Mengenalpasti Target Pasaran

10:20 pm Tips Perniagaan Internet

 Askm dan Selamat Sejahtera.

Semoga anda dalam keadaan sihat dan bahagia selalu. Maaf sudah banyak hari tak berkesempatan menulis di blog ni..banyak perkara yang perlu diselesaikan dan diuruskan.  Walau apa pun saya harap anda masih sudi membaca perkongsian ini.

Nak berniaga? Hendak jadi kaya? Nak jadi jutawan?

Oooo…pasti semua orang nak. Betul tak?

Tapi bagaimana?

Boleh ke kaya? Nak jual apa? Nak jual kat mana? Berapa harga nak letak? Jual pada siapa?

Berbagai persoalan pastinya menerjah di fikiran. Terkadang jadi buntu apa yang perlu dilakukan dalam usaha mendapatkan kekayaan.  Di fikiran kita cuma ada…duit…duit…duit dan duit…

Tapi macam mana nak dapatkan duit tersebut?  Melabur dalam Skim Cepat Kaya, beli nombor ekor, berjudi? Ah…tak mungkin…itu kerjaya yang menyusahkan hidup kalau tak kena gaya .  ( Dan memang tak kena gaya pun…..)

Jadi…..apa nak buat? Takkan nak berdoa saja tanpa usaha. Mana ada macam tu?

Berniaga ? Ya berniaga.  9% daripada 10% rezeki datangnya daripada bidang perniagaan. Peluang perniagaan ada dimana2 asalkan kita sabar dan berusaha sebaik mungkin.   Dan apa yang perlu difikirkan terlebih dulu adalah perancangan terhadap permintaan sesuatu barangan & perkhidmatan yang bakal kita sediakan.

Apakah produk yang bakal kita jual itu ada permintaan di pasaran? Di mana kita nak pasarkan produk kita? Sekarang ini produk yang hendak kita pasarkan , bukan hanya tertumpu kepada pasaran nyata (pasaran offline) tetapi ianya juga boleh dijual di internet secara online.

Pemasaran internet sebenarnya tak jauh berbeza dengan pasaran offline (ada kedai).

Hari ini saya ingin kongsikan dengan tentang tips pemasaran internet iaitu bagaimana untuk megenalpasti sasaran pasaran anda.

Seperti juga pemasaran secara offline, kita perlu tahu siapakah yang memerlukan barangan kita? Adakah anda tahu tetang mereka? Apa yang mereka perlukan? Apakah masalah2 yang mereka hadapi sehingga mereka sanggup berbelanja untuk mendapatkan sesuatu barangan tersebut?

Ahaaaaa….ini adalah antara soalan2 yang perlu anda fikirkan terlebih dulu.

Pemasaran amat berkait rapat dengan permintaan.  Keuntungan dan kestabilan perniagaan bergantung kepada bagaimana kita peka dengan kehendak pasaran, siapa yang mahukannya dan apakah produk kita dapat memberi kepuasan kepada mereka.

Jadi siapakah mereka? Bagaimana anda nak mengenali mereka? Bagaima kita boleh c 

Ini adalah antara persoalan2 yang anda juga perlu mengkaji dan membuat penilaian untuk mencari yang terbaik. ( Eh..eh  cam AF5 pula bunyinya ).

Anda boleh mencipta profil pelanggan. Cara yang terbaik ialah dengan mengenalpasti pelawat yang gemar berkunjung ke blog anda.  Gunakan apa yang anda tahu tentangnya untuk menjawab soalan-soalan berikut:-

Berapakah umur target pasaran anda?

Apakan pekerjaan mereka?

Agak-agaknya berapakah gaji atau pendapatan mereka?

Apakah minat dan hobi mereka?

Bagaimana mereka melihat dan menilai diri mereka sendiri?

Apakah yang mereka makan atau pakai?

Adakah mereka sudah berkahwin atau belum?

Apakah produk atau perkhidmatan yang mereka cari untuk menyelesaikan masalah mereka?

Dan soalan yang paling kritikal ialah di mana nak cari mereka secara online?

Di internet, kita ada peluang yang menakjubkan untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan tersebut dengan cepat. Bagaimana? Anda ada jawapannya? Jom kita share disini………

Jumpa lagi….

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb
Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.