Tips hadapi kelukaan
May 23, 2007 12:31 am Tips MotivasiAskm, Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah…
Semoga anda sentiasa dikurniakan kesejahteraan dan kegembiraan yang hakiki.
Topik hari ini masih lagi berkaitan dengan kelukaan. Kelukaan amat sinonim dengan kedukaan, kesuraman hidup, sengara, duka lara, kecewa,hiba, terguris dan sebagainya. Setiap dari kita pasti menangani kelukaan yang dialami dengan pelbagai cara atau inisiatif.
Mungkin anda ada cara yang tersendiri untuk menghadapi kelukaan namun Ktom ingin mengajak anda supaya sama2 membincangkan taktik dan teknik cara untuk menghadapinya.
Disini Ktom ingin utarakan beberapa tips untuk dikongsi bersama. Semoga anda mendapat manafaat daripadanya. Dan jika tips ini sudah anda tahu tapi sekurang-kurangnya ini dapat mengingatkan kembali atau menyegarkan ingatan anda kepada apa yang telah anda tahu itu.
1. Beribadah
Dekatkanlah diri dengan Allah dan mintalah pertolongan dariNya untuk jalani kehidupan dengan lebih tabah. Kita perlukan kekuatan rohani dan jasmani untuk meneruskan perjalanan hidup yang masih bersisa ini. Dialah yang maha berkuasa dan Dialah yang maha mengetahui.
2. Mendapat sokongan
Sokongan dari sahabat handai, keluarga amat diperlukan pada saat-saat sebegini. Luahkan perasaan anda agar apa yang tersirat itu dapat dikongsi supaya anda merasa lega kerna meraka adalah tempat mengadu yang paling sesuai. Cuma anda harus kenali sedalamnya siapa sahabat yang dapat menjadi pendengar yang setia dan dapat memberikan pandangan yang bernas kepada anda. Tapi awas, jangan adukan kepada sahabat yang tidak anda percayai dengan sepenuh hati.
3. Bersikap positif
Jadikanlah kenangan lalu sebagai pengajaran untuk anda menempuh hari mendatang dan supaya anda lebih bersikap terbuka.
4. Bercuti atau Melancong
Ambil peluang untuk bercuti atau melancong bersama keluarga atau sahabat anda untuk melegakan kelukaan itu. Ini boleh dilakukan sempena hujung minggu ataupun semasa cuti persekolahan. Anda juga boleh beriadah bersama keluarga kerana aktiviti riadah merupakan aktiviti yang sihat dan aktiviti sebegini juga boleh manambah eratkan hubungan kekeluargaan anda.
5. Berpersatuan dan bersukan
Libatkan diri anda dengan berpersatuan dan bersukan dagi yang gemar bersukan. Anda boleh bersama teman pergi gym, aerobik, bermain badminton atau apa saja. Aktifkan diri anda kerana ini juga boleh menenangkan fikiran kita dari di landa pelbagai masalah. Dengan itu anda akan dapat mengisi masa terluang dan melupakan kelukaan kita itu.
6. Menonton
Carilah teman, adik, abang atau sesiapa sahaja untuk pergi menonton tapi janganlah pula menonton filem yang boleh mengembalikan kenangan anda terhadap kelukaan yang anda alami.
7. Menilai diri sendiri
Anda perlu menilai diri sendiri. Adakah kelukaan ini berpunca dari kelemahan anda, keceluparan anda, ketidak perihatinan anda atau apa sahaja. Berfikirlah sejenak apakah kekuatan yang anda miliki dan bangunlah kembali dari kejatuhan anda itu.
8. Harus belajar menerima dan mengawal emosi.
Biarpun anda mempunyai masalah yang berat dan hati berasa hiba, cubalah untuk mengawal emosi supaya segalanya itu tidak menjejaskan aktiviti harian kita. Jika kita tidak bijak mengawal emosi dan bertindak agak keterlaluan pasti yang buruk itu terpalit kepada kita jua. Jadikanlah apa yang berlaku itu sebagai satu renungan dan teladan untuk menhadapi hari-hari mendatang.
9. Shopping
Shopping? Ini satu perbuatan yang membazirlah Ktom!!!. Oh tidak……pergilah ke pusat-pusat membeli belah. Pergi ke sana bukan bererti anda perlu berbelanja mengikut perasaan hanya sekadar ingin meluahkan kelukaan dan kekecewaan anda. Anda boleh buat ” window shopping ” atau pergi ke kedai buku kegemaran anda. Cari buku-buku yang boleh menaikkan atau memberi motivasi kepada anda.
10. Elakkan daripada bersendirian
Jangan biasakan diri anda terkurung dalam bilik atau pergi kemana-mana bersendirian. Carilah teman atau keluarga untuk menemani anda dan duduklah bersama keluarga atau sahabat yang boleh membuat anda ketawa.
12. Elakkan dari mengenang kembali
Jangan biasakan diri mengenang kembali apa yang sudah berlaku. Apa yang telah berlaku itu biarkanlah. Usah dikenang lagi. Berusahalah untuk menrenung masa depan anda. Jangan biarkan kelukaan ini memenjarakan diri anda untuk mendapat kebahagian dan kegembiraan semula.
13. Fikirkan yang negatif mengenai dirinya
Jika kelukaan ini adalah disebabkan oleh orang yang paling anda sayangi…cubalah fikir tentang keburukan sikap dan perkara-perkara yang negatif berkenaan dengan orang itu. Jangan di cari apakah kebaikan dalam dirinya. Ini akan membuatkan anda akan lebih merasa kecewa dan terluka.
14. Usah ke tempat yang biasa dikunjungi
Jika anda biasa bersamanya ke tempat itu, cuba elakkan daripada mengunjungi tempat itu lagi. Biarkanlah kenangan bersamanya pudar dan terus hilang dari ingatan anda. Jika pun anda terpaksa juga ke tempat tersebut, cuba alihkan pemikiran anda kepada sesuatu perkara yang lain.
15. Ubah kebiasaan anda
Cuba ubah aktiiviti kebiasaan anda. Jika pada waktu, hari dan saat itu adalah anda sentiasa bersamanya cubalah ubah kebiasaan tersebut kepada aktiviti lain.
Ktom tahu bukan mudah untuk melaksanakannya namun untuk apa anda mengenang kembali apa yang telah berlaku jika hanya untuk menduka larakan hati dan perasaan anda . Anda perlu bangkit dan perlu meneruskan kehidupan yang panjang ini. Untuk apa anda mengingatinya lagi sedangkan dia di dalam kebahgiaan dan kegembiraan sedang duka di hati anda tidak dipedulikan.
Masih banyak lagi cara yang boleh anda lakukan namun ini adalah sebahagian yang boleh Ktom kongsikan bersama anda.
Sekian untuk kali ini. Jumpa lagi.
Wasalam.





















Bent :
Date: May 23, 2007 @ 11:35 am
Dulu masa muda remaja memang senang sangat terluka lebih-lebih lagi dengan yang ehemm..ehemm tapi sejak umur dah memanjang ni rasa macam susah pula nak terluka..mungkin fikiran dah matang agaknya hehehehe
ktom :
Date: May 23, 2007 @ 12:20 pm
Bent, dulu suka merajuk sebab ada yang pujuk..sekarang ni pujuk2 tak main lah dan merajuk juga tidak lagi sebab masing2 dah matang dan banyak lagi perkara lain yang perlu difikirkan bukan?
Hehehe….Ktom sebenarnya jarang merajuk. Sebab tak ada org yang nak layan rajuk kita..hehehe…buat lagi bengang adalah….:)
mohdismail :
Date: May 24, 2007 @ 1:11 pm
positif, positif & positif!
life must go on ait?
ktom08 :
Date: May 24, 2007 @ 1:14 pm
Yep mohdismail…sebut secara mendalam perkataan positif tu agar sebuatn itu menjadi sebati dalam diri dan secara tak langsung dpt menjadikan diri kita benar2 sentiasa berfikiran positif. TQ
cikgu azleen :
Date: May 25, 2007 @ 1:16 pm
Hmmm.. saya ada satu lagi cara yang digunakan untuk mengubati kelukaan.. main buai laju-laju..
masa remaja dulu, adalah jugak terluka kan.. Yang saya tak boleh lupa, sekali tuh, sampai 2-3 minggu demam.. Keje pun saya tak pegi.. sib baiklah masa tuh keje sambilan kat univ masa cuti semester.. lecturer yang jadik bos tuh pulak memahami.. tapi sebab kelukaan tuh jugaklah yang bawa saya kenal dengan suami saya ni..
.. so, itulah pengubatnya..
ktom :
Date: May 25, 2007 @ 7:41 pm
Patah tumbuh hilang berganti…..itulah hikmahnya tp kadang2 ada di antara kita tidak faham erti redha dan begitu mudah menyalahkan takdir sedangkan bila kita redha di atas apa yg berlaku dan percaya bahawa ada hikmah disebaliknya, maka kita adalah org2 yang bahagia.
abdfatah :
Date: May 26, 2007 @ 12:36 am
haaaaaa? patah? patah la hati… sukar nak berubat… makan hati berulam jantung… best woooo jual pasar malam sup tulang… adesh salihaaaa…
yer betul kena cari hikmah di sebalik luka dilukai…
ktom08 :
Date: May 26, 2007 @ 12:48 am
luka dilukai…ini lagu penyanyi Shima nih…hehehe
ridaparidah :
Date: May 27, 2007 @ 5:25 pm
Amboi ktom, pandai jugak tentang lagu yek…hehe…jangan buat lagu patah hati dah ler ktom…
Main buai laju-laju macam cikgu azleen tu takper…tapi jangan sampai jatuh ke tanah dah…tak patah hati, kaki pulak yang patah nanti…
ktom :
Date: May 28, 2007 @ 1:47 pm
rida….awak pun pandai jugak buat kelakar ya…hehehehehehe.
Kemana menghilang? Lama tak dengar khabar?
raduan :
Date: June 1, 2007 @ 9:53 pm
Ktom..saya selalu luka dipoket…camna ye?…
ktom08 :
Date: June 1, 2007 @ 11:17 pm
hehehe..luka di poket senang je raduan, usaha betul2 dalam ebiz ni dan pasti luka di poket raduan terubat.
kucau :
Date: June 4, 2007 @ 12:08 pm
erkk, bunuh diri tak masuk ker??
ktom08 :
Date: June 4, 2007 @ 4:05 pm
eh..eh..dik sabarrrrrrrrrr………
ProFidz :
Date: June 6, 2007 @ 12:14 pm
err bunuh diri?? biaq betui hang kucau… x msk syurga nnt
walau apapun yg pertama tu yg paling elok sekali… yg lain tu sebagai sampingan je… betul x?
bila kita mengadu kepadaNya brtambhlah ketaqwaan dan keimanan kita malah kita dapat merasa lapang dada dan hati… x gitu ktom
wassalam
ktom08 :
Date: June 6, 2007 @ 10:11 pm
Ya betul ProFidz sbb dialah yang maha berkuasa, yang maha mengetahui, maha pengasih lagi penyayang. Insyaallah….
Leeza :
Date: June 12, 2007 @ 12:14 pm
setiap orang akan perlu menghadapinya mengikut cara tersendiri .. ada yg suka berkongsi dan ada yg suka simpan sendiri … tapi yang pasti anda tidak bersendirian … Allah tu maha mengetahui … Allah itu pasti mendengar …
ktom08 :
Date: June 12, 2007 @ 5:21 pm
Betul tu Leeza….terima kasih kerana meninggalkan jejak disini. Awak pula cam mana nak ubati kelukaan tu? Datang lah selalu ya….