Kekecewaan ……jangan biarkan berlarutan
May 19, 2007 1:56 pm Tips MotivasiAskm dan Salam Sejahtera serta Salam Muhibbah buat semua.
Semoga anda semua sentiasa dirahmati Allah hendaknya. Maaf dah beberapa hari tak kemaskinikan blog ini. Demam selsema sikit. Cuaca tak menentu…sekejap hujan dan sekejap pula panas terik…jadi penyakit macam ni mudah datang. Walau bagaimana pun setiap komen sempat Ktom jawab cuma nak menulis post tu…tak larat….bila tubuh lemah, fikiran pun turut sama lemah. Tapi kini dah ok..Harap anda semua sihat. Jaga kesihatan, minum air kosong banyak2 ya..
Ok, berbalik kepada topik kita hari ini….
Kekecewaan adalah satu istilah yang boleh dijelaskan dalam pelbagai makna. Ianya terlalu subjektif. Contohnya perasaan hampa, putus harapan, gagal dan sebagainya.
Setiap orang pasti akan mengalami perasaan seperti ini. Jika bukan hari ini, mungkin esok lusa. Ini bukan doa Ktom tapi hakikat sebuah kehidupan mengatakan begitu.
Kekecewaan ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor umpamanya sahabat, jiran, keluarga, kawan, isteri, suami, adik beradik, masyarakat atau organisasi tempat bekerja.
Semua orang pada keadaan tertentu akan mengalami perasaan kecewa. Mereka yang kecewa selalunya mudah mengalah dan ini boleh memusnahkan diri sendiri terutamanya jika kekecewaan itu berkait rapat dengan dirinya dan organisasi tempat dia bekerja.
Mereka yang merasa kecewa terhadap organisasi sering kita dengar. Mereka ini sering menganggap diri mereka gagal dan mudah mengalah apabila ada cabaran dan mereka mempunyai semangat yang lemah untuk berjuang.
Sebagai pekerja kita kena tahu dan sedar bahawa kerjaya kita itu adalah satu amal. Kita kena tahu tanggungjawab sebagai pekerja dan melaksanakan amanah yang diberi sebaik mungkin.
Jika rasa kecewa ni menghantui jiwa dan sanubari, pastinya amanah yang dipertanggungjawabkan tidak akan terpikul dan terlaksana. Oleh yang demikian anda bukan sahaja memusnahkan diri sendiri malah organisasi anda juga akan mengalami kerugian yang amat tinggi jika ini diambil kira dari segi produktiviti.
Oleh yang demikian, jangan cepat merasa kecewa jika anda tidak dapat apa yang ingin andai capai. Contohnya jika anda gagal untuk mencapai target yang disasarkan berjumlah RM60,000 pada bulan Mei , anda jangan cepat mengalah. Anda mungkin mencapainya pada bulan Jun atau Julai. Cari dimana kesilapan yang telah anda lakukan. Mungkin strategi anda kali ini perlu diperbaiki lagi atau sebaliknya. Jangan cuba menyalahkan pihak lain. Ini akan lebih memburukkan keadaan. Kaji diri sendiri adakah anda sudah melaksanakan setiap keperluan untuk mencapai sasaran tersebut. Jika YA, bangkitlah dengan semangat baru dan cara tindakan yang baru supaya kejayaan menjadi milik anda.
Sekian. Jumpa lagi.
Wasalam.





















Baba :
Date: May 19, 2007 @ 10:00 pm
Failure is the mother of success! Hidup penuh dengan kegagalan dan kejayaan. Anggaplah kegagalan itu sebagai satu pengalaman dan pengajaran. Yang pentingnya sentiasa berfikrian positif….Always take failures and disappointments in your strides…keep on going, one day success will smile on you.
ktom :
Date: May 20, 2007 @ 11:50 am
Baba, terima kasih diatas komen yang diberikan. Jika sentiasa berfikiran positif kegagalan yang tercipta sememangnya telah mengajar kita supaya kita lebih berusaha, perbaiki segala kesilapan yang telah kita buat untuk mencapai kejayaan. Meskipun kita mempunyai dorongan dalaman yang kuat namun dorongan dan sokongan orang2 disekeliling kita juga perlu dan jika dorongan itu dtg daripada orang yang kita sayang ianya akan lebih bermakna.
Labanon FlareBiz :
Date: May 20, 2007 @ 5:03 pm
Kalau nak hurai bab kecewa ni memang panjang tapi what hepen kene tetap BERSYUKUR! Tak gitu?
ktom08 :
Date: May 20, 2007 @ 8:58 pm
Labanon pernah kecewa ke? Nak hurai memang panjang. Kekecewaan mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Lain orang lain pula jenis kekecewaan yang dihadapi. Setiap kekecewaan yg kita hadapi, kita janganlah cepat mengalah, sebaliknya kita kena bangkit drp kekecewaan tersebut dan memulakan azam dan kehidupan yang baru.
TQ
Bent :
Date: May 22, 2007 @ 6:30 pm
Hi Ktom..memang sekarang ni deman berlarutan..saya pun dah dapat ni hehhee..semoga cepat sembuh dan berblog balik.
ktom08 :
Date: May 22, 2007 @ 10:05 pm
Bent, ktom dah ok….harap Bent pun ok jugak ya.
dik mal :
Date: June 6, 2007 @ 11:24 pm
kekecewaan subjektif terpulang kepada pentafsiran individu..
apa pun. syukur la bila kita di uji..macam dik labanon cakap
lagi, manusia suka melayan kecewa..provok pada perasaan sendiri…
contoh kan, kalau putus cinta, dengar lagu putus cinta 10 kali ulang
makin sedih dan kecewa la jadinya 
Taqiyuddin :
Date: June 12, 2007 @ 4:58 pm
Kecewa nih kalau fikirkan memang la teruk bila kita fikir, tapi terpulang pada individu yang mengawal kekecewa itu. Maksud saya kalau dia kecewa dan terus mengingati apa yang terjadi saya rasa sampai bila-bila pun tidak akan terubat..
ktom08 :
Date: June 12, 2007 @ 5:30 pm
Memang hidup ini selalu diuji….tanpa ujian kita jadi alpa…hehehe awak suka melayan kecewa DikMal? Best jugak ya…dengar lagu putus cinta berulang kali….nangis, nangis dan terus nangis sampai puas…lepas tu pastinya lega sangat2 dan mulakan episod baru…hehehehe…..
Din, soal hati ni Din bukannya senang nak diurus…emosi jika tak terkawal…nahas…..
Hehehe…awak jaga baik2 hati si Nadia tu ya….jgn sampai dia terluka ok….
firadila :
Date: June 13, 2007 @ 4:23 pm
saya pernah kecewa masa dapat result spm tahun 2000.tapi sekarang dah tak kecewa dah sebab dah dapat title pelajar terbaik fakulti masa belajar dulu.semua tu adalah semangat saya untuk berjaya…senyum selalu….hendak seribu daya, langkah pertama untuk mencari pernyelesaian untuk berjaya…
ktom08 :
Date: June 13, 2007 @ 5:28 pm
Tahniah kerana menjadi pelajar terbaik. Belajar kat mana? Hehehe…kekecewaan merupakan daya pendorong motivasi yang amat berkesan bagi orang2 yang berfikiran positif.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih….