Kamera Digital dan Perniagaan Internet

1:21 am Tips Perniagaan Internet

Askm dan Selamat Sejahtera.

Anda tentu tertanya-tanya , apa kena mengena nya kamera digital dengan perniagaan secara online ni? Apa kaitannya dengan perniagaan internet?

Ok, mai sini ktom nak habaq ….

Kamera digital juga merupakan salah satu tool yang penting dalam menjana pendapatan di internet. Bagaimana?

Bagi yang ingin berkecimpung dalam dunia ebay atau lelong, anda sudah pasti memerlukan kamera digital untuk mengambil gambar barangan atau produk yang anda ingin jual. Pembeli pastinya ingin melihat gambar atau imej produk tersebut.

Bukan itu saja, anda juga boleh mengambil gambar apa saja yang berkaitan dengan hobi anda untuk anda muatkan dalam blog/laman web anda.

Kamera digital memang banyak kegunaannya dan kini ianya boleh didapati dengan banyaknya di pasaran dengan pelbagai tawaran harga dan spesifikasi.  Pilih saja yang mana anda berkenan. Nak beli yang murah atau yang mahal terpulang lah kepada anda.

Pada saya, tak perlulah kita beli yang mahal sangat, cukuplah sekadar 0.8 mp minimum.  Apa yang penting ialah cahaya mesti cukup kalau tidak gambar yang kita ambil itu nampak tidak cantik.

Wasalam.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb
Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.