiapa yang pernah gagal dalam percintaan mungkin akan merasa serik untuk bercinta lagi. Tidak semua orang mampu mengecap kebahgiaan yang berkekalan biarpun hubungan percintaan itu sudah dibina bertahun lamanya.
Gagal mempertahankan sebuah hubungan percintaan bukanlah satu perkara yang pelik. Yang beranak pinak pun boleh berpisah apatah lagi hubungan yang baru berputik sehari dua.
Perpisahan memang perit, malah ada yang menyimpan dendam sekian lama sehingga menidakkan kehadiran orang baru kerana menganggap mereka juga sama dan serupa dengan yang terdahulu.
Ruginya jika anda masih berfikiran demikian kerana masih ramai lelaki atau perempuan di luar sana yang mampu untuk membahagiakan hidup anda.
Kegagalan dalam percintaan juga mungkin memadamkan segala bentuk usaha anda untuk terus maju. Untuk menjadi seorang yang tabah dan berjaya dalam hidup, cubalah buang jauh-jauh kisah silam yang masih tersimpan atau terbuku di hati. Kuatkan semangat dan binalah hidup baru.
Ok….jom kita kongsikan beberapa tips yang mungkin dapat membantu anda dalam mengharungi hidup bersama ” teman baru “. Ktom harap anda juga dapat menokok tambah tips yang ada ini supaya ianya mampu menjadi panduan untuk kita semua.
1. Jadikan sebagai pengajaran
Jika anda tidak menunjukkan sikap sayang kepada bekas kekasih anda ( atas sebab tertentu), anggaplah ia sudah berlalu dan cuba lakukan yang lebih baik kepada pasangan sekarang. Jangan toleh kebelakang. Pandanglah terus kehadapan kerana anda harus jadikan diri anda pada hari ni lebih baik dari semalam.
2. Kepastian
Adakah anda pasti bahawa pasangan anda boleh menjadi pasangan yang baik dan menyayangi anda sepenuhnya? Jika benar, teruskan hubungan dengan hati yang tulus ikhlas tanpa ragu2. Tetapi janganlah pula terlalu gopoh kerana anda mungkin akan dilihat sebagai seorang yang ‘ desperate’. Ambil masa untuk mengenali diri masing2 dengan lebih mendalam.
3. Jujur
Benarkah anda mahukan sidia? Jika jawapan anda ‘ya’, anggaplah bahawa kejujuran adalah segalanya. Jangan sesekali cuba berlaku curang atau menduakan pasangan anda. Jika kesetiaan yang diharapkan dari pasangan aanda, maka sudah tentu pasangan anda turut sama mengharapkan perkara yang sama dari anda. Dengan yang demikian barulah hubungan anda berdua kan dilimpahi dengan kasih sayang yang sebebnarnya.
Walaupun begitu jika salah seorang dari anda pernah menduakan anda atau bersikap ‘ rambang mata’. fikirkanlah. Adakah anda sanggup menerimanya sebagai pasangan hidup kerana sekali sidia berlaku curang, maka tidak mustahil ia akan berulang lagi.
4. Sikap mengikis
Sikap mengikis harta pasangan bukan hanya ada pada wanita tetapi kaum lelaki juga tidak terkecuali. Di awal perkenalan, pasangan anda sudah mula menunjukkan sikap mengambil kesempatan ke atas kekayaan anda atau bersikap materialistik, jauhkanlah diri anda daripada lelaki atau wanita yang bersikap begini. Sebabnya jika sudah terlajak sayang, bimbang pula anda terpaksa menurutkan kemahuannya apabila dia sudah menjadi teman hidup anda kelak. Jadi siapa yang akan merana? Jadi berwaspadalah.
5. Kewangan
Perkara ini mungkin kelihatan remeh tetapi akan menimbulkan masalah besar jika tidak dipersetujui dari awal. Ingatlah bahawa ada rumahtangga yang berakhir dengan perpisahan semata2 kerana masalah kewangan.
6. Kesesuaian
Adakah anda berdua mempunyai keserasian dalam pelbagai aspek? Adakah anda seorang yang peramah manakala pasangan anda pula seorang yang pendiam? Atau adakah anda seorang yang pembersih dan dia pula seorang yang selekeh dan pengotor? Tanyalah pada diri sendiri. Sesuaikah anda dengan dia?
7. Tolak ansur
Walaupun ego anda tinggi, cuba-cubalah turunkan tahap keegoan tersebut demi kebahagiaan anda dan pasangan. Hal ini memang penting. Janganlah mengharapkan pasangan anda sahaja yang perlu menurut perintah anda ( tak kiralah lelaki atau wanita ), sebaliknya belajarlah menghormati dan memahami perasaan dan pandangan masing2. Tak ada ruginya anda berbuat demikian.
8. Ungkapkan rasa cinta
Ada juga dikalangan pasangan yang malu untuk mengungkapkan perasaan ini. Hahaha….jangan bersikap begini terutamanya jika anda lelaki kerana jika terlepas anda juga yang akan merana. Kadang2 lelaki terlalu ego untuk meluahkan dan tidak romantis sama sekali sedangkan kehendak naluri wanita amat memerlukan semua itu. Iya ke? Anda sendiri yang tahu jawapannya.
Itulah sahaja diantara tips yang dapat Ktom utarakan untuk panduan anda dan Ktom tahu masih banyak lagi perkara yang boleh anda buat dan amalkan supaya perjalanan percintaan anda dapat bertahan untuk selamanya. Insyaallah.
Jadi…jom kongsikan disini supaya perkongsian ini dapat meredakan kegusaran hati orang yang pernah terluka dalam percintaan.
Sekian, hingga jumpa lagi.
Wasalam.





















Raymond :
Date: July 25, 2007 @ 9:53 am
Wah, bagusnya tips Ktom.
Tapi tips ni bolehlah saya simpan dulu. (Pasal takde awek lagi). Sampai masanya nanti bolehlah pakai. Tul tak?
Hidup membujang pun tak susah, alah bisa tegal biasa.
Asalkan tahu bersyukur, kebahagiaan pasti jadi milik anda. Saya sentiasa bersyukur atas kebebasan yang dikurniakan.
Walaupun saya stay kat rumah sepanjang hari, tapi saya rasa amat bebas. Boleh atur schedule sendiri, tak de orang yang mengelam-kabutkan schedule saya. Tak de orang suruh saya buat ini buat itu dan banyak lagi.
Hehe … mana tau mungkin suatu hari nanti ada seorang bidadari yang dapat mengubah pemikiran saya yang kolot ni.
Masa tu lah tip Ktom dapat saya aplikasikan. :p
zool :
Date: July 25, 2007 @ 12:11 pm
he he he..
ktom dah update..
bile baca tips nie.. memang amat bersesuaian untuk orang seperti saya…
Harap-harap saya akan bertemu permysuri yang mampu membahagiakan..
cuma tang kesesuaian tu ada pertanyaan sedikit.
adakah seorang yang pendiam tidak layak untuk orang yang ramah? Dan orang yang selebet tidak sesuai untuk yang cantik??
Raymond :
Date: July 25, 2007 @ 6:46 pm
Hi Zool,
Caya jodoh dan takdir tak?
ktom08 :
Date: July 25, 2007 @ 11:49 pm
Raymond…hehehe bila dah rasa teruja dgn kebebasan yg ada sekarang alamatnya tak kahwin lah awak….hehehe…
Ini adalah salah satu alasan kenapa tak nak kahwin cepat…tp Raymond bidadari akan datang juga….tapi awak kenalah cari juga….hahahaha
Cuma satu harapan Ktom, jangan matikan perasaan itu??????
azwanhadzree :
Date: July 25, 2007 @ 11:52 pm
Hi Ktom, apa khabar? Apa crita domain tu, sudah dapatkan? Sorrylah, lama tak singgah. kesibukkan yg terlampau, asyik balik lewat sahaja, samapi blog sendiri pun tak terupdate lagi.
Anyway, kepada Zool, kekadang kau lihat ada pasangan yang tak beberapa sesuai, selebet dan cantik sgb contoh, tapi mereka bahagia. Kenapa ye? Kerana tolak ansur, jujur dan iklas.
ktom08 :
Date: July 25, 2007 @ 11:57 pm
Ya Zool, baru ada peluang updates……bz dan kelam kabut sikit…
zool,
Ktom pernah dengar Dr Hj Fadzilah Kamsah berkata bahawa, suami isteri kenalah saling lengkap melengkapi…kekuatan yg ada pada kita dapat menutup kelemahan dia, dan begitulah sebaliknya. Jadi bila dikaji apa yg dia cakap tu…dapat lah buat kesimpulan bahawa jika kita peramah, pasangan kita peramah….jadi sapa nak dengar sapa? Atau suami pendiam, isteri pendiam..agak2nya cam mana suasana rumahtangga mereka?
Tapi zool, bila kita selekeh dan pasangan tu kemas…agak2nya sapa yg kena ikut sapa?
Raymond, gua caya lu…..lu pun percaya pada jodoh dan takdir ke? hehehehe…Ktom ada ramai kawan bangsa Cina, ada antara mereka tidakpercaya pada semua tu…betul ni…
ktom08 :
Date: July 26, 2007 @ 12:07 am
Wan,
Ktom baik cuma takde peluang nak singgah kat blog Wan ( sorry ya )dan ni pun baru je ada peluang update.
Ttg domain tu…coming soon…masa tak mengizinkan lagi…nanti ktom bgtau la ya.
Anyway, terima kasih byk2 sbb Wan selalu supports Ktom.TQ
RM2 tu kira langsai lah ya…wakakaka
azwanhadzree :
Date: July 26, 2007 @ 12:09 am
hutang tetap hutang
wakakakakaak…kakakak..
raduan :
Date: July 26, 2007 @ 9:34 am
ktom
Kegaggalan kadang-kadang boleh membunuh harapan,lebih lebih lagi kegaggalan dalam percintaan,namun begitu penerimaan seseorang banyak bergantung kepda personaliti dirinya sendiri,ada yang kuat dan ada yang memerlukan sokongan moral serta kekukuhan nilai peribadi sebagai penentu sama ada mereka boleh menerima atau tidak kenyataan itu.itu aje lah nampak pandangan saya untuk artikel ini,lagipun saya dah tak bujang lagi.
Bent :
Date: July 26, 2007 @ 9:21 pm
apa pun ungkapan “lelaki semuanya sama” ataupun “perempuan semuanya sama” adalah tidak adil bagi saya..hakikatnya semua lelaki nampak sama tapi zahirnya berbeza begitu juga dengan perempuan..jadi menyalahkan takdir dan juga jodoh adalah kurang sesuai..betul tak Ktom..mcm wan juga sorry lama tak singah sibuk sangat ni hehehe
ktom :
Date: July 26, 2007 @ 10:25 pm
Adoiiii….mati laaaa….cam mana nak bayar hutang ni? Ceti betul ler…..heheheehe
Raduan,
Apa khabar? Lama tak singgah sini.
Takpe ….untuk bagi pandangan tidak semestinya kita bujang atau berkahwin ataupun yg dah ada pengalaman putus cinta dan sebagainya. Memang ada org yang tabah dan ada yg mudah putus asa dlm hal putus cinta ni….namun sebagai manusia kita harus redha dengan apa yg terjadi dan menerima itu sbg takdir Allah kpd kita utk menduga sejauhmana ketabahan kita dan kita harus ingat segala kekecewaan itu ada hikmah disebaliknya.
ktom :
Date: July 26, 2007 @ 10:29 pm
Betul tu Bent kita jgn menyalahkan takdir sebaliknya menerima takdir itu dgn fikiran yg positif.
Bent, kita sama2 bz rupanya. Namun begitu persahabatan yg terjalin ini jgn diabaikan ok. Anak dan wife sihat ke?
Noorizam Shah :
Date: July 26, 2007 @ 10:51 pm
Alhamdulillah sehingga ke hari ini saya bahagia bersama isteri saya..
ktom08 :
Date: July 26, 2007 @ 11:35 pm
Insyaallah Zam….semoga kekal hingga ke anak cucu. Tiada siapa pun yg tidak inginkan kebahgiaan dlm berumah tangga ni Zam…..tapi kuasa Allah siapa yg tahu kan?
Ludbafital :
Date: July 27, 2007 @ 11:48 am
Sekali gagal? Ada orang BERANI GAGAL!, tak percaya? Baca buku ‘Berani Gagal oleh Billi Lim’. Jangan takut gagal kerna orang-orang berjaya, asalnya pun entah berapa kali sudah gagal. Cuba renung diri kita semula, selama hidup sudah berapa kali gagal agaknya..(agok-agok Ktom doh brapo kali gaga?..heheh)
ktom :
Date: July 27, 2007 @ 2:49 pm
Ludba….tertinggal jejak juga akhirnya. Terima kasih byk2. Buku tu akan Ktom cari dan baca insyaallah.
Dalam hidup ini setiap org pasti menemui kegagalan. Gagal untuk mendapat apa yang dia inginkan. Kegagalan boleh berlaku dalam byk perkara namun kegagalan itulah yg akan menguatkan semangat kita dan daripada kegagalan itulah kita menjadi seorang manusia yg punya jatidiri.
Bagi Ktom kegagalan dalam mencari peningkatan karier sudah byk kali ditempuh namun begitu masih tidak putus harapan kerana percaya pada rezeki Allah.
dikmal :
Date: July 28, 2007 @ 12:29 am
lalala…chenta2…lalalala
Mia the return..kah kah kah
cikgu azleen :
Date: July 29, 2007 @ 12:52 am
Kegagalan itukan sebahagian dari lumrah kehidupan.. Tak ada kegagalan, tak mungkin ada kejayaan.. Yalah, macamana nak bezakan kejayaan dengan kegagalan, jika tiada kegagalan..
Apapun saya setuju dengan pandangan Datuk Dr Fadzilah Kamsah, bahawa bila mencari pasangan tak perlu cari yang sama serupa.. Sebab itu namanya pasangan, bukan kembar.. Ianya mestilah saling melengkapi..
Kalau isteri tak suka berkemas, suaminya pasti seorang yang rajin.. Kalau isteri suka memasak, sang suami biarlah seorang yang suka makan (atau sekurang-kurangnya tahu menghargai makanan dan usaha si isteri)..
Bayangkan juga kalau kedua-dua suami isteri suka bercakap.. Hmmm… Siapa pula yang nak mendengar? Kalau kedua-duanya panas baran? Pasti rumahtangga sukar nak aman..
Yang pentingnya, kesediaan kita untuk bersyukur dengan kelebihan dan menerima segala kekurangan pasangan kita..
Jangan putus asa jika dalam perjalanan kita diuji dengan cinta yang tidak setia, atau anasir ke-3.. Kerana di hujungnya kita pasti akan bertemu sesuatu yang lebih baik dan sesuai untuk kita.. InsyaAllah..
ktom08 :
Date: July 29, 2007 @ 9:39 pm
DikMal,
happy nampak….hehehe:)
Dah tak tension lagi ke?
ktom08 :
Date: July 29, 2007 @ 9:43 pm
Cikgu,
Iya, begitulah lumrahnya hidup dan syukurlah jika ada ramai yang berpandangan positif macam Cikgu.
Ingatlah segala kejadian yg tidak kita ingini berlaku merupakan satu ujian dan pastinya setiap kejadian malang yang menimpa ada hikmah sebaliknya. Wallahualam.
Dan untuk mencapai kejayaan pasti kita akan menemui kegagaln terlebih dulu.
zool :
Date: July 30, 2007 @ 12:23 pm
wah.. ramainya orang komen kat post nie…
harap2 orang bujang cam saya dapat tips…
insyaallah..
p/s :- saja je anto komen nie.. nak try lawan ktom saya paling banyak komen kat blog masing2…
ktom08 :
Date: July 30, 2007 @ 5:27 pm
hehehe…zool..tahu ler…memang awak suka buat lawatan dan meninggalkan jejak…memang awak peramah…tapi dik buat masa ni top commentator utk blog ktom masih tak de hadiah lagi…wakakaka
Anyway..terima kasih kerana sentiasa memeriahkan blog ini. Semoga ukhwah dan perkongsian disini berpanjangan.Insyaallah.
rida :
Date: August 5, 2007 @ 12:00 am
Ktom, apa khabar? maaf, saya dah tertinggal bas pulak la ni, hehe…
Takperlah ktom, satu jer saya nak tanya, adakah orang yang telah berumahtangga itu dikira telah berjaya dalam cintanya?
ktom08 :
Date: August 5, 2007 @ 12:43 am
Oho satu soalan cepumas dari Rida. Cam mana nak jawab ni? Susah jugak ya…
Jawapannya amat subjektif. Ia bergantung pada pengertian seseorang itu dalam cinta. Tapi bagi Ktom, jika seseorang itu berjaya mencipta kebahagiaan hingga ke anak cucu bersama ,dikira orang itulah yg telah berjaya dalam cintanya