Perutusan buat FAI
August 5, 2007 2:27 am Yang Tersirat...TersuratAskm dan Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah
Apa khabar anda hari ini? Semoga anda sihat dan sentiasa bersemangat untuk menghadapi cabaran dan dugaan hidup ini. Post kali ini agak berlainan sedikit dari post yang lepas. Post ini seharusnya dibuat sebelum 31 Julai 2007 sebelum berundurnya seorang yang begitu bercita2 besar dalam dunia ebiz ini.
Post ini tidak ada kena mengena pun dengan Ktom tetapi Ktom terpanggil untuk menyuratkan apa yang tersirat di hati biarpun apa yang ingin Ktom bicarakan disini sudah tidak membawa apa2 erti lagi. Ktom bukan nak menunjuk pandai atau melukakan serta memprovokasi orang lain. Cuma apa yang Ktom harapkan agar kita dapat berkongsi rasa yang sama dan supaya kita dapat saling bantu membantu antara kita.
Ktom tidak pernah mengenali Fai secara bersemuka dan kami tidak pernah berhubung samada dengan YM, goggle talk, myspace, friendster, email dan sebagainya. Dan beliau mungkin tidak pernah kenal atau nampak pun nick Ktom di alam cyber ini.
Dan inilah bicara hati Ktom untuk Fai…….harapnya biarpun Fai entah dimana namun Ktom harap secara diam Fai akan menyusul juga di blog Ktom ini.
Ktom mengenali Fai di alam cyber ni sejak mula berjinak2 dengan blog yang pada masa dulu sebelum mempunyai blog sendiri, Ktom suka merayau2 di blog2 untuk membaca dan mencari maklumat sehinggalah Ktom terjumpa blog Fai.
Ktom ada membaca blog Fai beberapa kali sebelum Fai pertama kali mengundurkan diri walaupun Fai tidak mengenali Ktom tapi sedikit sebanyak mengenai Fai, Ktom tahu.
Satu waktu dulu, Ktom dan kami semua dikejutkan dengan pengunduran Fai dari dunia ebiz ni….takpelah mungkin pada waktu itu Fai betul2 perlukan masa untuk merehatkan diri dan mengubati luka dihati.
Namun kali ini, Ktom dikejutkan sekali lagi dengan berita pengunduran Fai. Kenapa dik? Kenapa?
Ktom setuju dengan pendapat Azwanhadzree yang katanya…Aku agak sedih membaca post ini. bukan kerana sedih melihat kau pergi, tetapi kerana sedih melihat kau membiarkan hala tujumu ditentukan oleh orang lain. You live you own life - think about it.
Dik, jangan biarkan orang lain membentuk halatuju kita. Jangan biarkan orang lain terus menerus melemahkan semangat kita. Jangan biarkan orang lain terus menjatuhkan kita. Kenapa harus dibiarkan orang lain yang menentukan apa yang kita kena buat?
Adik, seikhlasnya…..bangunlah dik….jangan terus biarkan dirimu rebah tanpa ada pun sedikit kekuatan. Jangan jadi manusia yang lemah dik. Orang2 yang berjaya, mereka asalnya telag gagal beberapa kali. Itu Fai sudah sedia maklum bukan? Bukan itu saja Nabi Muhammad S.A.W pun mengalami saat dan perkara yang sedemikian sewaktu menyampaikan amanah Allah……jadi apatah lagi jika kita yang hanya seorang manusia. Tentulah dugaan yang berbagai menanti kita.
Dalam menempuh hidup ini, kita akan melalui pelbagai ranjau tak kira di mana. Di tengah jalan atau di tepi jalan. Kenapa ada ranjau? Ranjau yang wujud ada sebabnya. Sebabnya ranjau ini untuk menjadikan kita lebih peka dan berhati2 dalam menjalani hidup kita. Jika tidak berhati2, kita pasti akan memijak dan melanggar ranjau dan duri itu. Lalu lukalah kaki kita dan sakitlah anggota yang terkenanya.
Kelemahan Fai memberi kemenangan kepada orang lain. Kenapa biarkan seorang lain menang sedangkan masih ada seribu insan lain yang masih menyokong, tanpa Fai sedari.
Fai,
Lihatlah bagaimana Shueqry mendapat semangat dari Fai bila dia tengok Fai dalam video The Next Internet Millionaire. Beliau bersemangat bila Fai bergabung dengan Labanon untuk menghasilkan ebook Sales Letter Membunuh dan beliau bertambah semangat bila tahu Zul Smartusaha adalah mentor Fai sedangkan beliau hanya melakukan segalanya bersendirian.
Tidakkah Fai merasa rugi dan tak ingin kah Fai menilai kembali apa kekuatan yang ada pada Fai itu? Tak inginkah Fai untuk terus berada di persada cyber ini untuk memberi tunjuk ajar kepada orang lain pula? Singkirkan segala rasa marah, singkirkan segala rasa kecewa, hampa dan segala yang negatif itu. Keluarlah dari kepompong rasa rendah diri dan lemah semangat itu.
Fai, bukan setakat itu sahaja. Hayatilah dan rasailah apa yang DikMal katakan pada Fai. Dengan nada yang agak kesal DikMal menulis ” Saya tak baca dan malas nak baca komen diatas tapi Fai perlu baca komen saya, orang lain tak baca pun tak pe. Fai, adakah bila kita memutuskan sesuatu, ia sentiasa berada di landasan yang sepatutnya. Manusia berhak memikirkan. Adakah manusia sentiasa nak hidup kesedihan? dia berhak memilih kegembiraan. Adakah manusia perlu memiliki kegagalan? Subjektif. Tapi manusia perlu react pada kegagalan. Jawapannya, macam mana kita refleks. Fai, Hidup kita masih jauh, jangan putus asa. Berundur diri bukan segalanya, tapi bangkit semula adalah permulaannya. Ingat idea2 kamu? Janji2 kamu untuk tepis semua cabaran. Buta Fai, jangan ikut kata hati, ikut kata akal. “
Fai, betapa mereka2 ini telah memberi semangat dan memberi ingatan pada Fai tetapi mengapa sedikit pun tidak berkesan di hati Fai?
Kata orang, peluang hanya akan datang sekali dalam hidup. Jika tidak diambil peluang itu, jangan diharap ia akan muncul kembali. Namun jika ia masih datang bertandang, tidak mungkin peluang itu sebaik yang telah pergi. Ingat itu.
Sebelum berundur hayatilah kata2 ini :-
” Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yang diwarisi dari nenek moyang” - Saidini Ali
“ Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ia datang dari semangat yang tidak pernah mengalah “
Sekian ikhlas dari Ktom.
Wasalam






















tinta kencana :
Date: August 5, 2007 @ 4:02 pm
Cyber komuniti merupakan suatu fotomorgana,ia kelihatan seperti air dari kejauhan tetapi apabila didekati ia tidak ada.
abdfatah :
Date: August 5, 2007 @ 4:10 pm
biasalah ktom, manusia ataih dunia ni kan ramaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii…. ramaiiii kan manusia atas muka bumi ini.
kalo kita nak kerja, takkanlah sukahati mereka yang nak tentukan kerja yang boleh kita buat. kerja yang termampu oleh kita dah laa. kalo dah minat nak jadi tukang masak, kenapa orang lain yang bersungguh2 suruh kita jangan buat itu ini?
apa untungnya mereka menang. hahahaaaaa…..
mereka tak bayar bil letrik kit pun, tak bayar bil internet kita pun, tak bayar gaji kita pun…, tak bayar keperluan harian kita pun…
kita ada ilmu yang membolehkan kita hidup di mana jua kita mahu…, tetapi kita kalah dengan permainan emosi manusia yang ramaaaaaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii itu…
mereka berkata itu ini kpd kita lantas terlupa begitu sahaja, kita yang mendengar teringat2 terngiang dengan apa yang mereka kata. nak tido pun susah… pelik sungguh.
dengarkanlah ketawa mereka itu. dengarkan… adakah anda sanggup mendengar mereka menang dalam ketawa? sedangkan anda berada di mana? tak kiralah anda nak cakap apa nak kata apa dengan apa yang saya nak tulis ini. saya peduli apa…?
apohalpun berehatlah untuk seketika lantaran ramaiiiiiiiiiii manusia2 yang akan ketawakan anda. namun rasa kecewa tetap terasa di hati ini…
maaflah panjang lebar nih….
zool :
Date: August 5, 2007 @ 5:15 pm
Saya dah baca dah perutusan FAI..
Mungkin putus asa.. Walaupun saya langsung tak mengenali beliau namun harap2 semoga beliau berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi…
Tapi sebenarnya cabaran di luar lebih berat lagi… Kan ktom??? Siap kawan makan kawan lagi…. Janganlah kita didekatkan dengan orang camtu.. AMIN…
azwanhadzree :
Date: August 5, 2007 @ 5:42 pm
Ada orang quote saya rupanya
, patutlah terbatuk tadi masa makan mata kucing … Itulah Ktom, dalam dunia ni susahlah kalau nak puaskan hati semua orang. Saya dulupun , walaupun hanya bermula dengan blog merapuman yang tak seberapa tu pun ada yang orang kata macam2 … tapi biarkan jelah … macam abdfatah kata, bukan dia bayar il letrik kita pun 
dik mal :
Date: August 5, 2007 @ 6:12 pm
Salam,
pertamanya, kak tom masa saya tulis komen tu,saya tak ada nada kesal
sebab saya tahu apa yang lebih Fai perlukan..cumanya, sebahagian daripada mesej itu saya tujukan kepada insan-insan lain.. bukan Fai
. tujuan saya menulis kiasan sedemikian rupa, adalah untuk menangkis pandangan yang saya rasa kadang2 terlalu emosi, yang bukan akan menaikkan semangat, tetapi menambahkan parah. mesej yang perlu saya salurkan pada Fai, saya salurkan secara private, gtalk la
hehehehe..namun sebahagian yang lain juga, adalah untuk Fai
.
walaupun saya baru mengenali beliau, tapi saya pasti beliau di trek yang benar. kadang-kadang, kejayaan memerlukan satu harga yang sangat mahal. dan Fai sedang membayar harganya…
satu masa dahulu, analogi kes yang sama berlaku pada saya. dunia memandang saya bodoh dan menyerah kalah. satu persatu kawan menjauhkan diri dan merasakan saya ni bodoh? cuma sebab satu keputusan yang langsung tak sama dengan apa yang majoriti inginkan. tapi hari ini, dengan pencapaian kini, saya boleh berbangga dengan keputusan saya. jadi bodohkah saya pada masa itu? tidak sama sekali.
ya, kita bertanggungjawab pada masa depan kita. itu yang Fai lakukan. melihat dunia dari sisi yang berbeza..
pada Fai, ya lah Fai, kita ada banyak masa silam yang hampir serupa..hohohoho
untuk kawan-kawan, lari topik sket….diriku di tag kali kedua
huaaaaaaaa
abdfatah :
Date: August 5, 2007 @ 6:48 pm
yer laa… nasihat umum dan nasihat peribadi kepada Fai. kalo ramai2 bagi sokongan terus kpd beliau ok jugak. sekurang2nya untuk kejayaan dalam bidang yang lain.
berapa banyak bil api yang anda sanggup bayar untuk hidup dalam suasana rumah yang ceria?
hmmm… ada sapo2 yang nak tolong bayar bil api saya? kata dr tuah iskandar… “ingat saya nih walfare ke apa?”
betul ke eje walfare tu???
ktom08 :
Date: August 5, 2007 @ 10:37 pm
tinta kencana,
Ringkas tapi penuh makna yang tersirat. Tks for sharing.
zool, dimana2 pun memang ada cabaran dan kita tridak boleh lari cuma yg berbeza adalah bentuk cabaran tu sahaja. Namun kita kena kuat dan terus bersemangat untuk berfikiran positif.
shueqry :
Date: August 5, 2007 @ 10:40 pm
Asmkm Ktom , apa khabar? Shueqry here..
Saya bersemangat menulis artikel-artikel di blog saya bila saya tahu team Flarebiz makin meningkat naik, dalam hati saya bertekad, walaupun saya buat semuanya sendiri, saya tak nak ketinggalan. Kesan daripada itu, saya mencari lebih banyak ilmu ebiz, menelaah lebih banyak artikel-artikel pembangunan diri dan mempraktikkan semua apa yang saya baca, hanya kerana mindset persaingan positif yang ada di dalam minda saya.
Terus terang saya berkata, saya tak mahu ketinggalan oleh dua anak muda ni, lebih-lebih lagi bila saya tahu Fai dan Labanon bekerjasama dengan LinnComel menerbitkan ezine Minds Sukses. Saya makin bersemangat dan memutuskan untuk buat apa saja untuk mencapai matlamat saya, even i have to do it all alone.
Takde siapa yang boleh diharapkan untuk membantu meringankan kerja-kerja saya di sini, dan saya terpaksa lakukan kesemuanya satu persatu, belajar kesemuanya satu persatu, saya juga takde sesiapa yang boleh dipanggil mentor, Fai sungguh beruntung kerana dia ada Zul dan Labanon sebagai partner.
Berbanding saya dengan Fai, rasanya lebih ramai yang mengenali Fai. I’m even unknown dlm kebanyakan blog yang berkisar mengenai keusahawanan dan bisnes. Tapi, bila Fai berundur dari eBiz, semangat saya tersentak dan saya jadi agak terkejut!.
Tapi, jika itu yang terbaik buat dirinya, saya doakan agar dia berjaya di bidang lain, saya menghormati keputusan Fai. Moga dia berjaya dalam apa jua yang di usahakannya, biar buat betul-betul. Saya sebenarnya kagum yang amat tinggi pada Fai dalam diam.
Its not about loosing and failing, its about strategy. Who knows, Fai mungkin buat come back?
- shueqry -
all for one, one for all.
ktom08 :
Date: August 5, 2007 @ 10:47 pm
abdfatah, tak per, luahlah selagi termampu. Kita berkongsi disini.
Memang betul mereka tak bayar bil letrik , tak bayar bil internet kita , tak bayar gaji kita pun…, tak bayar keperluan harian kita. Kita ada ilmu yang membolehkan kita hidup di mana jua kita mahu tetapi kenapa kita harus kalah dlm permainan emosi sebegini. Kenapa kita mudah melatah. Lantaklah apa yg mereka nak kata. Sampai masa bila mereka dah penat, mereka berhentilah.
Namun betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Wan, terbatuk rupanya…sorry ya..tidak mengumpat tp mengata yg baik2 je….awak terbatuk semasa makan mata kucing sbb buah tu manis ler Wan…..hehehe…awak better berhati2…boleh kena kencing manis nanti…huhuhhu
shueqry :
Date: August 5, 2007 @ 10:47 pm
saya buka blog bro AzwanHadzree blank aje, kenapa ek?
Saya refresh masih juga, blank aje.
hmm ..
- shueqry -
ktom08 :
Date: August 5, 2007 @ 10:51 pm
DikMal, sorry ktom tersilap tu…ic….pukul anak sindir menantu rupanya.
Hehehe abdfatah, awak ni ada2 jer….
ktom08 :
Date: August 5, 2007 @ 10:57 pm
Shueq, ktom pun rasa cam tu, dia akan membuat comeback. Harap2nya dia kembali dgn membawa kehebatan untuk menjadi yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
ktom08 :
Date: August 5, 2007 @ 11:05 pm
Shuq, baru jap ktom pi blog azwanhadzree…boleh pun. Maybe dia tengah update tu..
azwan :
Date: August 5, 2007 @ 11:53 pm
Ada, masih ada .. mungkin sebab server slow, according to net KL biasanya time2 ni dia buat backup. .. datanglah .. datang selalu
and siapa kata Shueqry tidak dikenali 
shueqry :
Date: August 6, 2007 @ 12:53 am
erm, rasanya saya belum lagi berapa dikenali, bro Azwan.
So many things to learn step by step, masih banyak lagi tangga yang perlu di daki .. lihat pada blog bro Azwan, naik semangat saya melihat jumlah pengunjung yang begitu ramai. Wow !
I’ve tried to write in English, but honestly my passion lies most in Malay language. Blog Zul SKOR career juga naik mendadak jumlah pengunjungnya.
Nama “shueqry” masih tak setanding dengan bloggers lain dan nama-nama besar yang berblog dalam BM, saya tak berhenti belajar dari mereka ni semua, termasuk juga blog Ktom dan blog bro Azwan.
Tadi buka baru dapat, memula blank aje, this time dah nampak huruf dan gambar
Betul juga, maybe server tengah backup kot .. saya dah bookmark blog bro Azwan tadi, senang nak masuk tiap hari.. banyak info kat sana, tq! ..
- shueqry -
Labanon :
Date: August 6, 2007 @ 8:38 am
Assalamualaikum,
Begitulah kehidupan sebagai manusia sering berakhir dengan perpisahan. Namun semestinya kita respect pilihan bro Fai walaupun hal ini cukup memberi kesan kepada kita. Manakan tidak jika dulu dialah yang mengajar saya tentang ebiz sekarang saya perlu belajarnya sendiri.
Sayang seribu kali sayang apabila seorang pahlawan yang gagah tetapi menarik diri dalam peperangan! Namun seperti yang diwara-warakan oleh semua mentor ebiz “untuk menjadi jutawan bukannya dengan satu cara”. Ya, masih banyak cara dan saya berharap bro Fai memilih jalan yang betul.
Kami di sini sentiasa support bro
Itulah namanya sahabat sejati. “Duduk Sama Rendah, Berdiri Sama Tinggi”. Tapi konsep hijrah ini memang sesuatu yang berat dan saya berharap dengan penghijrahan ini bro fai akan lebih berjaya insyallah
Inilah sebahagian keluhan hati saya kepada mantan Team FlareBiz huhu…
sekian.
shueqry :
Date: August 6, 2007 @ 11:52 am
Labanon, you still got your spirit. Keputusan Fai ada sebabnya dan hanya dia saja yang tahu.
Saya dari jauh mendoakan agar Fai menemui titik fokus dan ‘booster’ semangat untuk menjadikannya terus berusaha memperbaiki kehidupan. Things dont change, we change based on our perception.
Walaupun keadaan tidak berpihak pada Fai tapi pada saya ia hanya perubahan strategi. Tak dapat nak berjaya online, cuba try test utk berjaya secara offline. Janji, usaha tetap konsisten, semangat tetap jitu dan berpegang pada matlamat yang satu.
Hmm, saya tak pernah dpt peluang communicate ngan Fai, cuma dia pernah balas sekali mesej saya kat MBL.
- shueqry -
ktom :
Date: August 6, 2007 @ 3:12 pm
Shuq,
ktom pun baru bermula je. Terlalu banyak yang perlu dipelajari.Nak dibandingkan dgn blog azwanhadzree tu jauh panggang dari api. Beliau ada pengetahuan yg banyak ttg ebiz ni, namun begitu seikhlasnya beliau bukan seorang yang kedekut ilmu. Tanyalah apa sahaja, jika beliau tahu beliau akan tolong.
Shuq, marilah kita sama2 belajar dan sama2 berjaya dlm ebiz ini. Tak perlu kita takut bila ilmu yg kita ada kita berikan pada orang lain kerana mengikut kata sifu Zul, peluang ebiz ini amat luas dan masih byk yg belum diteroka.
Wan, maaf ya, bukan nak membodek tetapi ini adalah pandangan ikhlas Ktom. TQ
ktom :
Date: August 6, 2007 @ 3:19 pm
Labanon,
Teruskan berusaha. Jgn mudah berputus asa. Berilah ruang itu buat Fai, kerana Ktom pasti beliau tahu apa yang beliau buat. Dia yang merasainya dan dia yang melaluinya. Semoga kita semua mendoakan semoga Fai akan temui apa yg dia cari dan akan menjadi lebih tabah selepas ini.
Labanon,awak nak exam tahun ni. Jadi lebihkan usaha dan kuatkan semangat. Tumpukan sepenuh perhatian pada exam ok. Ktom percaya Labanon akan lulus cemerlang nanti.
Buat pengetahuan semua, Labanon ni bersekolah di salah sebuah sekolah bistari kat Kota Bharu ni..bukan calang2 pelajar boleh belajar kat situ…
Ok Labanon, good luck.
shueqry :
Date: August 6, 2007 @ 5:28 pm
yup, itulah yang sebaiknya Ktom. Lebih banyak ilmu yang kita kongsikan dan lebih banyak lagi tips yang kita berikan pada orang lain, terasa macam ada banyak lagi ilmu dan takkan pernah habis.
Kesannya, bila kita belajar sesuatu yang baru minda lebih terbuka dan senang menerima. Saya bersetuju, dalam pasaran Malaysia ada banyak lagi peluang eBiz yang belum diteroka, an untouched niche.
Saya cukup kagum ngan bri Azwan, walaupun berblog part time, tapi jumlah pengunjung blognya tinggi.
Good luck buat Labanon !
- shueqry -
abdfatah :
Date: August 6, 2007 @ 8:34 pm
sekolah labanon tak masuk pertandingan buat website antara sekolah2 kat kelantan ke?
dik mal :
Date: August 6, 2007 @ 8:51 pm
wah…seronok tengok korang berdiskusi
shueqry :
Date: August 7, 2007 @ 12:35 am
come DikMal, join the club !
dah mcm forum dah ruang komen kat blog Ktom ni, meriah jadinya rumah Ktom.
Hopefully bila blog Wordpress saya dah rasmi nanti, insya allah meriah camni juga
DikMal, bila pelancarannya? jeng, jeng, jeng ..
firadila :
Date: August 7, 2007 @ 12:52 pm
Ktom,
Perunduran fai bagi firadila menyebabkan newbie berbelah-bagi….”boleh ke aku berjaya seperti orang lain?”.Persoalan pertama…
Bagi firadila Fai tidak mempunyai kekuatan dalaman…sepatutnya dia perlu mencari kekuatan dalaman dahulu walaupun di dunia cyber…Fai kena anggap mereka itu adalah penguat semangat…ingatlah Fai, tanpa mereka yang tidak menyuarakan ketidakpuasan hati mereka, negara malaysia tidak akan maju seperti sekarang.Semua tu bermula dari suara.Macam mana bijaksananya kita, Fai perlu juga bergaul.Maksud firadila bergaul di alam cyber ialah melayari laman web yang lain dan mencipta kawan baru..lagi ramai kawan yang dicipta, ramai yang akan membantu..
Nampaknya fai tertekan dan hanya memendam perasaan sendirian….Fai perlukan kekuatan dan perlu diluahkan…
“Hidup tanpa tekanan adalah lebih baik…tetapi sentiasalah berfikiran positif”….Semoga Fai berjaya….
senyum selalu…
p/s pesanan untuk Ktom dan semua…
azwanhadzree :
Date: August 7, 2007 @ 7:36 pm
wooo! janganlah cakap macam tu, syok sendiri lah pulak …wkaakakakakak.a.kakaka.. ala, Ktom, saya ni membantu mana yang boleh sahaja. Idea yang saya beri, kalau tak pratikkan pun akan tinggal jadi idea sahaja kan Ktom?
Saya masih belum lagi setaraf dengan IM atau penggiat2 ebiz yang lain. Belum sampai masanya lagi
Traffic pun masih tak seberapa. Mungkin pendapatan serupa, mana tahu
… ha.ha.. tak nak cakap, nanti Ktom mintak …haha.ha.h
azwanhadzree :
Date: August 7, 2007 @ 7:41 pm
FiraDila, hmmmm… cantik nama tu, harap-harap orang nya pun cantik …
ayat menggatal namanya ni .. ha..ha.. sorryla .. anyway, since Fai dah tiada dalam alam maya ni, kita lupakan dia dulu. Jadikan dia sebagai alasan untuk terus berjaya. Kita mesti bergembira untuk berblog, kalau tak gembira baik jangan cuba kan?
2MMalaysia :
Date: August 7, 2007 @ 7:51 pm
Saya tak setuju dgn ayat beberapa komen di atas yang mengambarkan “kelemahan” Fai.
Dia pernah kata sebelum dia nak jual site, bulan puasa dah hampir dan dia perlu buat sesuatu yg dia gelar projek gila. Projek tu adalah eksperimen terbaik dia utk mengofflinekan bisnes online. Saya rasa ia bukan menunjukkan kelemahan tetapi berani. Malah dia perlukan modal banyak pun, dia kerah diri dia sendiri bkn minta pnjaman org lain.
Ingatlah bahawa Usahawan bukan bergantung pada satu bidang tetapi perlu bijak ambil peluang yang ada. Dia brani mnjadi usahawan offline kerana ambil peluang depan mata. Tapi ramai yg sntiasa pandang rendah dia kononnya pengecutlah apa lah. Sepatutnya kita berbangga kerana dia adalah Usahawan Muda.
Dgr crita dia kerja di stesen minyak untuk kumpul modal dan pengalaman. Ada sesiapa yg bantu dia? Tiada langsung kerana hidup dia gembira senyum, sakit pun snyum.
Saya percaya satu hari nanti slps slesai kerja dia, dia akan kembali.
Salam perkenalan..
shueqry :
Date: August 8, 2007 @ 2:49 am
2MMalaysia,
Saya berpendapat begitu juga, kerana saya pernah mengalami hal saya sama, saya buka kelas renang sendiri dan mengajar renang di tengah panas terik semata-mata nak cari duit lebih secara ‘offline’ beberapa bulan lepas, tapi tak lama. Kebetulan peluang depan mata.
Mindset usahawan tetap sama, cuma strategi berlainan. Namun, customer service, honesty dan integriti tetap ada .. teringat lagi, dalam 2 minggu tu, naik gelap terbakar kulit dibuatnya tapi seronok sbb ajar budak kecil berenang, always having fun!
Saya percaya Fai akan come back juga. Dia cuma menyejukkan diri dari dunia eBiz ni. Maka terbuktilah, Fai is well known among us. Doakan moga usaha Fai dipermudahkan dan bebannya diringankan.
Tak sangka jumpa Firadila juga kat sini. Welkam!!
wah, tak sangka, bro Azwan tengah ‘tarik’ traffik ke blog dalam diam ! Terima kasih atas komen di blog saya, rasanya tu yang pertama kali .. tq
- Shueqry -
Leeza :
Date: August 8, 2007 @ 12:45 pm
Assalamualaikum Ktom,
Dah lama x contact ktom kan … tapi sentiasa di ingatan tau ..
saya gak terpanggil utk kongsi perasaan saya tentang pengunduran Fai ni coz membaca artikelnya membuat saya terfikir … mampukah aku melibatkan diri dalam dunia ebiz ini … sedangkan yg senior pun give-up .. ada saya kongsikan di blog saya tu …
Apa-apapun, saya setuju pokok pangkalnya diri sendiri dan yg paling penting hati kena kuat kerana jika fikiran kita sakit seluruh badan seakan tidak mampu membendung lagi … saya sentiasa mengingatkan diri bahawa saya tidak boleh kalah kerana jika saya kalah saya membawa sekali kehancuran keluarga saya …
abdfatah :
Date: August 8, 2007 @ 1:09 pm
takper… kesabaran itu penting. bertekuk lutut melantun kembali… di mana jua anda berada anda boleh bangkit selagi ada ilmu di dada. tiada cara lain untuk jadi jutawan? mana mungkin hanya satu cara sahaja untuk menjadi jutawan… banyak lagi caranya untuk menjadi jutawan. pilihannya adalah di tangan anda sendiri…
diulang sekali lagi ada sapo2 yang sudi bayarkan bil elektrik saya???
azwanhadzree :
Date: August 8, 2007 @ 7:23 pm
Mana Ktom?
ya Shueqry, itu memang saya dan pertama kali meninggalkan komen, sebelum ni di google reader sahaja. tapi terlupa nak letak signature sebagagi azwanhadzree. he..he.. takpe lain kali .. akan ada azwanhadzree di situ.
Mana Ktom?
anyway, kepada semua, as I said, kita lupakan Fai dulu. There are pro and cons but itu keputusannya, kita perlu hormati, kan
? Kita concentrate dengan usaha kita untuk terus ke hadapan. Sama ada kita jumpa highway or lonkang kat depan tu, itu cerita lain.
Mana Ktom?
and to Leeza, since i’m here and you was here too, terima kasih kerana telah mengetag saya, nanti saya buat. Bila? Tak janji
Mana Ktom?
abdfatah :
Date: August 8, 2007 @ 8:07 pm
apohal sekalipun keputusan dah dibuat dan itu adalah keputusan beliau. moga maju jaya buat Fai dan apa jua bidang kerjaya yang Fai ceburi…
sekian terima kasih…
dik mal :
Date: August 8, 2007 @ 11:52 pm
rindu kak tom..uwa aa…
Ludbafital :
Date: August 10, 2007 @ 10:58 am
Alaa..Ktom ni, biarla, Fai tu dah keputusan nya..kan keputusan itu dari gerak hati nya sendiri(..dia mesti ada sebab musabab nya sendiri). Mungkin awalan nya ada orang pengaruh dia, akhirannya dia juga yang buat keputusan..kan Ktom kan..(eeii..ambo nih ddok nyibuk hal orghe pulok..ingak noh mintok Ktom anta woh seto tuh..hmm sero nok make pulok woh tuh..hehe).
Taqiyuddin :
Date: August 13, 2007 @ 5:05 pm
>>atau ada agenda dan perancangan terbaru…
zaidi :
Date: August 14, 2007 @ 10:33 pm
saya pernah juga mengikuti tentang team flarebiz tu, terkejut juga dengan pengunduran fai tu. Saya begitu teruja dengan prestasi team mereka. yalah masih muda tapi mampu menceburi bidang ebiz. Saya pun masih merangkak-rangkak trial & error.
Ktom, mungkin rezekinya di bidang lain.