Supaya anda dihormati di tempat kerja
May 16, 2007 12:34 am Tips MotivasiAskm, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah
Syukur kepada Allah kerana kita masih boleh bersama di blog ini biarpun antara kita tidak pernah berjumpa sebelum ini. Inilah wadah tempat kita berkongsi bicara sebagai juadah makanan minda bagi persiapan menghadapi hari seterusnya.
Ok, hari ini Ktom ingin berkongsi dengan anda satu cerita yang kerap dialami oleh sesiapa sahaja. Tak kiralah samada anda seorang pelajar, guru, doktor, pensyarah, eksekutif dan sebagainya. Kadangkala kita leka dengan sikap dan perlakuan seperti ini membuatkan kita lupa untuk membuat orang menghormati kita.
Begini ceritanya…….
Mila, seorang eksekutif muda di sebuah organisasi telah berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kariernya. Setiap arahan yang diberi dituruti dan kerja diselesaikan mengikut waktu malah tidak keberatan untuk bekerja lebih masa.
Dari segi personaliti, Mila tidak ada apa yang kurang. Perawakan dan pakaiannya sesuai dengan tugas dan tidak menjolok mata.
Walaubagaimana pun beliau tidak begitu disenangi oleh teman-teman sepejabat. Mungkin ini disebabkan oleh sikapnya yang terlalu mementingkan karier hingga tidak memikirkan bahawa dia jua perlu bergaul dan bermasyarakat dalam pejabat.
Itulah alkisahnya…….
Jadi disini apa yang Ktom ingin utarakan bahawa cara kita bersosial juga penting sebagai kriteria untuk berjaya dalam bidang yang kita seburi. Inilah juga diantara yang diperhatikan dalam pemilihan untk kenaikan pangkat atau untuk mendapat apa-apa anugerah.
Apakah faktor yang utama untuk seseorang itu dihormati, disayangi dan disukai dalam dunia pekerjaan. Antara faktor penyumbangnya adalah baik hati, mengambil berat dan gembira.
Anda boleh berjaya dalam karier jika anda mengamalkan ketiga-tiga sikap ini dalam setiap tindakan anda.
Baik hati dan mengambil berat mengenai orng lain yang ada disekeliling anda bermakna anda sensitif dengan keadaan sekeliling. Dan sikap ini sangat penting dalam kepimpinan. Ini juga memberi anda popular di kalangan teman-teman sepejabat. Dengan ini mereka akan sentiasa bekerjasama dengan anda dan ini boleh membantu meningkatkan karier anda.
Jangan sekali-kali anggap bahawa kerja sentiasa perlu dilakukan dengan serius je. Kadang kala gelak ketawa juga penting untuk memberi kemeriahan dan menenangkan suasana tegang. Tapi tak ada lah meriah sangat sehingga mengabaikan tugas kerana asyik bersembang dan membuat jenaka. Kerja tetap fokus.
Ingin Ktom kongsikan dengan anda juga tentang perlakuan yang boleh meningkatkan karier. Tidak kira sama ada anda ketua, eksekutif atau hanya pekerja biasa - perasaan bertimbang rasa terhadap orang lain adalah penting. Anda akan dihormati dan menjadi tenaga utama selain merupakan aset kepada organisasi anda.
Bukan susah sangat untuk dilaksanakan. Anda hanya perlu mengamalkan sikap berikut dalam setiap tindakan ketika bekerja di pejabat.
1. Jika anda seorang ketua, cuba berbaik dengan semua pekerja termasuk golongan bawahan. Mereka boleh menjadi sahabat dan sekali gus penyokong yang boleh meningkatkan karier anda.
2. Setia kepada ketua dan sentiasa mmpertahankannya tidak kira sama ada di dalam mahupun di luar pejabat. ( hehehe..kalau ketua tu jenis orang yang sombong macam mana ya? )
3. Elakkan mengata seseorang melainkan di atelah melakukan jenayah berat seperti mengedar dadah, jenayah, mencuri dan sebagainya.
4. Jangan mengkritik ( ini sudah dibincangkan dalam post yang lepas ) seseorang di depan atau di belakangnya melainkan jika anda diarahkan menjadi penyelianya. Siapa tahu dia mungkin jadi ketua anda suatu hari nanti (hmmm…jangan main-main susah dibuatnya nanti ).
5. Menerima kedatangan pekerja baru dengan baik. Tunjukkan keadaan pejabat dan jadikan dia sebahagian daripada kumpulan anda. Biarkanlah dia merasai sebahagian daripada politik di pejabat terutama undang-undang yang biasa digunakan. Tentu anda juga minta diperlakukan sedemikian jika menjadi orang baru.
6. Selalu menepati janji. Kekalkan reputasi ini kerana anda boleh menjadi orang yanng dipercayai.
7. Pastikan anda membelanja rakan yang pernah belanja untuk makan bersama. Elakkan daripada dikenali sebagai orang yang tidak tahu membalas budi.
8. Elakkan daripada menentang orang yang tidak anda sukai secara terbuka ketika dia sedang mengemukakan pendapatnya di pejabat. Cara demikian tidak akan membantu meningkatkan karier anda. Suarakan rasa tidak puas hati itu secara individu dengannya.
Ini adalah diantara apa yang boleh kita buat…masih banyak perkara lagi yang boleh kita laksanakan. Jika anda ada pendapat yang ingin dikongsikan disini, Ktom amat mengalu-alukannya. Semoga apa yang kita sampaikan dapat dikongsi dan dijadikan panduan bersama.
Sekian, Wasalam.





















Bent :
Date: May 16, 2007 @ 12:44 am
Cara saya adalah..lebih senang kalau bersemuka bila menyuarakan pendapat atau pun ketidak puasan di hati..kan itu lebih baik..tapi kebanyakkan orang tidak suka cara sebegini..malah mungkin ada yang beranggapan perbuatan ini boleh memalukan
ktom :
Date: May 16, 2007 @ 2:32 pm
Bent, cara yang Bent lakukan itu bagus dan tepat. Kita tak perlu gunakan orang perantaraan dalam menyelesaikan masalah atau jika nak menyuarakan pendapat dan juga ketidakpuasan hati kita. Cuma kita perlu pastikan apa yang ingin kita sampaikan itu sesuatu yang bermanafaat dan gunakan cara dan bahasa yang tidak menyinggung perasaan dan berkesan.
azwanhadzree :
Date: May 16, 2007 @ 11:15 pm
walaupun kita tak sepejabat, bila nak belanja makan
ktom08 :
Date: May 17, 2007 @ 9:51 am
Hehehe…boleh aje Wan:)
Labanon FlareBiz :
Date: May 17, 2007 @ 6:52 pm
Nice tip
thanx 4 sharing..
“Selalu menepati janji. Kekalkan reputasi ini kerana anda boleh menjadi orang yanng dipercayai.”
Itu memang perlu
Baba :
Date: May 17, 2007 @ 10:19 pm
Pasal politik pejabat, seribu satu macam watak. Asalkan apa yang kita lakukan itu menepati kehendak dan matlamat organisasi. You cant please them all!!
ktom :
Date: May 17, 2007 @ 11:00 pm
” u cant please them all ” ayat ni cam pernah dengar je..hehehe
Baba, dalam seribu satu watak tu jika ada yg membawa watak pengkhianat, bermuka2, rasa dia je yg penting, rasa dia je yg serba tahu….dan jika boss pulak menangkan dia je atau tak peka dgn apa yg berlaku disekeling yang tandus keharmonian…..matlamat mana nak tercapai..
ktom08 :
Date: May 17, 2007 @ 11:09 pm
Labanon..askm…..bangga dan gembira sangat2 bila Labanon singgah dan bagi komen disini.
Menepati janji….tak semua org mampu buat…tp jika ingin sentiasa dihormati dan berjaya dlm apa jua bidang..TEPATI JANJI adalah satu kemestian dan menjadi perkara yg wajib…
shueqry :
Date: May 18, 2007 @ 1:21 am
asmk Ktom, pekaba? shueqry here..
owh, nanti bila saya gi semenanjung saya blanje Ktom makan! tulisan Kak Tom menambat hati saya, saya peminat tulisan kak tom
dah 3 kali saya masuk sini hari ini, baru kali ni bukak dari rumah, tadi saya jenjalan jadi singgah kat cc untuk baca blog kengkawan.. tak dpt gi swim sebab ujan, masa terluang 2 jam saya guna utk relaks, jenjalan kat shoppping kompleks dan kedai buku..
tip kali ini sangat bagus dan praktikal, bersangka baik dan berbuat baik pada semua orang, tak kira dia tu baik ke jahat ke, memang we cant please them all, tapi be professional, kawal emosi diri kita dan pupuk semangat kerjasama, pendek kata togetherness..
Good tip from ktom.
the one-of-a-kind,
shueqry
ktom :
Date: May 18, 2007 @ 6:19 pm
Wkslm Shuq, Ktom sihat …Shuq apa Khabar? Macam mana cabaran 40 hari tu? Sori dah beberapa hari tidak ke blog Shuq. Apa2 yg Shuq tulis dapat dibaca melalui email sobb tu lah tak singgah…..( Shuq, adakah itu salah satu kelemahannya bila setiap post dpt dibaca melalui email, maka pelawat tak pi jengok blog dan secara tak langsung tidak tahu apa yg selebihnya ada dlm blog tersebut umpamanya jika kita buat affiliate…sure susah nak dpt income sbb pelawat tak pi blog dan bila tak pi mereka takkan beli dari kita )
Hehehe…rasa bersyukur dan bangga bila ada org sudi mengiktiraf tulisan Ktom ni. Shuq, awak ni perli ke?hehehehe…
Itu merupakan satu dorongan dan semangat utk Ktom teruskan menulis….Tp Shuq, menulis ni bukan senang jika tak de skill..dan utk dptkan skill tu kena rajin membaca dan menulis. Jadi Ktom teramat baru dlm bidang ni…skill dan flow menulis tu tak ada lagi. Harap Shuq boleh membantu ya…
Hehehehe…jom…bila dtg Semenanjung…dtg ler Kota Bharu ya….kat sini ramai awek cun tau…hehehe. Nanti Ktom belanja awak ya….(makan nasi kerabu campur budu….):)
shueqry :
Date: May 20, 2007 @ 3:24 am
aikss, kak , tak perli tu.. ikhlas, saya minat stail penulisan kak tom sebab ia ditulis oleh seorang yang matang dan yang saya anggap kakak..err, saya anak sulung, takde abang dan kakak dan kak tom adalah seorang daripada kakak-kakak saya
saya belajar memperbaiki stail penulisan saya melalui blog kakak-kakak ni, saya mahu belajar mematangkan diri.. camtula ceritanya
.. stail penulisan ni berbeza bagi setiap orang, walau tak banyak membaca tapi asal rajin menulis, itu satu cara untuk mengasah bakat.. flow datang sendirinya nanti.. kalau kita rajin observe perangai orang di sekeliling kita, banyak juga yang boleh ditulis sebab idea bole timbul di mana-mana dan bila bila masa..
hari ni tulis sikit, esok tulis sikit, lepas tu baca tulisan orang lain, then kita tulis lagi, lebih banyak dari yang sebelumnya, lepas tu tulis lebih panjang lagi.. camtu cara saya dulu, langah demi langkah.. moga tip ni dapat membantu kak tom, cuba try, selalunya saya sediakan buku nota kecik sebab idea ni susah nak ingat, asal ada idea tulis terus keyword dia..
Owh, Kelantan? saya tak pernah pegi, Budu nak juga saya makan, mana tau saya terkawin terus ngan orang Kelantan, hehe..aminnn! cikgu saya dulu ramai orang Kelantan, waduh, halus mulus dan berseri air muka wanita Kelantan ni.. insya allah kak, berjumpa juga kita nanti..
ktom08 :
Date: May 20, 2007 @ 9:43 pm
Shuq, terima kasih di atas semangat yg diberikan itu. Ktom amat berbangga dgn anda yang sudi berkongsi pengalaman. Ktom akan ikut panduan yg Shuq berikan itu….
Ktom setuju dgn kata Shuq bahawa dengan melihat perangai org kita akan dapat idea utk menulis sbb Ktom pernah berbuat demikian.
Shuq, terima kasih kerana sudi menganggap Ktom sbg kakak. Bagi Ktom, silatulrahim yg terbina, jgnlah hendaknya diputuskan. Hargailah jalinan setiap persahabatan yang wujud biarpun di ruang maya…..manalah tahu satu waktu ketika kita dlm kesusahan di destinasinya…pastinya dia lah org pertama yg kita hubungi utk minta pertolongan.
Hehehe…..begitu tinggi pengiktirafan yg diberi kpd wanita Kelantan ni. Terima kasih. Semuanya sama je Shuq…:)
Shuq, pesan Ktom….keindahan perlu dinilai dari dalam bukannya seperti apa yang terzahir di depan mata, kerana pandangan mata selalu menipu.
TQ
Taqiyuddin :
Date: June 1, 2007 @ 10:52 pm
senang je cara dier, buat kerja rajin-rajin la..hehe..ktom..semoga kita sama-sana berjaya..
ktom08 :
Date: June 1, 2007 @ 11:15 pm
Taqiyuddin, kadang2 yg buat kerja rajin tu ler yg org tak suka..sebab bila ada org yg berfikiran negatif, dia akan cakap..hmm tu bodek boss la tu…sebab tu keje rajin2. Jadi bila dah ada yg dengki cam tu, macam mana dia nak hormat kita? hehehehe…..
Tapi biar apa pun, kita memang kena kerja rajin2 supaya kerajinan kita itu mendapat penghormatan dari semua pihak. Jgn jadi org yg pandai cakap tapi buat kerja tak tahu pulak. hehehe.
Ya, semoga kita sama-sama berjaya insyaallah…
Taqiyuddin :
Date: June 15, 2007 @ 5:28 pm
Tak pe ktom, saya pun kerja goverment pun selalu dengan politik pejabat macam ktom cakap dlu..tapi yang penting tuh kita yang tahu apa kita buat, tapi ingat..kadang-kadang situasi sebegini tak ramai yang boleh tahan.
saya masih muda punyai darah yang sentiasa yang panas bila ada orang kutuk, ktom..sabar je ubat dier..