Perniagaan Internet …satu realiti

4:40 pm Tips Perniagaan Internet

Blog, blogger, blogging bukanlah sesuatu yang asing pada masyarakat pada akhir-akhir ini.  Blog dibangunkan kerana beberapa sebab bergantung kepada individu itu sendiri.  Ianya seumpama sebuah diari untuk catatan harian, tempat meluahkan isi hati, membincangkan topik semasa, menyalurkan informasi dan sebagainya.

Namun kini, sebilangan masyarakat di Malaysia sudah sedar bahawa blog bukan sekadar tempat meluahkan isi hati tetapi dibangunkan khusus untuk sebuah perniagaan.  Satu perniagaan yang satu waktu dulu tidak begitu diyakini boleh mendatangkan keuntungan yang amat memberangsangkan.

Masyarakat sebelum ini hanya menggunakan internet hanya untuk mencari maklumat, menghantar emel, chatting, mencari bahan akademik/informasi tetapi kini kemunculan beberapa orang anak muda yang sedar dan telah mengambil peluang perniagaan internet dengan membangunkan blog perniagaan seperti Dr Irfan Khairi, seorang jutawan internet yang rasanya ramai yang sudah mengenali beliau, Sham Raja Adsense, Team SaifulSham, Zul Smartusaha yang terkenal dengan Pakej Kit Bloggernya , Gobala Krishnan, Senze dan beberapa nama lagi yang kini telahpun meraih keuntungan dan sedang giat mengusahakan perniagaan mereka melalui internet.

Jika dulu kita hanya fikirkan jika untuk menjalankan sesuatu perniagaan di internet, kita kena ada laman web sendiri , baru boleh menjalankan perniagaan internet tetapi kini…dengan BLOG kita boleh mulakan perniagaan internet kita.

Blog? Ya Blog! Blog untuk berniaga. Ya..kenapa? Tak percaya?

Kini blog juga boleh jana pendapatan.  Lihatlah mereka yang mempunyai wawasan yang jelas dan semangat serta keyakinan yang tinggi seperti nama-nama di atas telah pun berjaya dan telah mendapat keuntungan daripada Perniagaan Internet mereka.  Tak teringinkah anda menjadi seperti mereka?

Bukan tak ingin, tapi tak boleh?

Sebab apa tak boleh?

Tak pandai lah…tak tahu nak buat blog ler…

Nak buat blog tak tahu?????

Ini adalah di antara beberapa keluhan yang pasti terlintas dihati kita..

Usah risau…Pakej Blogger Kit oleh Smartusaha.com telah menyediakan Panduan Asas Membina Blog Wordpress untuk anda jadikan panduan semasa membangunkan blog Wordpress yang bakal anda gunakan untuk perniagaan internet nanti. Ebook ini akan menerangkan satu persatu langkah-langkah yang perlu dibuat semasa membangunkan blog nanti.  Ebook ini sangat berguna kepada mereka yang baru nak mula kenal dengan blog ni.  Contohnya saya sendiri…sebelum ni saya memang tak tahu apa2 tentang blog…memang zero pengetahuan tentang bab ni…tetapi sejak memiliki ebook ini….inilah hasilnya….Saya banyak belajar dari ebook Pakej Kit Blogger ….dan bukan setakat memiliki ebook ini saja…malah saya diberi bantuan demi bantuan dari segi idea, teknikal, penulisan dan macam-macam lagi.  Segala ini tak pernah saya duga bahawa saya akan dapat sebegini banyak pengetahuan dan bantuan setelah membeli ebook ini.

Jadi…bagi sesiapa yang nak belajar berblog secara professional atau secara menyeluruh …..saya syorkan anda membeli ebook Pakej Kit Blogger ini…anda tidak akan rugi….malah selain dari harganya yang amat berpatutan ( tapi bagi saya murah lah kalau nak dibandingkan dengan ebook yang lain yang pernah saya beli ) anda akan dapat sesuatu luar jangkaan anda nanti.

Wasallam

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • YahooMyWeb
6 Responses
  1. Jebat Mesranet :

    Date: March 6, 2007 @ 5:55 am

    Yer betul ape yang Ktom katakan tu. Dulu ada juga mempunyai laman web tapi tak se popular msrainternet nie, sebab kelebihanya ia mempunyai blog. Dari sehari ke sehari pelawat laman web saya semakin bertambah. Saya rasa Ktom pun sama macam saya.. Betul tak Ktom :-) .

  2. AzizMansor :

    Date: March 9, 2007 @ 9:37 pm

    memang blog ni sangat penting macam Ktom cakapkan. walaupun ramai orang guna blog untuk hal peribadi, tapi kini dah ramai yang buat untuk perniagaan. saya dah gunakan blog untuk menjana pendapatan di internet macam Ktom ni. cara blog ni memang suatu yang berkesan kan…

  3. princeq :

    Date: March 9, 2007 @ 11:24 pm

    yupp..blog sememangnye adlh sesuatu yg amat penting..cume masih ramai lg yg kat luar sane masih tidak mengetahuinya..Q sendr sedang dlm usaha utk membina sebuah perniagaan internet hya melalui blog sahaja.. ;)

    p/s mengancam laa blog ktom ni..hehe..tahniah..tahniahh.. :D

  4. ktom08 :

    Date: March 10, 2007 @ 12:05 am

    princeq tks…perli ke?:) Ya..kita akan sama2 sebarkan perniagaan internet dengan blog ok…Get set..go….

    AzizMansor…mulanya ktom nak buat blog yg ada macam2 (rojak ler) yg lebih fokus kpd blog peribadi tapi nasihat Zul kita jgn buang masa…blog peribadi bila2 masa boleh buat..jgn kita cuma tengok kejayaan org lain sedangkan kita hanya jadi tukang tengok , tunggu dan lihat je. Jadi atas cadangan itu ktom mulakan usaha tu…biar lambat asalkan dapat tambah banyak lagi ilmu ttg buat blog dan perniagaan internet ini.

    Terima kasih semua.

  5. princeq :

    Date: March 10, 2007 @ 7:55 am

    ish..knp plak Q nak perli?? Mmg blog ktom ni menarik! Dan Q bangga sgt2 ngan ktom sbb wlpun ktom bermule dengan ilmu yg ‘zero’ mengenai blogging ni..tp ktom tak pernah menyerah n berputus asa..dan hasilnye..ktom berjaye menghasilkan 1 blog yang hebat! ;)

    p/s kt luar sane ramai lg yg tak tau nk bine blog ni ktom.. :D

  6. ktom08 :

    Date: March 10, 2007 @ 2:14 pm

    Tks Q. Apa2 pun inilah hasil dorongan Sifu Zul dan sahabat2 di forum tu. Terima kasih semua.

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.