Stress - berfikir secara positif

1:00 am Tips Motivasi

Askm dan Salam Sejahtera

Harap anda semua dalam keadaan sihat walafiat.

Mungkin ada di antara kita mempercayai tekanan atau stress berupaya membantu diri kearah yang lebih positif. Ini adalah kerana bila adanya tekanan terhadap diri, ia akan mendorong agar sesuatu kerja yang  dilakukan dengan lebih cepat lagi.

Eh betul ke Ktom? Bukan ke kalau kita stress…semua kerja tak menjadi?

Sebenarnya stress baik untuk anda jika sekira ianya dapat dikawal dengan sempurna tanpa emosi yang keterlaluan.  Bagaimana pun, ia akan menjadi satu masalah jika anda merasakan ianya adalah satu beban yang boleh menyusahkan hidup anda.

Jadi untuk mendapatkan mood yang positif Ktom ada beberapa cara untuk dikongsikan dengan anda untuk anda jadikan sebagai panduan :-

1.  Gunakan kata-kata positif apabila bercakap mengenai diri sendiri. Apabila anda sedang menghadapi tekanan, katakan pada diri bahawa anda boleh mengatasinya. Cuba paksa diri untuk berkata positif.

2.  Kenal pasti perkara positif yang boleh membantu anda mengurangkan tekanan.  Bagaimana nak kenal pasti pekara positif tu? Ok..anda kena bayangkan diri anda  boleh berjaya melakukan sesuatu yang anda kehendaki.

3.  Ambil sedikit masa untuk mengatasi sesuatu masalah.  Berfikir secara tenang dan jangan memaksa diri anda melakukan sesuatu di luar kemampuan. Relax dulu….tarik nafas panjang-panjang….pi ke padang atau ke mana saja yang anda boleh nampak warna hijau….ha..ha…warna hijau tu boleh buat anda rasa tenang.

4.  Lakukan pelbagai kegiatan berfaedah untuk kesihatan kerana ini dapat membantu merehatkan fikiran seperti jogging atau bersenam bersama teman-teman

5.  Jangan sesekali menyesali perkara yang sudah berlalu.  Ini kerana, anda tidak boleh membetulkan kesilapan yang telah dilakukan,.  Apa yang penting, katakan pada diri sendiri, bahawa anda tidak mahu mengulanginya.

Ok..setakat ini dulu….kita akan sambung lagi dengan menyenaraikan beberapa perkara yang sering dilakukan ketika stress.

Sampai jumpa lagi. Wasalam.

  

                                                                                                                                      

 

 

 

 

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb
6 Responses
  1. Rizal :

    Date: April 29, 2007 @ 11:55 pm

    Senang je nak ilang stress tgk citer kelakar.. Gelak puas2..

  2. ktom08 :

    Date: April 30, 2007 @ 12:16 am

    Betul tu Rizal…ktom sokong 100%. Tapi tu ler..kadang2 bila stress ni kita dah mula tak boleh nak berfikir dengan waras. Kadang2 tu asyik ikut emosi je…orang buat kelakar pun kita tak nak ketawa….( itu EQ rendah punya orang la)

  3. azwanhadzree :

    Date: April 30, 2007 @ 12:46 am

    or lawatlah site saya Ktom, untuk hilangkan stress

  4. ktom08 :

    Date: April 30, 2007 @ 4:13 pm

    hahaha…memang betul pun Wan. Bila tak stress pun ktom lawat juga sbb byk benda2 pelik hehehehe…

  5. Baba :

    Date: May 3, 2007 @ 10:24 pm

    ktom, menulis adalah satu cara mengatasi stress…

  6. ktom08 :

    Date: May 3, 2007 @ 10:45 pm

    eh..eh..En Baba, betul ke menulis adalah satu cara mengatasi stress…cam mana ya? Mungkin juga tulis, tulis, tulis..tentang apa yg buat kita stress, yg buat kita geram lepas tu gumpal dan lontar kuat2 dlm tong sampah seolah2 kita buang jauh2 apa yang buat kita stress tu. Hmm….satu cadangan yang bijak tu…hehehe

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.